Infoscript

Friday, December 6, 2024

Tukar drier pada condensor Iriz

 Drier pada condenser aircond befungsi untuk menyerap wap air yang terdapat di dalam sistem aircond. Bila ada wap air dalam sistem aircond ianya boleh membentuk ais dan menyekat pengaliran gas di dalam sistem aircond. Jadi jika sistem aircond anda tidak sejuk ada kemungkinan filter drier ini telah rosak. Fikter drier juga menapis kotoron yang ada dalam sistem supaya ia tidak tersumbat atau merosakkan compressor. Untuk model Iriz ada dua jenis drier yang digunakan, yang pertama adalah jenis tabung yang boleh ditukar dengan mudah, satu lagi jenis yang mengunakan tabung yang tidak boleh dibuka. Untuk jenis tabung yang tidak boleh dibuka ini kita perlu gantikan penyerap wap air di dalamnya. 

Untuk kereta saya kondensor nya menggunakan jenis tabung yang tak boleh dibuka, hanya boleh tukar penyerap wap air di dalamnya. Untuk itu kondensor perlu dibuka sepenuhnya baru boleh gantikan penyerap wap air di dalamnya. Sebelum  buka kondensor kena pastikan tiada gas aircond di dalam sistem. Selepas itu kena buka bumper sebelum boleh menanggalkan kondensor. Cara nak buka bumper saya pernah terangkan dalam post sebelum ini. Jadi kali ini saya terus sahaja pada cara penukaran drier.

Condenser perlu ditanggalkan sebelum kita boleh membuka skru pada tabung drier. Ruangan agak sempit untuk tukar drier tanpa tanggalkan ia dari tapaknya. Pada bahagian bawah drier ini ada skru allen key yang bersaiz besar. 

   Buka skru allen key ini

Selepas berjaya buka skru allen key ini ada filter yang perlu dibuka. Kena umpil filter ini dengan skru driver pipih. Berhati-hati ketika umpil filter ini takut rosak bila dikeluarkan. Saya lupa nak ambil gambar bahagian filter ini. Dah buka filter baru boleh nampak satu paket yang mengandungi penyerap wap air. Gunakan playar untuk mengeluarkan penyerap wap air ini

  Ini dia penyerap wap air yang dah teruk keadaannya

Sebelum tukar penyerap wap air yang baru ada baiknya kita tembak angin ke dalam kondensor. Boleh juga keluarkan minyak kotor di dalamnya. Tembak angin pada bahagian outlet gas pada kondensor, jangan tembak pada bahagian inletnya. Selepas ini tutup bahagian inlet dan outlet kondensor ini sebelum pasang penyerap wap air yang baru. 

Penyerap wap air yang baru boleh beli secara online. Harganya pun tak mahal. Boleh sesrch nama reciever drier/filter bag/drier bag/desiccant bag. Saya guna drier bag dari model perodua. Panjang sedikit sahaja daripada model iriz punya  Masukkan drier bag yang baru ke dalam tabung. Kemudian sapukan minyak compressor pada o ring penutup tabung drier.


Akhir sekali boleh pasang semula kondensor dan vacuum semula sistem. Selepas itu masukkan gas. Kalau tiada sebarang kebicoran pada sistem kita boleh dapati tahap kesejukkan aircond lebih baik dari sebelumnya. 


Friday, October 18, 2024

Review minyak enjin Royal fully synthetic

Kereta Iriz saya dah habis warranty dan saya tak bercadang untuk servis di service centre lagi. Lebih jimat servis sendiri tak perlu bayar upah ponen. 

Untuk minyak enjin kali ini saya gunakan minyak yang dicadangkan oleh kedai spare part kereta. Minyak enjin Royal fully synthetic menjadi pilihan selepas menggunakan minyak enjin Petronas semi synthetic selama 5 tahun. Saya tak gunakan minyak yang berjenama di kedai spare part kerana takut tertipu dengan yang tiruan. Sekarang ini banyak minyak berjenama yang tak original di pasaran. 

.  Ini dia minyak enjin Royal fully synthetic 

Minyak enjin Royal ini berharga RM 105, mahal sikit berbanding jenama Mizu. Bila buka penutupnya bau minyak ini sama dengan minyak Mizu. Mungkinkah company yang sama tapi kotak sahaja berlainan. Warna dan kelikatannya pun sama dengan minyak Mizu. Lupa pula ambik gambar minyak ini sebab nak cepat. 

Selepas beberapa hari menggunakan minyak ini saya dapati prestasi enjin yang baik seperti menggunakan minyak Petronas. Enjin rasa lancar sahaja seperti biasa tiada bunyi kasar daripada enjin. Penggunaan minyak juga normal seperti biasa. Tiada penjimatan ketara yang ditunjukkan berbanding minyak Petronas. Kena tunggu  servis yang seterusnya untuk tahu keadaan minyak ini semasa servis berikutnya.

Review minyak enjin Mizu selepas empat tahun

Saya dah guna minyak enjin Mizu ini dah empat tahun. Setakat ini tiada masalah enjin. Aras minyak enjin pun tak pernah kurang lagi. Cuma saya tidak lenjan enjin pada kelajuan tinggi. Takdela lock throttle lama-lama pada kelajuan tinggi di highway. 

Bila ada leaking pada valve cover gasket bolehla tengok keadaan pada camshaft Dan ruangan di sekeliling camshaft. Kalau banyak keladak atau tahi minyak akan menunjukkan minyak ini tak sesuai digunakan. Lepas ini kena guna minyak jenama yang lain. 

.  Nampak bersih sahaja ruangan di bawah cam cover.

Bila buka cover camshaft ini saya dapati ianya bersih tanpa sebarang keladak atau tahi minyak. Jadi minyak jenis Mizu ini boleh digunakan lagi tak perlu tukar ke jenama lain. Saya tak guna minyak enjin ini sampai 10k km. Pada jarak 5k - 6k saya dah tukar. Saya masih ikut service interval bagi kereta Proton lama. Saya rasa servis 10k km terlalu lama dan banyak kotoran karbon yang dah terkumpul di dalam minyak enjin. Setakat ini cara lama ini berkesan untuk kereta wira saya yang dah berumur 22 tahun. Masih bersih lagi keadaan oil sumpnya bila dibuka. Terserah pada anda nak servis setiap 10k atau 5k.