Sebelum menukar sensor ABS yang rosak anda perlu tahu sensor mana yang rosak. Untuk menguji sensor mana yang rosak anda perlukan multimeter. Buka soket pada sensor ABS dan uji dengan multimeter. Letakkan probe multimeter yang positive dan negative pada soket sensor ABS. Putarkan selector knob pada multimeter untuk mengukur voltan. Pusingkan wheel hub dengan laju dan perhatikan pada multimeter, jika terdapat kenaikan voltan maka sensor tersebut masih lagi berfungsi. Kelemahan cara ini anda kena putar tayar dengan laju baru ada bacaan pada multimeter
Satu cara lagi adalah dengan menguji resistance semua sensor ABS. Tukar selector knob pada bahagian resistance. Cek resistance semua sensor Periksa semua sensor pada kenderaan. Jika terdapat sensor yang tidak menunjukkan kenaikan voltan maka ianya perlu ditukar. Harga sensor ABS yang baru antara RM 80 - 90. Ini harga untuk yang original. Boleh juga anda beli yang lebih murah dengan harga lebih kurang RM 25 - 30 secara online samada di Lazada atau shopee.
Untuk menguji sensor dengan nilai resistance paling kecilsambungkan probe hitam dan probe merah pada soket ABS. Putarkan selector pada kedudukan untuk menguji resistance. Tak perlu buka sensor ini dari kedudukannya hanya buka soketnya sahaja.
Sambungkan probe pada terminal di dalam soket
Lihat nilai bacaan resistance pada display multimeter. Bacaan yang anda dapati seperti dalam rajah di bawah
Jika sensor baru ini bacaannya
.
Kalau sensor ABS ini rosak bacaannya hanya 0 atau rendah sangat bacaannya. Selepas anda tukar dengan sensor yamg baru lampu ABS pada meter kenderaan alan terpadam
Untuk menukar sensor yang rosak anda perlu membuka tayar dan buka soket pada sensor ABS yang rosak. Buka sensor yang lama dan gantikan dengan yang baru. Pastikan anda uji sensor pada setiap tayar. Kerana jika and tukar satu sensor dan lampu ABS masih menyala maksudnya ada sensor lain yang rosak. Cara menukar sensor dengan lebih detail boleh lihat pada post saya yang terdahulu
Pengalaman pada kereta sendiri, saya tukar dua sensor ABS pada bahagian depan dengan modal RM 60 sahaja. Bukan sensor original tapi boleh berfunsi dengan baik
Contoh sensor tak original
Brek pun kembali mencengkam macam asal. Jadi dapat jimat banyak berbanding buat di service center atau di bengkel luar. Selamat mencuba
Contoh sensor tak original
Brek pun kembali mencengkam macam asal. Jadi dapat jimat banyak berbanding buat di service center atau di bengkel luar. Selamat mencuba