Infoscript

Monday, September 2, 2019

Ganti thermo amp exora

Masalah thermo amp ( temperature sensor ) aircond exoraj
juk
Masalah pada thermo amp meempunyai tanda seperti aircond terlalu sejuk dan kemudian ia menjadi panas.wap air keluar pada lubang aircond, compressor pula tidak cut off apabila suhu terlalu sejuk.
Masalah ini disebabkan oleh sensor yang mengawal suhu aircond telah rosak. Gambar sensor ini yang dipanggil thermo amp.
I
Sensor ini anda boleh dapat di kedai spare part aircond yang berdekatan. Kalau tak tau kat mana bolehlah rujuk google map. Kalau anda hantar di kedai aircond siap pasang lebih kurang RM 200. Harga thermo amp ini RM 90 bagi yang original, kalau yamg tak ori lagi murah. Tapi takut tak sejuk pulak aircond kalau pakai yang tak ori.
Mula-mula buka glove box dan tanggalkan glovebox. Caranya  buka glove box tersebut seluasnya. Lihat di sebelah kiri glove box tersebut dan tanggalkan damper di bahagian kiri tersebut. Kemudian  tarik glove box tersebut ke arah anda ( ke depan ).
Kemudian anda akan nampak blower bagi aircond di belakang glove box tersebut. Alang-alang dah buka bersihkan dulu filter aircond di atas blower tersebut. Cuci dengan air keringkan.
Langkah seterusnya cover pada bahagian tengah perlu ditanggalkan. Mula-mula buka skru di bahagian bawah cover ini dan tarik ke bawah untuk melonggarkan sedikit cover tersebut. Buka skru di bahagian sebelah kiri dan kanan.
Seterusnya cover di bahagian gear perlu dibuka. Caranya gunakan skru driver philips dan lapikkan dengan kain bagi mengelakkan calar pada plastik. Umpil pada bahagian hujung atas cover tersebut. Cuba perlahan-lahan pada beberapa bahagian untuk melonggarkan klip di bawahnya.
Jika mentol pada gear tersebut tidak menyala anda boleh tukarkan sekali mentol tersebut.

Buka cover di bahagian bawah gear. Ada dua skru yang mengikatnya di bahagian kiri dan kanan
Tarik bahagian cover ini ke atas, goyangkan sedikit ke kiri dan ke kanan untuk melonggarkannya supaya mudah dibuka


Ini gambar di sebelah kiri gear lever, mentol yang anda boleh tukar. Biasanya pada exora mentol ini mudah terbakar

Seterusnya cari kedudukan thermo amp. Ia berada di sebelah kiri dashboard di bawah glovebox Kemudian perhatikan wayar yang keluar dari kotak thermo amp tersebut sehingga ke hujungnya di dalam kotak coil. Buka skru di bahagian bawah kotak tersebut. Anda juga perlu membuka satu kotak kecul di depan coil tersebut bagi memudahkan anda membuka skru bagi bahagian tepi kotak coil.

Saya terpaksa menggunakan camera handphone untuk membuka skru pada kotak kecil ini kerana hanya tangan saja yang boleh merasa satu skru yang terlindung pada sisi kotak kecil di depan kotak coil tersebut.

Setelah anda berjaya membukanya maka anda boleh membuka sedikit ruangan pada kotak coil tersebut. Maaf tiada gambar sebab tak sempat nak ambil.

Anda ikut saja wayar sensor yang keluar dari kotak thermo amp ini, anda akan junpa kotak cooling coil.
Jangan rentap wayar sensor thermo amp di dalam kotak coil tersebut. Mungkin ianya akan merosakkan coil di dalamnya. Hanya sedikit sahaja ruangan yang ada untuk anda memasukkan wayar sensor yang baru.
Sensor di dalam kotak coil tidak boleh dikeluarkan tanpa membuka lebih lebih banyak lagi panel pada dashboard. Lebih banyak yang kita buka nanti lebih banyak yamg kita akan terlupa untuk memasangnya. Pengalaman sendiri lepas pasang ada dua skru yang tertinggal tak pasti bahagian mana. Malas nak buka balik panel kalau takde bunyi-bunyi pelik biarkan je.
Potong saja wayar sensor lama dan tanggalkan kotak sensor yang lama. Pasangkan kotak sensor yang baru pada tapaknya dan sensor yang baru anda selitkan dalam-dalam dalam kotak coil. Lebih baik gunakan rod yang panjang untuk menolak sensor ke dalam kotak coil. Hati-hati supaya tidak tersentuh pada cooling coil, kalau bocor dapat masalah lain pulak.
Selepas  masukkan wayar sensor tu pasang balik skru pada kotak cooling coil. Sebelum anda pasang balik semua panel dashboard yang telah dibuka pasang semula wayar pada terminal bateri. Double check semua sambungan pada kotak cooling coil. Kemudian hidupkan enjin dan on kan aircond. Perhati kipas aircond di ruangan enjin berpusing selama beberapa minit. Jika kipas aircond berhenti selepas beberapa minit dan compressor pun telah cut off kemudian selang beberapa minit ia berfungsi semula maka anda telah berjaya menyelesaikan masalah aircond anda
Bagi pemilik-pemilik exora yang mempunyai masalah yang sama bolehlah mencuba kaedah yang saya terangkan ini dapat menjimatkan kos dan menyelamatkan poket anda