Untuk buka spark plug ni ada jual spanar khas yang boleh dibeli di kedai spare part. Tapi saya tak berapa suka spanar ni, sebab bila dah guna lama rivet dia akan longgar dan terus tertanggal. Jadi saya lebih suka guna box socket. Untuk spark plug iriz kena guna soket saiz 14 mm yang panjang. Kalau guna yang pendek memang tak sampai. Selain itu kena guna socket extension jenis L dan I. Ianya lebih tahan dan socket ini boleh digunakan untuk bolt yang lain . Sebaiknya tunggu enjin dah sejuk supaya tak melecur tangan. Kalau enjin panas
yang panjang
Mula-mula buka dulu cover plastik yang menutup bahagian atas valve cover. Ada empat bolt yang perlu dibuka bersaiz 8 mm.
Kemudian buka socket pada plug coil. Cabutkan dulu klip pada socket dengan menggunakan skru driver leper.
Bila dah buka socket bolehla buka bolt yang mengikat plug coil pada block enjin. Bolt ini bersaiz 8 mm. Bila dah buka bolt bolehla tarik plug coil ini ke atas. Agak ketat juga nak cabut plug coil ini kalau lama tak pernah dibuka. Boleh tolak sikit gunakan skru driver.
Buka ke empat-empat plug coil. Sebaiknya anda susun ikut kedudukan yang sama seperti keadaan asal. Nanti nak pasang semula ikut kedudukan yang asal.
Kemudian buka spark plug dengan dengan menggunakan socket 14 mm dan extension. Bila dah longgar tarik keluar plug dengan menggunakan playar. Tak boleh nak gunakan tangan sebab plug terletak jauh ke dalam.
Gantikan semua plug satu persatu. Pastikan semasa anda ketatkan plug jangan ikat terlalu ketat. Nanti boleh loose pula dah jadi masalah lain. Gunakan extension L yang pendek sahaja jangan sambung sampai dua extension takut terlebih pulas
Check semula ke empat-empat plug samada telah diketatkan, takut ada yang terlupa nak diketatkan. Akhir sekali pasang semula coil plug dan soketnya. Hidupkan enjin dan dengar kalau ada bunyi-bunyi yang pelik. Kalau tak dipasang dengan betul mungkin enjin akan hidup dengan tiga silinder sahaja.