Jadi dah confirm memang masalah bearing. Boleh beli bearing sahaja atau pun beli siap dengan mangkuknya kalau beli bearing sahaja lebih murah tetapi saya nak cepat jadi saya tukar sekali dengan mangkuknya. Harganya RM 135..00 di kedai spare part.
Mangkuk bearing baru
Untuk membuka bearing kena buka tayar dahulu. Pastikan guna jack stand untuk menahan kereta. Letakkan juga batu bata pada tayar untuk mengelakkan kereta bergerak. Keselamatan wajib didahulukan sebelum buat apa-apa kerja di bawah kereta
Selepas buka tayar kena buka dua skru pada drum brek belakang. Kena gunakan skrew driver jenis impact untuk membukanya dengan mudah.
Untuk membuka drum brake kena buka dulu nat bersaiz 21 mm di tengah-tengah drum braake. Untuk membuka nat ini perlu gunakan socket saiz 21 mm yang disambung kepada extension bar. Sambungkan batang paip pada extension bar untuk menambah daya tolakan agar lebih mudah melonggarkan nat bersaiz 21 mm ini.
Selepas ini turunkan hand brake dan boleh keluarkan drum brek. Ketuk-ketuk sedikit drum brake dengan tukul jika agak ketat untuk menanggalkannya.
Bearing tayar berada di dalam drum brek. Anda perlu semburkan WD40 pada permukaan antara drum brake dengan bearing untuk memudahkan bearing ditanggalkan.
Kemudian ketuk bolt tayar dengan tukul. Memandangkan kita nak tukar sekali mangkuk bearing bolehlah ketuk bolt tayar dengan kuat untuk menanggalkan mangkuk bearing. Ketuk bolt secara bersilang untuk membolehkan mangkuk bearing ditanggalkan dengan sekata.
Seterusnya sapukan gris pada shaft di tengah-tengah bearing. Gunakan gris yang tahan panas. Saya gunakan gris untuk drive shaft. Kemudian boleh pasangkan mangkuk bearing pada drum brake. Pasangkan drum brake bersama bearing pada shaft. Ketatkan skru yang mengigkat mangkuk bearing dengan drum brake.
Akhir sekali pasangkan natbersaiz 31 mm pada bahagian luar brake. Cuba pusingkan bearing, kalau tiada bunyi kasar maknanya tiada masalah. Bolehla pasangkan semula tayar dan cuba bawa kereta dan dengar ada bunyi berdengung lagi atau tidak. Mangkuk bearing yang lama jangan dibuang kerana studnya boleh digunakan senula dan bearing di dalamnya juga boleh digant baru kalau rajin nak buat sendiri