Mengenangkan kos nak repair aircond ni agak tinggi Dan saya baru sahaja lepas repair aircond wira, jadi saya ambil keputusan untuk repair sendiri sahaja. Saya tak pernah repair lagi aircond iriz ni jadi nak buat tu makan masa lebih sedikit. Semuanya kena berhati-hati sebab melibatkan pembukaan dashboard. Pertama sekali kena tahu masalahnya di mana. Check dulu bahagian condenser di depan tiada kesan-kesan minyak. Pada compressor dan hos aircond pun takde minyak. Masa buka aircond ada bunyi gas bocor dan ada bau gas. Jadi rasanya 90% dah confirm kebocorannya di dalam cooling coil
Untuk tukar cooling coil Iriz ni agak leceh sebab kena buka dashboard. Tak macam kereta Wira buka glove box sahaja dah boleh buka cooling coil. Iriz ni macam-macam part kena buka baru boleh capai cooling coil. Ok masa untuk mulakan projek tukar cooling coil. Pertama sekali kena tetapkan tombol gear pada kedudukan N. Kemudian tanggalkan kepala bateri. Seterusnya buka dan tanggalkan glove box. Buka pintu glove box dan tarik bahagian bawahnya. Ada engsel dibahagian bawah yang boleh ditarik. Kemudian tarik bahagian atasnya, tarik bahagian sebelah kiri dan kemudian sebelah kanan atau sebaliknya
Kemudian buka pula radio. Mula-mula buka dulu cover di bahagian tepi radio ini. Untuk buka cover ini kena berhati-hati kalau tak bercalar pula dashboard. Gunakan dashboard opener yang dibuat daripada plastik. Boleh beli di shopee.
Untuk buka sebarang cover plastik kena banyak bersabar tak boleh main tarik dengan kuat kalau tak boleh buka. Biasanya kalau tak boleh buka mesti ada skru yang kita tak nampak masih belum dibuka. Dah terkopak plastik tu baru nampak ada skru yang terlepas pandang.
Seterusnya buka pula skru yang mengikat radio pada dashboard. Ada empat semuanya. Lepas tu tarik radio ini sedikit ke depan Dan buka soket di belakangnya
Kalau soket yang tak pernah buka memang agak ketat. Kena berhati-hati takut tercabut pula wayarnya. Memang agak lambat nak buka semua soket yang bersaiz besar. Seterusnya buka pula control panel aircond. Kena buka dulu cover pada control panel ini. Gunakan dashboard opener untuk umpil cover ini. Mulakan di bahagian bawah cover, ada dua lubang kecil di bahagian bawah untuk memudahkan mengumpil cover.
Kemudian buka skru pada aircond controller. Selepas buka skru kena tanggalkan soket di belakangmya
Selepas buka soket tanggalkan pula kabel pada bahagian belakang aircond controller. Kabel ini mengawal aliran udara ke dalam kabin. Kalau tak tanggalkan kabel ni memang tak boleh cabut panel aircond ni.
Seterusnya buka pula panel bahagian bawah stereng. Sebelum itu perlu tarik tuil pembuka Bonet sebelum kita tanggalkan kabelmya. Kalau dah tanggalkan kabel susah pula Yang ini tiada skru yang perlu dibuka hanya tarik sahaja. Perlu berhati-hati takut klip yang memegangnya payah.
Tarik cover ini sebelah kanan selepas itu sebelah kiri pula. Pada bahagian sebelah kanan ada kabel untuk membuka Bonet. Kabel ini juga perlu ditanggalkan sebelum panel cover ini dapat dibuka.
Kabel ini perlu ditanggalkan
Kalau baru pertama kali buka kabel ini memang lama juga nak fikir macam mana nak tanggalkan. Kena tengok betul-betul cara ia dipasang baru tahu nak buka. Jangan patahkan pula tempat penarik bonet ini dari tapaknya.
Lepas ini buka pula cover pada stereng. Ada beberapa skru yang perlu dibuka, Dan ada klip juga yang perlu ditanggalkan sebelum anda boleh tanggalkan cover pada bahagian stereng.
Kemudian tanggalkan pula soket pada bahagian stereng. Ambil gambar setiap soket yang perlu dibuka. Jadi anda tak pening bila nak pasang semula nanti. Setiap komponen yang dibuka perlu ambil gambar jadi takde masalah bila nak pasang semula. Nak buka soket pun kena tahu caranya dulu jangan main rentap sahaja nanti rosak pula soket. Jadi perhati betul-betul sebelum buka.
Seterusnya turunkan pula stereng ke bawah. Stereng perlu diturunkan supaya kotak cooling coil boleh ditarik keluar. Cooling Coil memang tak boleh dikeluarkan tanpa membuka dashboard. Model yang lama mungkin boleh ditarik keluar tanpa membuka dashboard. Untuk model proton yang baru ni memang tak boleh dan agak rumit.
Untuk turunkan stereng kena buka empat bolt di bawah stereng. Ianya bersambung dengan motor elektrik. Memang agak berat untuk menampung stereng ini dengan tangan kena dibantu dengan kaki. Empat bolt yang perlu dilonggarkan bersaiz 12 mm. Boleh gunakan soket dan extension untuk membuka empat bolt ini. Tak perlu buka sampai habis. Buka berselang seli bahagian atas dan bahagian bawah supaya berat stereng diiagihkan sekata semasa melonggarkan bolt. Kalau tidak bolt akan jadi ketat Dan susah dibuka kerana berat stereng jadi tak seimbang.
Lepas dah buka empat bolt pada stereng tarik sikit stereng ke belakang dan letakkan stereng pada seat. Bahagian bawah batang stereng pula letakkan pada pedal brek. Batang stereng ini agak berat kerana ada motor power stereng pada bahagian bawahnya. Ada satu bahagian yang anda perlu berhati-hati iaitu ada satu kotak kecil pada sebelah motor power stereng. Ini adalah computer yang mengawal motor power stereng, elakkan daripada bahagian ini tertindih. Kalau rosak memang nyaya.
Kemudian buka pula cover pada pillar A sebelah kiri dan kanan. Gunakan dashboard opener untuk mengumpil panel ini keluar
Seterusnya ada satu lagi panel di sebelah bawah bahagian panel yang anfa cabut tadi. Buka juga panel ini
Pada tiang A sebelah kiri ada dua soket yang perlu dibuka. Satu soket anda boleh tarik dengan mudah. Satu lagi anda kena umpil sedikit baru boleh dibuka
Kemudian buka pula panel pada bahagian gear. Ada beberapa panel di bahagian gear perlu dibuka. Pertama sekali panel pada gear lever.
Selepas itu buka pula panel di bawahnya. Gunakan dashboard opener untuk buka panel ini.
Seterusnya buka panel di depan panel gear lever. Panel ini ada soket untuk USB dan pencucuh rokok, jadi lepas buka tanggalkan soket di belakangmya.
Kemudian tanggalkan konsol tengah lever. Ada beberapa skru yang perlu dibuka. Pertama di bahagian belakang.
Kemudian buka dua skru di bahagian tengah panel ini. Bila skru dah buka masih belum boleh lagi nak tarik panel tengah ini keluar, kena buka dua lagi cover di bahagian hujung panel tengah ini.
Sekarang baru boleh buka panel tengah sepenuhnya. Buka semua soket yang ada pada panel tengah ini sebelum tarik keluar.
Jangan lupa pasang semula soket ini bila pasang semula dashboard. Kalau tak pasang nanti enjin tak boleh start. Jangan panik kalau dah pasang semula dashboard soket lain semua dah pasang tapi tak boleh start enjin. Cari dulu soket ini baru boleh start enjin.
Seterusnya buka panel pada pintu sebelah kiri dan kanan. Panel ini lebih ketat untuk dibuka. Semuanya pakai klip jadi kena hati-hati untuk tanggalkannya.
Mulakan untuk buka panel ini di bahagian depan. Tarik sahaja ke atas. Jangan tarik yang di belakang dahulu sebab ada klip yang akan patah jika ditarik ke atas. Bahagian belakang ni nak kena disengetkan sedikit baru boleh buka. Buka kedua-dua panel sebelah kiri dan kanan.
Seterusnya tanggalkan soket di sebelah kiri dan kanan.
Nak cabut soket ini pun agak susah kalau memang tak pernah dibuka. Pastikan tekan release button dan tarik soket keluar. Kalau tak boleh dibuka jika gerakkan kepala soket sahaja kena guna kaedah kedua. Genggam semua wayar tu dan tarik sambil goyangkan ke kiri dan ke kanan sambil tekan release button pada soket.
Semua soket perlu dibuka sebab wayarnya bersambung dengan soket di bahagian dashboard. Selepas ini kena buka pula bolt yang mengikat dashboard pada body Dan juga pasa tulang besi pada dashboard. Buka bolt pada sebelah kiri dashboard
Pada sebelah kiri dashboard ini juga ada dua skru lagi yang perlu dibuka. Kena buka panel sebelah kiri sebelum boleh nampak skru ini.
Seterusnya kena buka bolt untuk kotak airbag sebelah kiri dashboard. Bolt ini saiz 10 mm.
Belum boleh keluarkan lagi dashboard selepas buka bolt untuk kotak airbag. Buka pula soket pada kotak fius. Ada empat soket yang perlu dibuka pada kotak fius.
Buka soket pada kotak fius.
Soket pada kotak fius ini wayarnya melekat pada dashboard. Jadi memang kena tanggalkan soket-soket ini baru boleh sngkat dashboard. Akhir sekali sebelum angkat dashboard pastikan sekali lagi tiada soket yang masih belum dibuka. Untuk angkat dashboard perlukan dua orang jika baru pertama kali nak buka. Seorang angkat sebelah kiri dan seorang lagi sebelah kanan. Semasa angkat lihat bawah dashboard jika ada soket yang masih belum dibuka. Keluarkan dashboard melalui pintu depan sebelah kiri.
Pastikan dashboard diletakkan di tempat yang selamat, kalau terlanggar nanti patah pula. Selepas ini kena buka pula rangka besi di bawah dashboard. Ada empat bolt yang perlu dibuka pada rangka besi ini. Dua bolt di sebelah kiri dan dua bolt di sebelah kanan.
Buka bolt sebelah kiri rangka besi
Untuk bolt sebelah kanan kena buka penutup getah di sebelah luar. Bolt agak tersorok ke dalam kena guna extension untuk masukkan soket ke dalam body. Sebelum gerakkan rangka besi ini ke belakang sedikit untuk keluarkan box cooling coil lekatkan masking tape pada body yang melekat dengan rangka besi supaya tak bercalar body kereta bila kita tarik rangka besi ke belakang.
Selepas ini boleh buka bolt expansion valve yang melekat pada cooling coil di bahagian enjin. Ada satu bolt di ruangan enjin perlu dibuka dahulu. Sebelum itu buka dulu cover enjin supaya senang untuk mencapai bolt ini.
Selepas buka bolt, boleh tarik dua hose high pressure dan low pressure. Kalau tak pernah buka memang agak ketat jadi berhati-hati masa menariknya jangan sampai patah. Kemudian bolehlah buka kotak cooling coil. Ada empat bolt yang mengikatnya. Semua bolt bersaiz 10 mm.
Selepas ini pasang cooling coil yang baru. Jangan lupa pasang O ring yang baru. Buat vacuum test pada sistem untuk memastikan tiada lealking pada sistem sebelum pasang semula dashboard. Bila dah puashati tiada leaking baru pasang semula semua komponen yang dibuka. Agak banyak komponen yang dibuka jangan terburu-buru untuk memasangnya takut ada yang terlupa.