Infoscript

Sunday, November 6, 2022

Stereng Exora senget part II

Sebelum ini saya ada ceritakan masalah stereng kereta Exora saya yang senget dan dah dapat pun penyelesaiannya. Selepas tukar tie rod end pada sebelah kiri dan kanan stereng masalah ini dapat di selesaikan
Selepas dua tahun masalah ini berulang kembali. Kali ini lagi mencabar kerana semua bahagian yang saya tukar seperti tie rod end, stereng rack bush dan lower arm masih lagi baru. Baru dua tahun sahaja guna semua barang ini.

Jadi bermulalah satu pencarian untuk  mengenalpasti masalah stereng senget ini yang berulang kembali. Mula-mula saya buka tie rod end dan saya dapati ianya masih lagi ketat tiada masalah. Kemudian saya buka juga stereng rack bush. Keadaannya sama juga masih lagi tidak menunjukkan ianya sudah rosak. Saya dah juga buat alignment sebanyak tiga kali. Dua atau tiga hari sahaja bertahan sebelum stereng jadi senget semula. 

Yang terakhir perlu saya test ada lower arm. Nak buka lower arm ni leceh sikit jadi ini yang terakhir saya buka. Ada risikonya buka lower arm ni. Kalau nak buka ball jointnya mungkin akan terkoyak pula getah pada ball joint tersebut kalau tidak berhati-hati.

Setelah berfikir panjang tiada jalan lagi nak betulkan stereng yang senget ini saya buka juga lower arm sebelah kanan. Bila dah buka barulah dapat jawapan sebenarnya. Mesti anda tak sangka ball joint yang baru dua tahun pakai ni dah bergoyang-goyang. Nampak dari luar memang getahnya nampak cantik. Masa goyangkan tayar semasa kita jek kan kereta pun tak rasa ia bergoyang. Bila dah buka baru tahu keadaan sebenar. 
  Ball joint ini dah boleh digerakkan dengan mudah

Lower arm yang lama saya beli di shopee. Harganya dalam RM 98. Sebelum ini saya memang ada masalah dengan spare yang dibeli di shopee. Kebanyakannya tidak dapat bertahan lama. Kali ini saya akan beli baramg di kedai spare part. Biar mahal sikit tapi boleh bertahan lama. Disebabkan dua bush yang lain pada lower arm ini masih elok lagi, jadi saya buat keputusan untuk tukar ball joint sahaja. Harganya pun lebih murah daripada tukar seketul lower arm. 

Ball joint pada lower arm yang asal bole dibuka dengan menanggalkan nat bersaiz 16 mm. Ada tiga bolt yang perlu dibuka. Selepas itu anda boleh cabut keluar ball joint yang lama. 
   Buka tiga bolt ini
   Ball joint dah berjaya dibuka

Seterusnya pasang ball joint yang baru. Pastikan anda ketatkan skru ball joint dengan kuat supaya ia tidak bergoyang pula semasa dipandu nanti. Kemudian pasang semula lower arm dengan cara yang betul. Selepas itu buat semula alignment tayar untuk mengelakkan tayar makan sebelah dalam atau sebelah luar. Jika tiada masalah lain stereng kereta anda tak akan senget lagi