Infoscript

Sunday, May 1, 2022

Penjagaan sistem penyejukkan enjin

Kerap kali ketika melakukan perjalanan jauh kita terjumpa kereta-kereta yang mengalami masalah suhu enjin meningkat sehingga mencapai takat maksimum. Lebih-lebih lagi semasa musim perayaan. Ketika menghadapi jem yang panjang sistem penyejukkan enjin berkerja keras untuk menyejukkan enjin

Memang stress bila temperature enjin naik tiba-tiba. Lebih-lebih lagi jika ada anak dan isteri sekali di dalam kereta. Bolehkah masalah temperature naik tiba-tiba ini kita atasi sebelum melakukan perjalanan. Cara yang paling baik adalah melakukan preventive maintenance atau tukar komponen penyejukkan sebelum masalah berlaku. 
Inilah cara yang saya buat selama menggunakan kereta wira selama 20 tahun. Jika kita dah tukar komponen sebelum ia rosak kemungkinan untuk berlaku masalah suhu naik tiba-tiba adalah terlalu kecil. 

Komponen paling mudah untuk rosak adalah motor kipas radiator. Kalau motor ini memang original daripada kilang biasanya 10 tahun masih boleh digunakan lagi. Jika. Motor tersebut bukan original kilang cukup 5 tahun dah boleh ditukar. Tak kiralah jika ia masih lagi berfungsi dengan baik pun. Kalau ia nak rosak memang tak boleh nak jangka. Kalau ada duit lebih tukarlah motor kipas ni setiap 5 tahun sekali. 
.   Motor radiator Exora

Komponen kedua adalah thermostat. Kalau thermostat ini dah berkarat memang ia akan jem dan air tak boleh mengalir ke radiator. Ianya akan lebih cepat berkart jika kita gunakan air paip sahaja sebegai cevair penyejuk. Kalau anda gunakan air bateri dan tambah dengan coolant, thermostat ini boleh ditukar setiap 10 tahun atau 100k km. Jika gunakan air paip kena tukar lebih awal dari 10 tahun. Mungkin 3 atau 4 tahun dah kena tukar. Sebaiknya guna air bateri dan tambah dengan coolant sebagia cecair penyejuk enjin.
.   Thermostat Exora
Komponen ketiga adalah hose radiator bahagian atas dan bawah. Jika menggunakan air bater boleh tukar 10 tahun sekali atau 100k km. Jangan tunggu sehingga hose ini jadi keras. Jika ia dah berkarat dan jadi keras karat di bahagian dalam hose ini akan menyebabkan radiator akan tersumbat. Kalau radiator tersumbat kena flush atau pun tukar radiator baru. 

.   Hose ini kalau dah lama ia          akan jadi keras dan mudah 
     pecah

Jadi rukarlah komponen-komponen ini bila cukup tempohnya. Jangan bertangguh sehingga anda sendiri yang akan menanggung akibatnya terutama di musim perayaan.Selain komponen di atas tukarlah cecair coolant setiap 4 hingga 5 bulan sekali. Semasa keluarkan coolant yang lama  perhatikan warna cecair yang keluar tersebut. Jika ia berwarna coklat dan berkeladak ini menandakan sistem penyejukkan enjin dah berkarat dan perlukan penyelenggaraan. 

Biasanya kereta baru tiada masalah dengan suhu enjin. Tapi jika anda gunakan kereta yang sama sampai melebih 10 tahun anda akan menghadapi masalah ini. Bagi yang membeli kereta second hand dan juga baru pertama kali membeli kereta seeloknya tukar komponen yang saya sebutkan di atas. Kereta second hand kita tak tahu sejarah penyelenggaraannya sebelum ini. Biasanya buku servis kereta ini di pusat servis pun dah dibuang. Satu tabiat yang bagus ketika menghantar kereta anda di bengkel adalah memerhatikan cara mekanik membuka dan memasang sesuatu kompenen kereta. Jika anda tahu bagaimana ia dipasang dan dibuka ianya akan dapat membantu anda di waktu kecemasan. Mungkin tak perlu nak hantar kereta ke bengkel, anda dah boleh selesaikan masalah dengan sendiri.  Harap post kali ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah sistem penyejukkan enjin