Infoscript

Thursday, May 13, 2021

Restore cat kereta dengan spray can (Part 2 )

Part yang kedua ini saya akan terangkan pula langkah seterusnya untuk mengecat kereta sendiri dengan menggunakan spray can. 

Langkah kedua adalah menggosok permukaan yang nak dicat dengan menggunakan kertas pasir. Kerja ini yang paling memenatkan kerana permukaan kereta adalah besar seperti bahagiat bonet, bumbung dan pintu Kalau tak digosok nanti hasilnya tak cantik. Nampak segala calar pada permukaan. Mulakan pada bahagian bonet dahulu

Untuk kerja menggosok permukaan kereta ni kalau catnya memang dah rosak dan hampir tiada warna asal kena gunakan kertas pasir yang kasar dulu. Kertas pasir ni ada grit yang berbeza, semakin tinggi angkanya semakin halus kertas pasir tersebut.. 
. Kalau permukaan dah macam    ini baik digosok sampai        
   hilang   cat asalnya.

Jika cat pada permukaan yang nak digosok seperti gambar di atas, seeloknya gunakan kertas pasir grit 220 supaya boleh tanggal semua cat asal. Gunakan sanding block supaya lebih mudah untuk menggosok permukaan. Kalau tiada boleh juga gunakan kayu atau sebarang objek berbentuk segiempat.
.  Ini dia sanding block, boleh         cari online
.  Kereta ini saya gosok sampai 
   nampak besi tapi gunakan         mesin 

Untuk memudahkan cat tanggal, gunakan air untuk melicinkan permukaan dan melembutkannya. Rendamkan juga kertas pasir dalam air supaya ia mudah digosok pada permukaan. Gosok permukaan secara mendatar ke kiri dan ke kanan.. Banyak habuk yang akan keluar jadi lebih baik pakai mask untuk mengelakkan anda tersedut habuk-habuk tersebit. 

Gosok permukaan sehingga toada lagi cat yang tertinggal. Gosok sehingga cat asal hilang tap jangan sampai nampak besi di bawahnya. Cukup sampai pada lapisan undercoat. Biasanya lapisan ini hampir putih warnanya bagi kereta lama.  Bila semua cat dah hilang, basuh permukaan dengan air sampai semua sisa-sisa cat hilang. Seterusnya kita akan gosok pula dengan kertas pasir grit 320 atau 400. Gosok dengan kaedah gerakan seperti huruf X. Mula-mula katakan anda gosok secara menegak sengetkan sedikit ke sebelah kanan kemudian balas balik dengan gosok senget ke kiri pada tempat yang sama. Ini lebih memudahkan bahagian cat yang nak digosok tanggal. Jangan lupa untuk jiruskan air semasa menggosok. Pastikan anda menggosok dengan rata pada semua permukaan. Selepas selesai basuh permukaan dengan air. Rasa permukaan dengan tapak tangan, anda boleh rasa ada permukaan yang tidak rata. Jika ada ulang lagi menggosok di kawasan tersebut sehingga ia licin. Jangan malas untuk menggosok semula kerana hasil akhir nanti bergantung kepada kehalusan anda menggososk permukaan tersebut. 

Kertas pasir grit 400 yang digunakan ini walaupun kasar tapi ia sebenarnya bagus bagi memudahkan cat melekat. Kalau terlalu licin nanti cat susah nak melekat, jadi kesan calar pada permukaan itu memberikan grip bagi cat untuk melekat. Kalau nak lagi licin boleh gunakan kertas pasir grit 600

Janji jangan malas untuk pastikan semua bahagoan telah licin. Ingat proses menggosok dengan kertas pasir ini yang paling penting untuk memastikan hasil cat yang baik. 




Langkah akhir sebelum kita spray adalah dengan memastikan permukaan telah cukup kering. Kemudian lap dengan menggunakan kain mikrofiber. Jangan sentuh permukaan dengan tangan kerana minyak yang ada pada kulit akan melekat pada logam dan boleh mencacatkan cat. Kalau dah tersentuh dengan tangan lap dengan menggunakan cellulose thinner. Lap semula dengan kain mikrofiber. 
 
Bila dah sampai sini anda dah sedia untuk spray cat. Memang agak lama baru boleh sampai step yang akhir ini. Sebaiknya anda cuba pada permukaan bonet dahulu sebelum anda gosok dan cat bahagian lain. Kadangkala saya perlu juga bawa kereta ni walaupun masih belum siap digosok, selamba je kalau orang tengok kereta ni masih belum siap tapi dah dibawa berjalan. Janji mudah untuk kita selesaikan urusan tak kisahla apa orang nak kata.

Semasa menyiapkan cat kereta ini kita tak boleh cepat berputus asa atau malas. Kalau rasa penat rilekla dulu bagi semangat nak buat tu datang balik. Kalau tak jadi sekali kena cuba sekali lagi dengan cara lain baru kita boleh berjaya.