Infoscript

Saturday, August 6, 2022

Tukar thermostat housing Proton Wira

Thermostat housing kereta Wira saya ini tak pernah ditukar selama 21 tahun. Rasanya dah patut ditukar sebab sebelum ini dah perasan semasa tukar by pass hose dah nampak ia berkarat. Jadi sebelum ia bocor baik ditukar. 

Kedudukan thermostat housing ini di bawah throttle body. Tak seperti enjin Campro yang thermostatnya berada di dalam paip waterpump, thermostat Wira ada housingnya sendiri. Lebih mudah untuk tukar thermostat sebenarny bagi model Wira berbanding model proton yang gunakan enjin Campro. 
 Ini dia thermostat housing

Untuk membuka thermostat housing ini kena tanggalkan dulu kotak air intake dan hosenya untuk memudahkan kerja.  Seterusnya buka by pass hose. Longgarkan dulu klip by pass hose dan tarik by pass hose untuk menanggalkannya.
   longgarkan dua klip ini kemudian tarik bypass hose dan cabut hose ini

.  By pass hose dah 
   ditanggalkan 

Tanggalkan pula hose yang bersambung dengan radiator. Tarik dulu klipnya dengan menggunakan playar sebelum hose boleh ditanggalkan.
Selepas ini tanggalkan pula sensor pada thermosta housing ini. 
.   Ada dua soket untuk sensor 
     suhu yang perlu dibuka

Berhati-hati semasa buka soket ini, usianya dah tua dan wire di dalamnya mudah putus. Kalau putus kena sambung pula dengan wire baru. 

Selepas ini bolehla buka nat yang mengikat thermostat housing ini pada enjin.
.  Ada dua nat perlu dibuka 
   pada bahagian hujung 
    thermostat housing ini

Selepas dua nat yang mengikat thermostat housing ini dibuka anda boleh tanggalkan thermostat housing ini, ada gasket di belakang thermostat housing ini jangan lupa nak pasang semula. Lupa pula saya nak ambil gambar gasket ini. 

Bila dah dapat tanggalkan thermostat housing perhatikan keadaan luarannya. Kalau dah 20 tahun pakai macam kereta saya boleh lihat keadaannya seperti dalam gambar
.  Paip pada housing ini dah berkarat teruk

Seterusnya buka pula thermostat hosing ini untuk lihat keadaan thermostat di dalamnya
.  Thermostat masih elok 
   sebab baru ditukar sebelum 
    ini
.  Bahagian atas housing ini 
   dah agak teruk juga

Bahagian atas housing ini boleh dibuka dengan menanggalkan dua skru di bahagian atas.
.   Buka dua skru ini untuk 
    menanggalkan bahagian 
    atas housing 

Buka dua sensor pada bahagian belakang  housing dengan menggunakan spanar.
.  Dua sensor yang perlu dibuka

.    Sensor sudah dibuka 
      nampak berkarat 

Bila sensor sudah dibuka boleh cuci sensor ini jika dah terlalu kotor. Jadi selepas ini ia dapat mengukur suhu dengan lebih tepat. 

Seterusnya beli thermostat hosing yang baru. Berhati-hati kalau beli secara online, biasanya kalau yang murah kualitinya agak rendah. Nanti baru pakai setahun dah bocor. Lebih baik beli di kedai spare part boleh minta yang berkualiti dan tahan lama. Saya beli baru dengan harga RM 70 untuk bahagian bawah housing sahaja. Bahagian yang sebelag atas saya tidak tukar  Bawa sekali hosing yang lama semasa beli part yang baru, takut tersalah beli. Ada beberapa jenis thermostat hosing untuk proton yang bentuknya berlainan. ada kemungkinan kedai bagi part yang salah 

Kemudian pasang semula thermostat housing. Gunakan gam gasket dan kertas gasket untuk melekatkan bahagian atas dan bahagian bawah thermostat housing. Potong kertas gasket ikut bentuk bahagian dalam hosing. Kemudian letakkan gam gasket pada bahagian atas dan bawah gasket tersebut. Lupa pula untuk ambil gambar semasa meletakkan gam pada housing. Jika tidak letak gam gasket air akan dapat keluar darpada dua permukaan housing yang dicantumkan. Ketatkan skru dengan berselang seli semasa memasang bahagian atas hosing ini. Kalau ia tidak diikat dengan sekata nanti leaking puka. Jangan lupa letakkan semula thermostat mengikut kedudukan yang betul seperti sebelum anda membukanya. Kalau terbalik nanti overheat pula enjin. Boleh rujuk pada gambar di atas. 

Pasang juga sensor pada thermostat housing ini. Pastikan ia dipasang dengan betul supaya tidak ada leaking selepas ia dipasang. Tak payah letakkan gam, hanya ketatkan secukup rasa, jangan terlalu ketat nanti loose pula.

.   Thermostat housing yang 
     dah siap dipasang. 
     Bahagian atas masih guna 
     yang lama

Selepas ini pasang semula thermostat housing pada tapaknya di enjin. Ketatkan secara berselang seli supaya ia melekat dengan sekata. Biarkan gam pada housing ini kering selama satu atau dua jan. Kemudian masukkan semula air dalam radiator dan buat bleeding pada sistem penyejukkan. Semoga dapat membantu pemilik-pemilik wira yang masih setia dengan jenteranya.