Infoscript

Tuesday, October 18, 2022

Tukar brek pad Iriz

Semasa menghantar kereta saya untuk di servis di pusat servis Proton, tehnician yang memeriksa kereta saya memaklumkan brek pad kereta saya tinggal 10 % sahaja. Bila saya tanya berapa harga untuk tukar bred pad, saya  terkejut dengan harganya iaitu RM 300. Mahal sungguh harga brek pad di pusat servis. Kalau beli brek pad yang baik di luar harga dalam seratus lebih sahaja

Jadi terpaksalah saya diy sahaja tukar brek pad kereta Iriz ni. Pertama sekali kena beli brek pad di kedai spare part. Saya tak beli secara online sebab dah beberapa kali dapat barang yang tak berkualiti.
Saya beli brek pad jenama trestor yang berharga RM65. Harap tiada masalah gunakan brek pad jenama ini. Nanti saya buat review brek pad jenama ini. 

Pertama sekali kena jek kereta dan tahan dengan menggunakan jack stand. Kemudian buka tayar. Pastikan stereng tidak berada dalam keadaan lock. Stereng perlu dipusingkan semasa penukaran brek pad nanti. Kalau yang guna push start button pastikan ada kunci dalam kereta dan on kan power supaya stereng boleh dipusingkan. 

Selepas buka tayar kena buka brek caliper. Kena gunakan spanar saiz 13 mm untuk membuka skru brek caliper. 
   Buka skru ini

Sebaiknya untuk buka skru kereta gunakan box socket yang mempunyai enam mata, ianya tak merosakkan skru jika ianya terlalu ketat. 
.   Keadaan brek pad yang lama 
     memang sudah nipis

Brek pad yang lama ini yang habis sebelah luar. Terutama yang sebelah driver. Macam tak seimbang sahaja brek kereta ni. 

Bila skru kaliper dah dibuka anda boleh angkat kaliper ini.Anda boleh nampak brek pad di dalam kaliper ini.

Ikatkan kaliper ini dengan tali pada spring. Jangan tarik kaliper terlalu jauh, ini boleh menyebabkan brek line terlipat dan boleh menyebabkan kerosakan pada brek line. 
.  Berhati-hati dengan saluran minyak ini jangan terlipat 

Kemudian anda boleh tarik keluar brek pad daripada tapaknya. Gunakan tangan sahaja untuk menariknya, tak perlu gunakan alat takut nanti terkena pada rotor pula. 
.   Tarik keluar brek pad daripada slot yang ditandakan.

Selepas brek ditanggalkan anda perlu kenalpasti brek pad yang sebelah luar dan sebelah dalam. Terdapat perbezaan antara sebelah dalam dan sebelah luar. Kalau tersilap pasang memang tak boldh dimasukkan ke dalam slotnya. 
   Ini brek pad sebelah luar ada lengkung pada bahagian bawah tapi brek pad sebelah dalam tidak melengkung
.   Keadaan brek pad lama
Bersihkan habuk-habuk yang terdapat pada brek supaya nampak lebih kemas. Kemudian boleh pasangkan brek pad yang baru. Pastikan anda pasang dengan betul untuk sebelah dalam dan sebelah luar bentuk brek pad ini tak sama. Kalau salah pasang memang tak boleh masuk pada slot brek pad tersebut

Sebelum itu hampir terlupa anda kena pasang klip pada hujung brek pad ini. Klip ini berfungsi untuk mengetatkan kedudukan brek pad pada slotnya 
  Ini klip yang perlu anda   pasang  pada brek pad yang   baru
 Ada besi yang akan bergeser  dengan rotor jika brek pad sudah terlalu nipis

Perhatikan pada tepi brek pad ini ada besi yang tertonjol keluar ke arah rotor. Besi ini berfungsi untuk memberikan amaran jika brek pad telah yerlalu nipis. Ianya akan bergeser dengan rotor dan mengeluarkan bunyi. Ini dapat memberikan amaran kepad pemandu jika brek pad sudah terlalu nipis. 

Sebelum anda boleh tutup kaliper brek semula anda kena tolak piston di dalam kaliper ini. Jika brek pad yang lama dah terlalu nipis piston ini akan tertonjol keluar dengan banyak dan anda tidak boleh tutup semula brek kaliper. 
.  Piston brek ini perlu  ditolak masuk semula 

Jadi kena buka atau longgarkan cap bagi tangki minyak brek. Bersihkan bahagian cap pada tangki minyak brek sebelum membukanya. Ini dapat mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam tangki dan menjejaskan fungsi brek. Kemudian gunakan clamp untuk menolak piston masuk balik ke dalam. Kalau masuk brek pad baru mesti kena tolak ke dalam sampai habis.

    Gunakan clamp seperti ini 
    untuk menolak piston ke 
    dalam

Bila piston dah dapat ditolak ke dalam bolehla tutup semula brek kaliper. Kemudian ketatkan semula skru kaliper ini. Jangan terlalu ketat bila pasang balik skru brek kaliper ini takut loose pula. 

Seterusnya pasang semula tayar dan cuba pusingkan tayar. Pastikan tiada bunyi pelik yang keluar. Bunyi bergeser sedikit tak mengapa, tapi kalau ada bunyi yang agak nyaring kena buka balik brek untuk pastikan ada tak bahagian lain yang bersentuhan dengan rotor. Akhir sekali uji brek dengan memandu kereta dalam jarak yang dekat. Kalau anda tidak dengar apa-apa bunyi yang pelik semasa menekan brek dan kereta boleh berhenti dengan baik  anda dah berjaya.