Infoscript

Showing posts with label tukar belting exora. Show all posts
Showing posts with label tukar belting exora. Show all posts

Monday, July 13, 2020

Tukar fan belt Exora

Kereta Exora ni dah digunakan selama 10 tahun tanpa ditukar belting water pump. Dalam bahasa biasa dipanggil tali kipas. Tahan sungguh belting yang asal daripada kilang ni.

Disebabkan ia dah mengeluarkan bunyi yang agak nyaring setiap kali aircond dihidupkan, maka dah sampai masanya ianya ditukar. Peralatan yang akan digunakan hanya sedikit sahaja. Hanya satu alat khas untuk menolak belting tensioner. 
.   Ini dia alat untuk menolak 
     belting tensioner

Alat ini boleh dibeli di kedai mr DIY selain itu anda perlukan soket saiz 12 mm untuk membuka tangki minyak power steering supaya boleh dialihkan sedikit dan dapat memberikan ruang untuk menukar belting. 

Langkah pertama perhatikan kedudukan belting tersebut dengan pulley. Hafalkan laluan belting tersebut supaya tidak tersilap pasang semasa memasang semula yang baru.  Lebih mudah ambil gambar dengan handphone, setiap laluan belting pada pulley. Kemudian buka skru tangki minyak power steering dan alihkan sedikit ke depan. 
.  Buka skru pada tangki 
   simpanan minyak power 
   steering

Kemudian masukkan bar penolak beling tensioner ke slot pada belting tensioner tersebut.
Seterusnya sambungkan dengan besi yang lebih panjang untuk menolak tensioner dengan lebih mudah. Berhati-hati ketika menolaknya kerana disebelah hos power steering ini ada paip untuk gas aircond. Kalau tersilap sedkit mungkin boleh membocorkan paip ini. 

Tolakkan besi ini ke belakang (ke arah tempat pemandu). Anda akan dapati belting akan menjadi longgar. Pusingkan sedikit belting tersebut pada bahagian belting tensioner. Ada sedikit ruang untuk menolak keluar belting ini antara belting tensioner dengan cover timing belt. Bila dapat keluarkan belting ini pada belting tensioner selepas ini mudah untuk menarik keluar kedeluruhan belting. Pastikan anda telah menghafal laluan belting ini pada semua pulley supaya tak tersalah pasang .

Langkah seterusnya memasang belting baru. Masukkan dulu belting pada bahagian belting tensioner. Kena pusingkan sedikit belting tersebut supaya ia mudah melalui ruang antara belt tensioner dengan timing belt cover.










Kemudian masukkan pada pulley alternator dan pulley aircond compressor. Pulley yang terakhir anda masukkan adalah pulley untuk power steering. Tolakkan dulu belting tensioner ke arah belakang kereta. Jadi belting akan menjadi longgar dan mudah untuk memasukkan belting pada pulley yang terakhir.
.  Akhir sekali masukkan     
  belting  pada pulley power 
   steering pump

Selepas selesai belting dimasukkan pastikan ianya masuk dengan betul pada semua pulley. Kalau sudah yakin maka bolehla hidupkan enjin. Jika ia dipasang dengan betul enjin akan berbunyi normal. Selamat mencuba.