Infoscript

Showing posts with label tukar stereng rack bush exora. Show all posts
Showing posts with label tukar stereng rack bush exora. Show all posts

Monday, July 6, 2020

Tukar stereng rack bush exora

Kereta Exora ni memang kalau dah lama pakai banyak bush yang akan rosak. Mungkin sebab mpv ni berkongsi banyak jenis bush yang sama dengan lain-lain model . Tetapi masalahnya mpv ni mempunyai berat yang lebih berbanding dengan kereta biasa. Mungkin sebab itu bush pada exora ni banyak yang perlu ditukar. Kali ni saya tunjukkan cara untuk menukar stereng rack bush pada exora.

Tanda-tanda kerosakan bush ini contohnya stereng akan jadi senget dan rasa pergerakan setereng ke kiri dan ke kanan semasa memandu. Anda tidak akan berasa selesa untuk memandu. Jika anda buat alignment pun masalah ini tak akan selesai. Cara paling mudah untuk mengetahui kerosakan bush ini adalah dengan cara memerhatikan bahagian stereng rack yang dekat dengan bush ini semasa stereng di pusingkan ke kiri dan ke kanan. Anda perlukan bantuan rakan untuk memusingkan stereng semaa enjin dihidupkan. Perhatikan betul-betul stereng rack yang dekat dengan bush ini bergerak atau tidak. Jika bergerak-gerak boleh teruskan dengan langkah seterusnya.
    Stereng rack bush


Alat yang anda perlukan adalah spanar saiz 14 mm, jek stand jek,  gris, extension bar L dan I, swivel joint, socket 14 mm
   Swivel joint pastikan ada 

Langkah pertama jek kereta agak tinggi dan letakkan jack stand. Tahan tayar belakang dengan kayu atau batu bata. Ini penting supaya kereta tidak melungsur ke belakang. Tarik juga hand brake sebagai langkah keselamatan.  Selepas itu buka saluran angin ke kotak air filter 
Ada 3 skru pada saluran air intake, gunakan spanar saiz 10 mm. Lebih mudah pakai soket 10 mm. Tarik keluar hujung tiub yang bersambung dengan kotak air filter. Jangan takut tiub ini bukannya sistem VIM. Sistem VIM ada kat belakang throttle body. Ramai yang salah sangka tiub kat air filter ini sebagai VIM. 

Bila tiub air intake dah di buka anda akan nampak bush setereng rack dengan lebih jelas. 
Bush sebelah kiri
  

Untuk membuka skru pada braket bush ini anda perlukan extension bar dan soket saiz 14 mm. Anda juga perlukan adapter socket yang boleh dibengkokan.
  Adapter socket yang boleh   
   dibengkokan

Buka skru pada bracket bush ini dengan menggunakan socket 14 mm yang disambungkan dengan extension bar. Selepas berjaya menanggalkan braket anda tidak boleh lagi membuka bush ini kerana stereng rack perlu digerakkan sedikit supaya bush boleh ditarik keluar. 

Langkah seterusnya adalah membuka bush pada bahagian kanan pula. Anda perlu baring di bawah kereta untuk membukanya. 
Bush sebelah kanan.


Buka skru pada bush ini dengan menggunakan socket saiz 14 mm. Keluarkan bush yang lama. Mungkin agak sukar untuk mengeluarkannya jika ia masih keras. Gerakkan sedikit stereng rack ke depan sedikit untuk memudahkan membuka bush dengan menggunakan skru driver. . Tolak besi di bahagian tengah bush ini dengan skru driver. Bila ia dah tertolak ke atas keluarkan besi di bahagian temgah ini. Kemudian cungkil bush getah dengan menggunakan skru driver. 
Bush sebelah kanan

Masukkan bush yang baru. Bush ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian atas bawah dan tengah.Sapukan  gris pada bahagian getah dan juga besi di tengah-tengah. Masukkan yang bahagian getah dulu di bahagian atas dan bawah. Kemudian masukkan besi di bahagian tengah.
   bush ini boleh dibuka 
Agak susah sebenarnya untuk memasukkan besi di bahagian tengah bush. Ianya sangat ketat. Terpaksa diketuk dengan tukul. Tapi kedudukan nya yang agak sempit pada bush yang disebelah belakang memang agak susah. Boleh gunakan ball joint removee untuk memudahkan ianya ditolak masuk
  Ball joint remover 
   memudahkan kerja

Pastikan semua skru dah dipasang dengan ketat kemdian boleh test drive kereta. Masalah stereng bergoyang dapat diselesaikan. Jika stereng tak center boleh buat semula alignment. 
. Ketatkan skru