Infoscript

Tuesday, February 18, 2025

Tukar minyak enjin Iriz

Minyak enjin bagi kereta Iriz perlu ditukar setiap 10K km mengikut buku manual jika menggunakan minyak fully synthetic atau semi synthetic. Paling mudah untuk menukar minyak enjin kereta berbanding menukar minyak gearbox. Ramai yang dah tahu tukar sendiri, cuma saya nak share untuk pengguna yang baru yang mungkin belum ada pengalaman menukar minyak enjin sendiri. Sebaiknya anda perhatikan dulu semasa mekanik menukar minyak enjin kereta anda sebelum menukar sendiri

Untuk menukar minyak enjin anda perlukan beberapa peralatan seperti jack kereta, jack stand, socket box 14 mm dan extension bar. Mula-mula letakkan stopper di tayar belakang untuk mengelakkan kereta bergerak. Pastikan juga hand brake dah ditarik. Kemudian jack kereta ke aras yang agak tinggi sekadar membolehkan anda berbaring di bawah enjin.  Untuk kereta iriz kedudukan oil sump adalah pada bahagian sebelah kanan enjin berdekatan dengan tayar depan sebelah kanan. Gunakan jack stand untuk menahan berat kereta, Jangan gunakan jack kereta sahaja, takut jika jack rosak kita boleh terhimpit di bawah kereta. Ada banyak kejadian berlaku yang menyebabkan kematian akibat jack yang terturun secara tiba-tiba. 
   jack kereta dan letakkan jack stand    
   Sebelah kanan juga saya letakkan jack stand supaya dapat lebih ruang

Pastikan anda dapat ruang yang cukup untuk buat kerja di bawah kereta kalau kurang tinggi boleh naikkan lagi. Mula-mula buka penutup minyak enjin di bahagian atas enjin. Selepas ini longgarkan dulu nat drain plug. Gunakan socket saiz 14 mm untuk longgarkan bolt drain plug. Jangan buka dulu bolt drain plug, letakkan dulu takung untuk minyak hitam di bawah oil sump. Pastikan minyak hitam yang keluar tidak terkeluar daripada takung minyak hitam. Nak lagi bagus letakkan plastik sampah di bawah takung minyak supaya tiada minyak enjin yang tertumpah pada lantai. Kalau dah tumpah leceh pula nak bersihkan. 
   Longgarkan bolt drain plug

   Tunggu minyak enjin dah keluar sepenuhnya

Buka bolt minyak enjin dan biarkan minyak keluar sampai habis. Perhatikan pada bolt drain plug, ada washer yang melekat pada bolt tersebut. Jika dah nampak rosak bolehla tukar yang baru. Kalau tak tukar nanti takut leaking pula minyak. 
    Periksa washer ini jika tak elok perlu ditukar

Bila semua minyak enjin dah keluar boleh tutup semula bolt drain plug. Untuk ketatkan bolt ini gunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja, jangan pulas sekuat hati. Saya dah terkena sebelum ini mekankk ketatkan sampai loose thread terpaksa buat thread baru. 

Seterusnya buka oil filter. Untuk buka oil filter kena gunakan alat pembuka khas.Boleh sambungkan dengan extension baru. Kalau sebelum ini servis lat Service center memang ketat sangat oil filter ini untuk dibuka. Kena lapikkan sedikit dengan kertas pada alat pembuka tersebut supaya ia memegang dengan ketat permukaan oil filter. Boleh juga belitkan oil filter dengan fead belt untuk membukanya. 
   Buka oil filter 

Pastikan takung diletakkan di bawah oil filter sebelum buka, kalau tidak nanti banjir parking kereta. Tunggu sampai tiada lagi minyak yamg menitik baru pasang semula oil filter yang baru. Sebelum pasang sapukan sedikit minyak enjin pada seal getah oil filter yang baru. Ini penting supaya getah ini tak melekat bila nak buka semula nanti. 

Pasangkan oil filter yang baru dan ketatkan dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja. Kalau ikut arahan pada tepi oil filter tu gunakan tangan sahaja untuk ketatkan. 
Akhir sekali boleh masukkan minyak enjin pada bahagian atas enjin. Kalau enjin masih baru gunakan minyak 10W 30 atau 5W 30 untuk enjin yang senyap dan lancar.Model iriz masih ada lagi dipstick untuk menyukat berapa banyak minyak enjin yang masuk. Tuangkan semua empat liter minyak ke dalam enjin. Tunggu beberapa saat sebelum mengukur kandungan minyak enjin, biar minyak turun dulu ke oil sump. Selepas ini start enjin dan periksa samada ada kebocoran minyak pada drain plug atau pun oil filter. Kalau ada leaking cepat-cepat matikan enjin dan ketatkan mana yang patut  Jika tetap leaking boleh keluarkan dulu minyak hitam, tadah minyak dengan takungan yang bersih. Pasang semula drain plug atau oil filter pada kedudukan yang betul dan masukkan semula minyak enjin yang dikeluarkan tadi.