Infoscript

Showing posts with label Masalah meter rpm dan speedometer iriz. Show all posts
Showing posts with label Masalah meter rpm dan speedometer iriz. Show all posts

Tuesday, November 3, 2020

Masalah meter rpm dan speedometer iriz 2019

Tachometer dan speedometer kereta iriz model 2019 tak sama macam kereta proton yang lama. Model-model lama menggunakan kabel untu menggerakkan kedua-dua meter ini. Kalau rosak anda perlu tukar kabel sahaja dan meter ini boleh digunakan semula. Tapi untuk model-model baru ia menggunakan data yang diambil daripada sensor pada enjin dan roda untuk mendapat data kelajuan enjin dan kelajuan kereta. 

Bagi model iriz ini meter digerakkan menggunakan elektrik. Jadi jika terdapat gangguan pada litar elektrik ianya tidak boleh berfungsi. Biasanya masalah kedua-dua meter ini disebabkan oleh fius yang terbakar. Jadi sebelum anda pergi ke bengkel atau service center lebih baik anda periksa dulu fiusnya. Kalau pergi bengkel mungkin ada yang memgambil kesempatan

Fius bagi meter ini terletak di bawah dashboard. Ianya disebelah kanan atau di bahagian pemandu. Mula-mula anda kena keluarkan dulu pocket kecil pada dashboard ini. Buka poket ini dan tarik ke depan dengan perlahan-lahan. Jangan dipaksa,  kerana kalau anda paksa ia mungkin boleh patah. Lihat pada bahagian dalam poket ini ada kotak fius. Untuk mengetahui jenis-jenis fius pada kotak ini anda boleh lihat pada buku manual atau pun pada bahagian belakang poket ini ada rajah menunjukkan fungsi setiap fius di dalam kotak fius

.  Fius yang rosak dah 
   dikeluarkan


Fius yamg anda perlu diganti adalah di baris yang sebelah kiri sekali pada kedudukan no 5. Boleh rujuk pada rajah. Gunakan penyepit yang ada di kotak fius itu untuk menarik fius ini keluar. Kemudian gantikan fius yamg baru. Pastikan fius yang anda gunakan adalah sama iaitu 15A. Boleh juga gunakan fius spare yamg ada pada kotak fius ini. Kalau bukan dalam keadaan kecemasan lebih baik pergi ke kedai spare part kereta untuk beli yang baru. Tak mahal hanya RM 2-4 sahaja. 

Bila dah pasang boleh cuba start kereta. Kalau tiada masalah lain, meter rpm dan speedometer akan bergerak ke tahap maksimum. 
   kedua-dua meter akan 
   bergerak sebaik button     
   engine  start ditekan