Infoscript

Friday, September 30, 2022

Oil filter Iriz leaking

Post kali ini berkenaan masalah leaking pada oil filter Iriz. Masalah ini nasib baik dapat saya kesan lebih awal, apabila nampak tompokan minyak di lantai parking. Tompokan minyak agak banyak. Sebelum ini pernah dengar dalam group Exora masalah oil filter leaking, tapi biasanya untuk enjin turbo sahaja ada masalah ini disebabkan oleh tekanan engine oil yang terlalu tinggi pada. Tak sangka berlaku juga pada model Iriz.

Untuk pastikan memang oil filter yang leaking kenala jack dulu kereta dan tahan dengan jack stand. Bila dah jack boleh lihat bahagian mana di bahagian enjin yang leaking

Saya dapat pastikan memang oil filter yang leaking selepas puas perhatikan bahagian lain pada enjin aeperti oil sump dan  pada timing belt. Lupa pula nak ambil gambar oil filter yang leaking.  Kalau tak dapat nak pergi bengkel boleh sahaja tukar sendiri oil filter yang baru. 

Anda boleh buka oil filter ini dan minyak enjin tidak akan keluar sepenuhnya bila oil filter ini dibuka. Kedudukan oil filter ini adalah di bahagian atas oil sump jadi minyak tak akan mengalir keluar daripada oil sump ke oil filter jika enjin tidak dihidupkan. 

Untuk buka oil filter ini anda perlukan alat pembuka oil filter yang ada dijual di kedai spare part. Oil filter untuk enjin campro agak ketat untuk dibuka berbanding model Proton yang menggunakan enjin Mitsubishi. Jadi anda kena gunakan box socket extension bar berbentuk L dan I. Kedua-dua extension ini boleh dilekatkan di alat pembuka oil filter. 

Lekatkan pembuka oil filter di bawah oil filter dan sambungkan dengan extension bar. Pusingkan oil filter arah lawan jam untuk membukanya. Jangan lupa letakkan takungan di bawah oil filter ini supaya minyak tidak bersepah di bawah kereta. 

Selepas anda buka oil filter yang lama biarkan sisa-sisa minyak pada lubang oil filter keluar dulu. Kemudian ambil oil filter yang baru dan sapukan sedikit minyak enjin pada oil seal oil filter tersebut.

.   Sapukan sedikit minyak di sini
 Ini oil filter yang lama, bila rasa dengan jari pada sealnya terdapat permukaan yang tidak rata

Selepas sapu minyak boleh pasangkan oil filter yang baru pada tempatnya. Guna alat pembuka oil filter untuk mengetatkannya semula.Jangan terlalu ketat semasa mengunci oil filter nanti boleh loose pula. 

Lap bahagian yang berminyak pada kawasan di sekeliling oil filtler yang baru. Kalau ada leaking selepas ini kita boleh nampak. Cuba hidupkan enjin kereta dan perhatikan ada kebocoran lagi atau tidak. Jika anda pasang dengan longgar anda boleh nampak minyak enjin akan keluar dengan cepat. Tak sampai seminit boleh kering semua minyak enjin. Tekanan minyak enjin memang kuat dan boleh memancutkan minyak hitam dengan banyak jika oil filter tidak diketatkan dengan secukupnya. Jika tiada leaking lagi bolehlah turunkan kereta daripadanjack stand dan periksa semula aras minyak enjin. Jika kurang bolehlah top up sedikit.