Infoscript

Tuesday, May 21, 2024

Tukar condenser Iriz


Condenser kereta Iriz saya ada kebocoran dan perlu ditukar. Masalah condenser bocor adalah masalah biasa bagi model Iriz. Kalau tak ditukar gas aircond akan berkurang dan aircond jadi tidak sejuk. Boleh top up gas aircond untuk sejukkan semula tapi minyak compressor akan berkurang akibat kebocoran ini. Akhirnya compressor boleh jem dan terpaksa kena tukar compressor baru. 

Langkah pertama adalah keluarkan semua gas yang ada di dalam sistem. Boleh pergi ke kedai aircond untuk sedut semua gas dalam sistem. Boleh juga keluarkan sendiri dengan menggunakan manifold gauge. Setelah tiada gas dalam sistem baru boleh buka condenser. 

Seterusnya buka bumper depan. Buka semua bolt pada bahagian atas dan bawah bumper. Buka juga semua klip di bahagian bawah bumper dan atas bumper. Selepas itu boleh tarik bahagian kanan bumper di sebelah ruang tayar hadapan. Tarik dengan berhati-hati, memang agak ketat kalau tak pernah dibuka. Kalau tarik kuat sangat takut pecah pula bumper. Tak dapat nak tunjuk gambar buka bumper sebab SD card handphone rosak pula, hilang gambar yang saya ambil.

Kemudian buka soket lampu yang ada di bahagian dalam bumper. Bagi yang tiada lampu di bahagian bumper boleh terus sahaja tanggalkan bumper. Seterusnya buka hose yang bersambung pada bahagian kiri condenser. Ada satu bolt saiz 10 mm yang mengikatnya. 
.   Buka dua hose ini

Seterusnya buka bolt pada  transmission oil cooler di depan condenser. Kena alihkan sedikit transmission oil cooler ke depan untuk memudahkan membuka bolt condenser di bahagian bawah. .
   Buka dua bolt sebelah kiri
.   Buka dua bolt sebelah kanan

Selepas ini buka empat bolt yang mengikat condenser. Gunakan spanar saiz 10 mm untuk buka bolt. 
.   Buka bolt sebelah kiri

.   Buka bolt sebelah kanan 
.   Buka bolt sebelah bawah
Ada empat bolt yang mengikat condenser pada bahagian atas dan bawah.. berhati-hati ketika buka condenser jangan sampai terlanggar dengan kasar pada radiator, takut dapat masalah lain pula. Lepas ini dah boleh angkat condenser ini ke atas. 

Condenser baru saya beli di shoppe berharga RM 160. Bukan yang original saya beli yang OEM sahaja. Sebelum ini pakai yang OEM sahaja pada kereta Wira dan Exora saya takde masalah, sejuk macam yang original. Yang penting setting gas aircond kena betul baru sejuk.
.  Condenser baru

Kemudian pasangkan condenser baru pada tapaknya. Jangan lupa tukar O ring pada hose yang bersambung dengan condenser. Kalau dah lama takut leaking pula bila pasang condenser baru. Jangan lupa untuk sapukan minyak compressor pada O ring yang baru supaya ia masuk dengan sekata dan juga berfungsi untuk mengelakkan kebocoran gas. 

Selepas ini dah boleh sedut vakum dengan pam vakum. Pastikan tiada kebocoran vakum sebelum masukkan gas. Nak lebih mudah bawa sahaja ke bengkel untuk flushing dan masukkan gas. Kena bayar lebih sikitla kalau buat kat bengkel. Saya buat sendiri sahaja dapatla berjimat sedikit.