Infoscript

Showing posts with label lower arm Exora. Show all posts
Showing posts with label lower arm Exora. Show all posts

Sunday, January 3, 2021

Tukar lower arm exora

Tukar lower arm exora

Posting kali ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk menukar lower arm exora. Tanda-tanda kerosakan lower arm ini anda boleh tahu apabila amda rasa stereng agak bergoyang-goyang ketika memandu atau  bunyi yang besi yang berlaga semasa memandu. Anda boleh juga jek kereta dan kemudian goyangkan tayar hadapan ke kiri dan kanan atau ke atas dan bawah. Jika anda rasa ia bergoyang maka punca ia bergoyang adalah kerosakan pada lower arm. Boleh juga perhatikan bush pada lower arm yang asal jika ianya telah pecah atau reput maka seeloknya ianya diganti.
.  Lower arm yang lama ada 
  rekahan pada bush.

Alat-alat yang diperlukan adalah alat-alat biasa saja tiada power tools digunakan. Peralatan digperlukan adalah spanar saiz 19 dan 17. Lebih baik gunakan soket bersaiz 19 dan 17 yang mempunyai 6 mata supaya nat pada bolt lower arm tidak rosak. Kemudian beli lower arm yang anda boleh dapatkan di kedai spare parts atau pun online dengan harga RM 90 - 120. Yang lebih berkualiti temtulah lebih mahal dan lebih berpuashati. Saya pakai yang murah je, sebab saya sendiri yang pasang jadi kalau rosak lagi takde masalah mudah saja untuk tukar baru.Kalau suruh upah pasang di kedai kosnya mungkin sama dengan harga barang yang nak ditukar. Jadi kalau ada minat dan keyakinan nak buat sendiri banyak boleh dijimatkan

  Saya guna jenama saiko harga RM 95 je satu

Langkah pertama tandakan kedudukan aras  hub roda dengan badan kereta dengan menggunakan tape. Tujuannya supaya semasa memasang lower arm yang baru nanti kita dapat kedudukan lower arm yang tepat .  Kemudian longgarkan nat tayar dan jek kereta untuk mengeluarkan tayar. Sebaiknya guna jek stand  untuk menampung berat kereta kerana ianya lebih selamat.  
Gunakan batang paip panjang untuk memudahkan buka nat roda

 Letakkan tayar di bawah kereta untuk lebih keselamatan. Jika anda buka tayar sebelàh kanan, pusingkan stereng ke sebelah kiri untuk memudahkan membuka nat pada ball joint.  Buka nat ball joint dengan spanar atau soket saiz 19. 
Untuk menanggalkan ball joint ini daripada knuckle boleh gunakan tukul yang besar atau pun gunakan ball joint remover 
.   Ini dia ball joint remover
.    Boleh juga umpil ball joint           dengan besi
Saya gunakan ball joint remover kerana lebih mudah untuk membuka ball joint. Kalau gunakan tukul kena cari tukul bersaiz besar untuk menanggalkamn ball joint dengan mudah. Bila ball joint ini tertanggal daripada knuckle  anda akan dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Jangan bimbang takde apa yang merbahaya cuma bunyi je yang kuat. 

Kemudian buka nat pada bahagian depan lower arm dengan soket saiz 17 mm yang panjang. 
           soket 17 mm panjang
.          Spanar 17 mm

extension bar L
            Extension bar I


Sambung soket dengan extension bar bentuk L dan I supaya dapat meningkatkan  lagi daya untuk membuka nat yang ketat. Jika tak boleh dibuka tolak extension bar dengan menggunakan jek. Berhati-hati supaya bunga pada nat tidak rosak.
.  Buka skru pada bahagian 
   depan
Selepas nat pada bahagian depan berjaya dibuka longgarkan pula nat pada bahagian belakang lower arm dengan socket saiz 17 mm. Gunakan extension bar juga untuk membukanya. Jika ada rachet lebih mudah untuk membuka nat selepas dilonggarkan dengan socket. 17 mm. Jika bolt juga berpusing semasa and melonggarkan nat, tahan bolt pada bahagian belakang dengan spanar saiz 17 mm. Longgarkan saja bolt bahagian belakang dan jangan buka dulu bolt ini. Tanggalkan dulu ball joint, dengan menggunakan skru driver  mata pipih yang panjang umpil ball joint ini dengan berhati-hati. Biasanya ball joint mudah dikeluarkan. 

Keluarkan lower arm yang lama dan dan pasangkan lower arm yamg baru. Mula-mula pasang bolt di bahagian belakang dahulu. Tapi jangan diketatkan natnya cukup sekadar pasang dengan longgar. Tujuannya supaya selepas ini anda mydah untuk memasukkan ball joint pada knuckle. Jika kedudukan ball joint ini terlalu senget dan dan susah untuk dimasukkan ketuk sedikit dengan menggunakan tukul yang bersalut getah atau pun ketuk dengan menggunakan kayu. Jika ball joint dapat dimasukkan tetapi agak ketat untuk dimasukkan sepenuhnya gunakan jek untuk menolaknya daripada bawah. Jek bahagian  bawah joint ini sehingga hub roda separas dengan keadaan roda sebelum ianya dibuka. Ini dapat memastikan setiap bolt diikat pada kedudukan sebenar semasa tayar menyentuh permukaan jalan. Ianya juga dapat mengelakkan bush mudah rosak
.   Gunakan jek untuk menolak        ball joint masuk ke lubang          pada knuckle

Kemudian ketatkan nat pada bahagian depan dan belakang. Pastikan semua nat diikat dengan ketat supaya ia tidak bergoyang semasa kereta di pandu. Ulang langkah yang sama untuk lower arm yang sebelah lagi.