Infoscript

Friday, April 29, 2022

Aircond Iriz tak sejuk

Masalah aircond tak sejuk ni selalu saya demgar daripada rakan-rakan yang memiliki modell yang sama. Setelah menggunakan kereta dah lebih 2 tahun akhirnya kereta saya juga mengalami masalah aircond tidak sejuk. 

Kereta ini masih dalam warranty jadi saya tidak bawa ke bengkel luar. Saya bawa kereta ke service center sebanyak 3 kali. Kali pertama diperiksa oleh service center hasilnya didapati tiada masalah pada sistem aircond. Gasnya masih penuh, compressor pun takde masalah dan condenser pun tiada masalah. 

Service center test aircond dalam keadaan kereta tidak bergerak dan suhu di set pada takat paling minimum.Pulas tombol  kawalan suhu sampai habis Cara begini memang terasa sejuk tapi dalam keadaan pemanduan biasa kita tak akan set suhu minimum sepanjang masa.. Biasanya kita akan set semula suhu jadi separuh atau suku daripada yamg asal. Bila saya set semula jadi separuh daripada suhu paling minimum aircond akan terasa tidak sejuk semula. Masa baru keluar kedai dulu takde masalah ini. Compressor terpaksa berkerja keras dengan setting suhu paling minimum.

Kali pertama agak hampa selepas pergi ke service center. Saya pergi kali kedua sebulan kemudian. Kali ini saya minta cooling coil diperiksa. Malangnya pihak service center tidak mahu memeriksa cooling coil kerana gas aircond masih penuh dan tiada kebocoran pada bahagian tersebut. Sebenarnya mereka malas nak buka dashboard untuk check cooling coil tersebut. Barang yang diganti hanyalah panel kawalan suhu dekat dashboard. Selepas tiga bulan menunggu barulah dapat diganti barang ini. 

Tapi masalah masih lagi tidak selesai. Aircond masih tak mampu menyejukkan kereta jika tidak di set pada suhu paling minimum. Dahla masalah tak selesai panel yang baru ini pula tidak sama warna dengan yang asal. Macam manala diaorang ni buat kerja. 

Kali ketiga pergi ke service center dua bulan kemudian. Kali ini kali terakhir saya bawa kereta ini ke service center sebeb warranty akan tamat pada bulan tersebut. Tapi apa yang diorang buat cuma periksa gas aircond dan compressor. Masalah masih tak selesai juga. Oleh sebab dah habis warranty sebulan selepas itu barulah saya buat perkara yang selalu saya buat iaitu repair sendiri. 

Saya rasa yang bermasalah adalah radiator kereta ini. Sistem penyejukan kereta iriz ni cuma ada satu kipas untuk menyejukkan radiator, condenser dan oil cooler. Maslah biasa yang dihadapi kereta ini adalah suhu enjin akan naik selepas beberapa tahun. Tapi kereta ini meter temperature tak naik melebihi paras normal. Mungkin sebab itu technician di service center tak boleh detect masalahnya.

Apa yang saya akan buat adalah flush radiator dan ganti dengan coolant yang baru. Bila buka sahaja penutup radiator saya dapati tiada coolant langsung yang dicampur ke dalam air radiator. Seterusnya saya buka drain plug untuk keluarkan air radiator. Mula-mula air nampak bersih dan jernih, tetapi bila dah hampir 3/4 air dikeluarkan boleh nampak banyak karat dan keladak keluar. Rupa-rupanya radiator ni sudah hampir tersumbat dan cecair penyejukkan tidak bergerak dengan lancar.  Ini  menghalang penyejukkan yang efisien. Walaupun suhu enjin tak naik tapi haba yang terperangkap dalam coolant tak dapat dibebaskan dengan baik.

Saya flush radiator ini tiga kali. Hos radiator juga saya buka kedua-duanya termasuklah thermostat pun saya buka.  Saya flush air yang ada di dalam enjin untuk lebih puashati. Seleasi saja flush saya masukkan radiator coolant dan campurkan dengan air ikut nisbah yang betul. Selepas buat bleeding radiator ini, saya cuba on kan aircond. Alhamdulillah aircond terasa sangat sejuk walaupun hanya buka separuh sahaja. Tak payah nak pergi kedai aircond dan disuruh tukar macam-macam barang yang tak perlu. 

Rasa teraniaya dengan pusat service yang tidak meletakkan coolant pada air radiator. Kalau semak pada buku servis air radiator hanyalah diperiksa dan tidak diganti atau ditambah dengan coolant.  Penukaran coolant radiator hanya disarankan untuk ditukar selepas 60k km  atau selepas tiga tahun. Patutla banyak pemilik iriz menghadapi masalah dengan radiator kereta ini. Sejak keluar kilang memang guna air paip sahaja tanpa diletakkan bahan yang menghalangnya daripada berkarat. Kereta Exora saya dah 11 tahun tiada karat yang keluar apabila saya flush radiatornya. Sebabnya  coolant dicampur dengan air di dalam radiator Kepada yang baru kena masalah aircond ini cubalah cara yang saya lakukan ini. Pergi konplen banyak kali kat pusat servis pun takkan selesai masalah. Jawapan yang mungkin anda terima kereta dah lama pakai memang akan berkarat.  Mungkin anda menghadapi masalah yang sama seperti saya. Kalau pergi kedai aircond dulu mungkin masalah anda tidak akan selesai juga. Harap dapat membantu pemilik-pemilik iriz yang menghadapi masalah yang sama. Kalau dah berkarat teruk radiator flushing pun tak guna, baik tukar baru sahaja