Infoscript

Tuesday, April 9, 2024

Alat untuk longgarkan belting tensioner Iriz

Untuk buka fead belt atau tali kipas Iriz memang susah sikit sebab ruangnya agak sempit. Kereta kecil memang leceh sebab ruang enjin memang sempit untuk masukkan spanar  untuk buka bolt. Kali ini saya nak share cara mudah untuk longgarkan belting  tensioner  tanpa beli alat khas yang agak mahal. Kita DIY sahaja alat untuk longgarkan belting tensioner 

Sediakan satu spanar saiz 13 mm dan satu soket extension. Pertama sekali ambil soket extension dan potongkan bahagian yang boleh disambung pada soket. Kita cuma nak bahagian hujungnya sahaja. Gunakan gergaji besi untuk memotongmya. Kalau ada mesin untuk potong memang mudah kalau tak kena potong secara manual. Agak lama juga nak memotongmya. 
Potong bahagian depan ini

Kita cuma perlu bahagian depan extension ini sahaja bahagian belakangmya tak diperlukan. Kemudian bahagian yang dipotong tadi masukkan di dalam spanar ,saiz 13 mm. Sebaiknya cari spanar yang kuat kalau yang murah kat Mr diy takut mudah bengkok. 
.  Masukkan bahagian yang dipotong pada lubang spanar 13 mm. 
.   Potong bahagian bawah
Akhir sekali potong bahagian bawah spanar ini. Ia perlu dipotong sebab kita perlu sambung dengan batang paip sepanjang setengah meter supaya dapat menambahkan lagi daya untuk menolak belting tensioner. Lepas ini boleh uji alat baru ini pada belting tensioner. Ianya lebih mudah dan murah untuk longgarkan belting tensioner.