Infoscript

Saturday, June 1, 2024

Tukar compressor aircond Iriz

Aircond kereta iriz saya tiba-tiba tidak berfungsi hanya udara panas sahaja yang keluar. Nak kata takde gas, baru sahaja saya isi bulan lepas. Bila on kan aircond memang boleh rasa sentapan compressor tapi tiada angin sejuk yang keluar. Bila check pada high pressure hose memang langsung takde rasa panas. Untuk lebih pasti saya gunakan manifold gauges untuk check tekanan gas di dalam sistem. Barulah confirm masalah pada compressor.

Untuk buka compressor taklah susah sangat. Mula-mula kena buka dulu fead belt. Gunakan alat untuk menolak belting tensioner untuk melonggarkan fead belt. Kalau takde alat boleh buat sendiri. Saya ada share kan alat yang saya buat sendiri dalam post sebelum ini.
.  Alat yang saya buat sendiri.Bahagian hujung itu kena masukkan pada lubang pada belting tensioner 

Ruang untuk masukkan alat ini pada belting tensioner memang agak sempit, jadi memang susah kalau takde alat khas. Selepas buka belting bolehlah jack kereta pada sebelah kanan untuk memudahkan compressor keluar dari engine bay. 

Sebelum buka compressor pastikan gas aircond telah dikeluarkan semuanya dari dalam sistem. Kalau tidak nanti memyembur pula gas keluar bila kita cabut hose pada compressor. Boleh gunakan manifold gauges untuk keluarkan semua gas. Buka valve pada bahagian low pressure berwarna biru untuk keluarkan semua gas pada hos yang berwarna kuning
.  Gunakan manifold gauges ini untuk keluarkan gas


 Kemudian cabut soket untuk sensor yang ada pada bahagian atas compressor.. Selepas ini buka dua hose pada compressor. Gunakan box socket saiz 8 mm untuk buka bolt yang mengikat hose. Kalau tak pernah buka memang agak ketat, kena goyangkam sikit ke kiri dan kanan baru boleh buka. 
.  Cabut soket ini 



.  Hos dah dibuka pada sebelah kiri dan kanan

    Ada banyak serbik besi pada inlet hos menunjukkan kerosakan compressor 

Selepas ini boleh buka bolt yang mengikat compressor pada tapaknya. Bolt ini bersaiz 10 mm. Ada ,tiga bolt yang mengikat compressor, buka dua bolt bahagian bawah dahulu. Akhir sekali buka bolt bahagian atas. Pastikan anda tahan dengan tangan bahagian bawah compressor, kalau tidak jatuh ke bawah compressor bila bolt yang terakhir dibuka. 
    Compressor lama dah dibuka 

Compressor yang lama ini saya dapati dah tiada minyak langsung. Ini menyebabkan piston jem. Selepas ini dah boleh pasang compressor baru. Lebih baik tukar sekali condenser dan drier sekali sebab habuk besi daripada compressor kemungkinan besar dah masuk dalam condenser dan boleh menyebabkan ia tersumbat dan aircond menjadi tidak sejuk. Memang keras sikit modal untuk repair aircond ni, lagi mahal kalau buat di kedai, boleh mencecah RM 1000. 

Untuk compressor baru saya beli yang OEM sahaja berhatga RM 450. Ada yang jenis recond lebih murah, tapi saya tak berapa yakin nak pakai. Sebelum ini pernah tukar compressor wira jenis  yang OEM dan masih lagi berfungsi dengan baik selepas lima tahun.
.  Compressor baru

Pastikan compressor yang baru ini dah ada minyak compressor. Boleh tanya dengan penjual. Kalau tak pasti boleh pusingkan pulley compressor. Kalau ada minyak mesti boleh nampak pada lubang hose pada bahagian belakang compressor. 

Seterusnya boleh pasang compressor yang baru. Boleh masukkan daripada bahagian bawah kereta. Kalau nak masukkan daripada bahagian atas kena buka dulu hose radiator. Masukkan bolt bahagian atas dulu dan ikat dengan longgar. Kemudian pasang dua bolt di bahagian bawah. Ketatkan bolt berselanh seli supaya ia ketat dengan sekata. 

Kemudian pasangkan semula dua hose pada compressor. Sebaiknya tukar O ring pada dua hos ini. Sapukan minyak compressor pada O ring supaya ia masuk dengan sekata. Minyak itu juga berfungsi untuk seal house dengan lebih baik. Kalau dah lama tak pernah tukar takut ada leaking pula. Akhir sekali pasang semula fead belt.  Barulah selesai pasang compressor, untuk hidupkan semula sistem aircond ini perlu langkah tambahan. Sebaiknya condenser dan drier perlu ditukar sekali sebab serpihan besi daripada compressor mesti ada yang masuk ke dalam condenser. Ini boleh menyebabkan Sistem tersumbat dan boleh merosakkan compressor. Kebanyakkan bengkel hanya buat flushing sahaja untuk menjimatkan kos. Bila condenser tersumbat memang aircond takkan sejuk seperti asal. 

Apabila dah tukar condenser bolehlah sedut vakum dalam sistem dengan menggunakan vacuum pump. Pastikan tiada kebocoran pada sistem baru boleh masuk gas aircond. Cara nak masukkan gas aircond nanti saya kongsikan dalam post yang lain.