Nak mudah boleh bawa semula ke bengkel tapi saya lebih suka nak diy sahaja. Alat yang diperlukan adalah impact drill, mata drill dan tukul besi.
Cara yang saya gunakan adalah drill bolt tayar sampai rapat dengan lubang rim. Tak mudah untuk drill bolt ini sebab ianya terlalu keras
Saya dah cuba pelbagai jenis mata drill semuanya kurang berkesan kerana mengambil masa yang lama untuk mengorek sedikit lubang. Untuk drill bolt ini kena gunakan drill bit jenis High strength steele (HSS). Gunakan drill bit jenis ini juga memakan masa yang lama.
Akhirnya selepas beberapa percubaan saya jumpa juga drill bit yang sangat berkesan. Gunakan drill bit untuk memotong mozek. Mata drill ini berbentuk seperti mata lembing
Mata drill untuk potong
mozek
Boleh tanya kat kedai hardware mata drill untuk potong mozek. Beli drill yang bersaiz kecil supaya tak mudah patah. Untuk menjaga mata drill ini semass kita drill sediakan satu bekas berisi minyak enjin. Selepas kita drill selama beberapa minit celupkan mata drill ini dalam minyak enjin untuk menyejukkannya.
Mula-mula drill di bahagian bolt yang ditutupi oleh nat. Jangan drill sekali natnya. Nat itu menjadi penanda luas lubang yang perlu dikorek. Drill sedalam 1 cm kemudian sengetkan impact drill dan potong bolt mengikut corak bulatan. Dengan cara ini kita boleh dapat menebuk lubang yang sekata saiznya. Ulang lagi cara di atas sehingga sampai ke kedalaman yang kita inginkan. Semasa drill jika bunyi dah bertukar jadi semakin kasar itu tanda drill dah terkena pada rim. Jadi alihkan mata drill ke bahagian lain
Semass drill bolt tekan impact drill dengan kuat untuk menebuk dengan lebih cepat. Ukur kedalaman lubang yang kita drill.
Jika dah drill tapi hanya boleh masuk separuh sahaja anda kena tukar mata drill yang baru. Nat tayar ni memang keras sekejap sahaja nata drill jadi tumpul. Kena sediakan tiga atau empat mata drill baru boleh berjaya
Pastikan anda drill sampai ke aras hujung nat yang paling dalam di dalam lubang rim Kalau anda perhatikan nat tayar ada bahagian yang menipis ke dalam. Bila dah sampai kedalaman yang secukupnya anda perlu buka semua nat disekeliling nat yang rosak dan tendang tayar dengan kaki Kalau dah cukup kedalaman bolt yang anda drill riim akan tertanggal dengan mudah
Bolt yang sudah dipotong
Bila dah berjaya buka tayar anda kena tukar bolt atau stud tayar yang baru Tak perlu tukar mangkuk bearing sekali. Murah sahaja untuk tukar satu bolt atau stud tayar ini.
Bila dah berjaya buka tayar anda kena tukar bolt atau stud tayar yang baru Tak perlu tukar mangkuk bearing sekali. Murah sahaja untuk tukar satu bolt atau stud tayar ini.
No comments:
Post a Comment