Kalau servis di bengkel mungkin sampai RM 60 -70. Kalau minat diy baik buat sendiri dapatla jimatkan kos maintenance kereta. Alat yang perlu ada adalah box socket saiz 8 mm dan 10 mm. Guna spanar saiz 8 mm dan 10 mm pun boleh. Cuma untuk throttle body skrunya agak ketat kalau tak pernah buka, jadi lebih baik gunakan box socket untuk mengelakkan skru jadi rosak.
Pertama sekali kena buka kotak air filter ada beberapa skru bersaiz 10 mm yang perlu dibuka
Lepas buka kotak air filter ini baru ada lebih ruang untuk buka throttle body. Kemudian kena cabut air intake hose yang melekat pada air filter box. Longgarkan sahaja hose clip dengan spanar saiz 10 mm
Sebelum boleh tanggalkan hose yang bersambung dengan throttle body ada satu hose kecil yang melekat pada hose yang besar ini. Cabut dahulu hose kecil ini.
Kemudian longgarkan pula hose clip pada bahagian throttle body sebelum menanggalkannya. Tarik dan goyangkan dengan berhati-hati supaya tidak rosak.
dan tanggalkan hose
Tanggalkan hose besar daripada throttle body. Kemudian buka socket pada throttle body.
Untuk buka socket ini kena tekan pada bahagian yang bertanda dengan anak panah merah dan seterusnya tarik pada bahagian bertanda anak panah kuning. Kalau tak tau cara nak buka socket ini memang susah membukanya
Seterusnya cabut hose pada throttle body dengan berhati-hati
Langkah seterusnya adalah buka skru yang mengikat throttle body pada tapaknya. Kalau tak pernah buka memang agak ketat. Lebih baik gunakan box socket saiz 10 mm dengan enam mata. Jangan guna yang ada 12 mata takut rosak pula kepala skru
Sebelum buka skru yang terakhir pastikan anda pegang throttle body tersebut, takut kalau terbuka skru yang akhir throttlt body terus jatuh ke lantai. Kalau jatuh dan rosak memang malang.
Satu perkara yang paling penting adalah jangan sesekali menyentuh butterfly valve di dalam throttle body. Kalau dah bergerak sikit nanti bila pasang semula rpm akan jadi tak betul. Tapi ada cara nak set semula throttle body supaya kembali normal
Seterusnya kena bersihkan bahagian yang banyak karbon tadi. Saya biasa gunakan minyak petrol sahaja untuk hilangkan karbon pada throttle body. Boleh juga gunakan injection cleaner atau pun kerosin. Janji jangan guna minyak pelincir nanti makin senang pula melekat karbon. Gunakan kain yang bersihkan dan lapkan dengan petrol pada bahagian depan dan belakang butterfly valve. Jangan sentuh butterfly valve. Cuma bersihkan bahagian yang berkarbon hitam sahaja. Bahagian tepi throttle body yang bertutup dengan plastik hitam jangan kenakan dengan petrol. Takut short pula litar di dalamnya.
. Bersihkan bahagian yang ditunjukkan dengan anak panah merah. Yang kuning menunjukkan butterfly valve
Ruangan antara butterfly valve dengan rongga throttle body juga perlu dibersihkan dengan menitiskan petrol ke ruangan tersebut. Titiskan sahaja sebab takut tersentuh butterfly valve. Nak guna lidi pun boleh untuk bersihkan ruangan tersebut.
Lepas cuci baru nampak berkilat.
Selepas bersihkan karbon lap permukaan yang masih ada petrol dengan kain yang kering. Kalau masih ada petrol pada bahagian dalam throttle body ini, susah pulak nak hidupkan enjin.
Akhir sekali pasang semula throttle body pada tapaknya. Ikat skru throttle body ini secara bersilang dan sikit demi sedikit. Jangan terus ketatkan pada satu skru kemudian ketatkan skru yang lain. Ini dapat merapatkan permukaan throttle body dengan sekata dan tiada kebocoran. Kemudian pasangkan semula socket d an hose yang berkaitan. Selepas siap pasang bolehla try start enjin. Kalau dilakukan dengan betul enjin akan jadi lebih stabil