Infoscript

Monday, February 7, 2022

Elakkan oil cooler CVT iriz bocor

Kereta iriz saya selalu dipandu melalui jalan yang banyak lori kontena Bila kita follow rapat belakang lori ada bahayanya. Batu kecil akan terbang di belakang lori akibat tolakan amgin lori yamg sedang bergerak.. Batu batu kecil ini bila kena pada cermin pun boleh retak, apatah lagi kalau ia terkena pada radiator kereta 

Kalau kita lihat pada bahagian bumper depan memang ada ruang kosong bagi kemasukan angin ke arah radiator, kondensor air cond dan juga oil cooler bagi gearbox. Bagi iriz ketiga-tiga komponen ini disusun sebaris. Jadi ini adalah punca di mana air cond iriz ni tak sesejuk model proton yang dulu. Kalau dulu radiator dan kondensor mempunyai kipas yang berasingan. Model-model baru cuma ada satu kipas sahaja dan ianya kena menyejukkan tiga komponen yang panas

Berbalik kepada tajuk oil cooler gearbox yang bocor, disebabkan ianya terletak paling depan sekali pada bumper ianya amat mudah terkena batu dan menyebabkan ia bocor. 
   Ini oil cooler iriz yang terkena 
    batu.

Bila dah bocor memang boleh menyebabkan temperature gearbox CVT yang sememangnya manja ini naik juga.. Boleh kering juga minyak gearbox kalau kebocorannya tidak dikesan lebih awal. 

Sebenarnya saya bukan nak cerita bagaimanan nak tukar oil cooler ni. Saya cuma nak terangkan bagaimana nak elak oil cooler dan radiator daripada bocor. Sebelum ini pun saya dah pernah alami kebocoran radiator akibat terkena batu. 

Caranya mudah sahaja kita hanya perlu pasang jaring plastik sahaja pada bahagian kemasukan angin di bahagian bumper. Jaring ini boleh beli di kedai hardware. Beli yang agak halus sedikit lubangnya. Kalau terlalu besar mudah sahaja batu batu kecil melepasinya. 

Ukur ruangan kemasukan angin di bumper depan dan potong jaring tadi mengikut ukuran ruang kemasukan angin tadi. Bila dah potong bolehla masukkan ke dalam ruangan kemasukan angin tadi. Tapi sebelum anda masukkan lapik dulu bahagian bumper ini dengan masking tape. Ini dapat elakkan bumper daripada calar
.   Lekatkan masking tape dulu 
     untuk elak calar.
 
Kemudian masukkan jaring plastik ke ruang kemasukan angin. Pastikan ianya menutupi keseluruhan bahagian oil cooler dan kondensor yang terdedah. 
.   Lipatkan dulu jaring ni untuk       memudahkan ia masuk ke           ruang yang sempit

.  Jaring plastik sudah pun       dipasang

Selepas anda berjaya masukkan jaring ke ruang kemasukan angin ni, ikat jaring ini dengan cable tie. Pastikan ianya diikat dengan kemas. Kalau longgar nanti bila kena batu ianya akan terkena juga pada oil cooler atau radiator. 
Selepas ini bolehla anda memandu dengan lebih tenang bila berada di belakang lori