Infoscript

Friday, December 6, 2024

Tukar drier pada condensor Iriz

 Drier pada condenser aircond befungsi untuk menyerap wap air yang terdapat di dalam sistem aircond. Bila ada wap air dalam sistem aircond ianya boleh membentuk ais dan menyekat pengaliran gas di dalam sistem aircond. Jadi jika sistem aircond anda tidak sejuk ada kemungkinan filter drier ini telah rosak. Fikter drier juga menapis kotoron yang ada dalam sistem supaya ia tidak tersumbat atau merosakkan compressor. Untuk model Iriz ada dua jenis drier yang digunakan, yang pertama adalah jenis tabung yang boleh ditukar dengan mudah, satu lagi jenis yang mengunakan tabung yang tidak boleh dibuka. Untuk jenis tabung yang tidak boleh dibuka ini kita perlu gantikan penyerap wap air di dalamnya. 

Untuk kereta saya kondensor nya menggunakan jenis tabung yang tak boleh dibuka, hanya boleh tukar penyerap wap air di dalamnya. Untuk itu kondensor perlu dibuka sepenuhnya baru boleh gantikan penyerap wap air di dalamnya. Sebelum  buka kondensor kena pastikan tiada gas aircond di dalam sistem. Selepas itu kena buka bumper sebelum boleh menanggalkan kondensor. Cara nak buka bumper saya pernah terangkan dalam post sebelum ini. Jadi kali ini saya terus sahaja pada cara penukaran drier.

Condenser perlu ditanggalkan sebelum kita boleh membuka skru pada tabung drier. Ruangan agak sempit untuk tukar drier tanpa tanggalkan ia dari tapaknya. Pada bahagian bawah drier ini ada skru allen key yang bersaiz besar. 

   Buka skru allen key ini

Selepas berjaya buka skru allen key ini ada filter yang perlu dibuka. Kena umpil filter ini dengan skru driver pipih. Berhati-hati ketika umpil filter ini takut rosak bila dikeluarkan. Saya lupa nak ambil gambar bahagian filter ini. Dah buka filter baru boleh nampak satu paket yang mengandungi penyerap wap air. Gunakan playar untuk mengeluarkan penyerap wap air ini

  Ini dia penyerap wap air yang dah teruk keadaannya

Sebelum tukar penyerap wap air yang baru ada baiknya kita tembak angin ke dalam kondensor. Boleh juga keluarkan minyak kotor di dalamnya. Tembak angin pada bahagian outlet gas pada kondensor, jangan tembak pada bahagian inletnya. Selepas ini tutup bahagian inlet dan outlet kondensor ini sebelum pasang penyerap wap air yang baru. 

Penyerap wap air yang baru boleh beli secara online. Harganya pun tak mahal. Boleh sesrch nama reciever drier/filter bag/drier bag/desiccant bag. Saya guna drier bag dari model perodua. Panjang sedikit sahaja daripada model iriz punya  Masukkan drier bag yang baru ke dalam tabung. Kemudian sapukan minyak compressor pada o ring penutup tabung drier.


Akhir sekali boleh pasang semula kondensor dan vacuum semula sistem. Selepas itu masukkan gas. Kalau tiada sebarang kebicoran pada sistem kita boleh dapati tahap kesejukkan aircond lebih baik dari sebelumnya.