Infoscript

Showing posts with label penjagaan kereta lama. Show all posts
Showing posts with label penjagaan kereta lama. Show all posts

Sunday, January 17, 2021

Maintenance kereta selepas habis warranty (part 2)

Dalam part 1 saya dah terangkan penjagaan untuk komponen penyejukan enjin kereta. Bagi part yang kedua saya akan fokuskan pada bahagian elektrikal kereta atau bahagian ignition sistem yang biasan.ya akan rosak selepas habais waranti. Kalau tiada arus elektrik yang dihantar ke spark plug maka enjin pun tak boleh dihidupkan.

Komponen pertama yang perlu anda periksa adalah kabel plug. Kebiasaannya kabel plug akan mula merekah dan current daripada plug akan melompat ke bahagian enjin. Tandanya enjin akan terasa semput-semput masa sedang berhenti. Kalau tengah laju tak terasa enjin apa-apa. Nak nampak jelas kerosakan cable ni hidupkan enjin pada waktu malam dan lihat pada cable plug. Keadaan yang gelap membolehkan anda lihat percikan api keluar dari wayar plug. Kaedah ini saya dapat melalui pengalaman sendiri, puas mencari punca enjin kereta macam semput-semput. Dah cuci throttle body, tukar plug, fuel filter ikut saranan mekanik pun tak berjaya juga. Bila cek plug memang keluar spark. Tapi enjin masih tak lancar pada rpm rendah. Rupanya ada current daripada kabel plug ini yang pergi ke enjin. 

Kabel plug sebaiknya tukar kepada jenama yang baik dan tebal. Kalau pakai yang murah akan cepat merekah. Nak pakai yang after market pun boleh kabel dalamnya lebih tebal  dan arus elektrik dapat mengalir dengan lebih baik. Api plug pun akan jadi lebih baik. Kalau dapat yang original pun baik sebab ia memang dah diuji untuk kesesuaian dengan kenderaan anda. 
   Kabel plug original wira.

.   Kabel plug silikon


Kadang kala kalau ignition coil dah tak berapa baik bila guna cable plug besar ia akan mengganggu sistem elektrikal. Mungkin radio atau komponen elektrik yang lain akan terganggu. 

Komponen kedua yang anda boleh tukar adalah ignition coil. Pengalaman sendiri bila kereta dah hampir mencecah 10 tahun ianya akan mula bermasalah. Tanda-tandanya adalah kereta akan mula kekurangan kuasa, dan yang paling ketara jika enjin dah mula semput-semput dan bunyinya macam enjin berjalan dengan tiga silinder. Ini kerana salah satu plug tidak menghasilkan spark kerana tiada arus elektrik dari ignition coil. 
.  Ignition coil Exora

Jika nak tentukan masalah ignition coil ni cuba buka salah satu kabel plug dan pasangkan satu plug lain di hujung kabel.plug. Hidupkan enjin dan perhatikan pada plug tersebut samada mengeluarkan api atau pun tidak. Jika tiada api, cuba tukarkan pula kabel plug itu dengan kabel plug lain yang tidak digunakan lagi jika ada. Sebaiknya jika anda tukar kabel plug kabel yang lama anda sinpan supaya boleh digunakan untuk cek keadaan ignition coil. Jika sudah tukar kabel plug pun sama juga tiada api pada plug, maka confirm la ignition coil bermasalah. Beli dan pasang sendiri  lebih murah, kalau pasang kat kedai mungkin sampai RM 170 kosnya bagi jenis yang biasa sahaja. Cuma anda perlu tahu susunan kabel plug pada ignition coil. Jangan tersilap, kalau silap pasang firing order akan berubah pada setiap silinder. 

Ignition coil tak mahal antara RM 50 - 100. Kalau yang baik agak mahal sikit. Saya biasa pakai yang biasa saja dalam RM 60 sahaja. Takde masalah pun. Kalau boleh pasang sendiri memang jimat. Semoga dapat membantu. 

Tuesday, December 15, 2020

Maintenance kereta selepas habis warranty (part 1)

Ramai di antara kita yang menggunakan kereta sehingga lehih daripada 5 tahun dan malas nak buat hutang baru. Kalau beli kereta baru tak payah fikir pasal maintenance atau kerosakan, semuanya masih dalam keadaan baik. Kalau ada masalah pun masih dalam warranty jadi tak risau. Tapi tak semua orang nak tukar kereta baru lepas habis bayar lereta yang lama. 

Saya sendiri masih menggunakan kereta lama proton wira yang dah berusia 20 tahun. Walaupun dah tua usianya ia masih dalam keadaan baik boleh digunakan untuk perjalanan jauh atau dekat. Nak ke utara, selatan atau pantai timur pun tiada masalah. Yang penting mesti ada maintenance untuk memanjangkan hayatnya

Saya senaraikan komponen-komponen  untuk enjin  dahulu  yang perlu anda tukar jika dah melebihi 80 000 km. Yang pertama kalau kereta yang pakai timing belt macam proton kenalah tukar timing belt dulu. Ini yang paling penting kalau timing belt putus habis rosak valve dan piston, dan kos baik pulih amat tinggi. Harga dalam seratus lebih campur upah pun dalam seratus ringgit lebih. Kalau dapat pomen kawan-kawan sendiri lagi rendahla kosnya. Kalau buat di servis center boleh mencapai RM 700. Ada juga kedai biasa yang bagi harga sampai RM 600 - 700, kalau jumpa yang macam ini baik cari kedai lain. Ikut bajet anda kalau nak jimat buat kat kedai luar baru dua ratus lebih.  Water pump tak perlu tukar dahulu, bila tukar timing belt kali kedua nanti baru tukar water pump. Kalau nak tukar terus pun boleh sekali jalan kalau ada bajet lebih. 

Kemudian penjagaan yang seterusnya adalah sistem penyejukan enjin. Kalau mileage dah capai 100 000 km baik tukar radiator hos atas dan bawah serta by pass hose. Dua hos pada radiator akan membawa air atau pun coolant dari enjin ke radiator. By pass hose pula untuk membawa air masuk semula ke dalan enjin semasa enjin masih sejuk dan thermostat belum terbuka
Nak tahu hos ini masih elok atau tidak dalam keadaan enjin sejuk cuba picit hos ini dengan tangan. Kalau ia masih baik lagi getahnya masih lagi lembut dan tidak rasa macam ada besi yang berkarat yang patah bila ditekan. 

.   Hos atas dan bawah untuk 
    exora
.    Bypass hose untuk wira

Bila dah ganti tiga hose ini, kenalah tukar dengan coolant sekali. Dah tanggalkan hos mesti keluar semua coolant dalam radiator. 

Satu lagi komponen yang patut ditukar adalah motor kipas radiator. Ada baiknya anda tukar sebelum ia rosak ketika anda dalam perjalanan jauh atau pun ketika anda dalam perjalanan ke tempat kerja. Benda kecil macam ni kalau rosak boleh naik temperature enjin sampai maksimum. 
. Motor radiator fan

Motor radiator fan ini tak mahal harga dalam RM 80 - 100. Kalau bajet kecil boleh beli jenis biasa saja boleh pakai juga. 

Komponen seterusnya adalah thermostat. Kalau dah lama sangat pun kena tukar sebab kalau dah berkarat ianya tak mahu terbuka untuk mengalirkan air ke radiator. Ini juga boleh menyebabkan enjin anda overheat. Harganya tak mahal dalam RM 20 - 30 sahaja.
  Thermostat proton wira

Ramai juga yang dah buang thermostat ini. Kalau dah buang enjin jadi lambat panas dan akan semput sikit di waktu pagi. 

Komponen-komponen yang patut untuk ditukar di atas memang wajib ditukar untuk mengelakkan kerosakkan enjin yang serius. Tapi kalau memang nak tukar kereta baru tak payahlahj susah-susah nak fikir pasal maintenance ni.