Infoscript

Tuesday, March 8, 2022

Side mirror Exora tak boleh bergerak

Entri kali in saya nak terangkan macam mana nak pulihkan semula cermin side mirror yang tak boleh bergerak samada ke kiri atau ke kanan atau pun ke atas dan bawah. Kadangkala kita perlu laras kedudukan cermin ini supaya dapat melihat pandangan belakang yamg lebih jelas. Masalah cermin ini bermula bila kita dah lama tak laraskan dia. Tambah pula ada kotoran yang melekat pada mekanisme yang menggerakkan cermin ini maka lagi susah untuk ia bergerak

Langkah pertama kita perlu buka cermin daripada bingai side mirror. Gunakan skru driver leper dan alaskan dengan kain supaya tidak bercalar bingkai side mirror. Tolakkan sampai habis pada bahagian cermin di bahagian bawah. Kemudian umpil bahagian atas cermin dengan menggunakan skru driver.
Umpil dengan berhati-hati. Pastikan tolak dahulu bahagian bawah cermin ini sebelum diumpil dengan skru driver

Bila nak buka komponen plastik ini jangan kita terlalu ganas sebab ia mudah patah. Tambah lagi kalau usia kenderaan dah mencecah 10 tahun.
Umpil di bahagian atas cermin ini daripada sebelah kiri ke kanan. 
Umpil daripada bahagian sebelah kiri ke sebelah kanan.

Kemudian umpil pula di bahagian bawah cermin. Cermin ini hanya dlekatkan dengan klip sahaja  pada bingkai side mirror. Kalau ada yang ada masalah pecah cermin, anda boleh gantkan sahaja cermin side mirror ini sahaja tak perlu tukar satu set side mirror. Harga cermin sahaja lebih murah jika dibandingkan nak tukar keseluruhan side mirror.
. Selepas semua klip cermin dah berjaya dibuka anda dah boleh tanggalkan cermin ini. 
Bahagian belakang cermin ini ada klip untuk dipasang pada tapak side mirror.
   Ini motor yang         
   menggerakkan  side mirror 

Bila dah berjaya buka cermin anda akan nampak mekanisme yang menggerakkan cermin. Ada dua biji motor di belakang cermin dan motor ini terletak di atas satu tapak yang boleh bergerak. Motor elektrik kecil ini akan menggerakkan tapak bagi cermin. Perhatikan ada gear pada motor elektrik ini yang menggerakkan cermin. 

Apa yang anda perlu buat adalah menyembur WD40 pada gear ini. Biasanya ada banyak kotoran yang melekat pada 
 Sembur WD40 di bahagian ini

Sembur juga WD40 pada bahagian belakang tapak motor elektrik.
    Sembur WD40 di bahagian   
    belakang tapak cermin 

Lepas sembur di kedua-dua bahagian tadi cuba gerakkan tapak cermin tadi. Kalau anda rasa ia mudah bergerak besar kemungkinan cermin boleh digerakkan jika tiada masalah pada suis. Kalau ada masalah pada suis kena buka pula suis unltuk lihat mungkin ada bahagian yang berkarat. Uji pergerakan cermin dengan cuba menggerakkan tapak cermin tadi menggunakan suis pada panel pintu. 

Bila rasa semuanya dah boleh digerakkan bolehla pasang semula cermin. Hanya perlu tekan sahaja cermin pada tapaknya. Jangan terlalu kasar nanti patah pula. Kalau tak berjaya juga nak gerakkan cermin kena buat cara lain samada tukar motor atau pun beli satu set side mirror yang baru.