Infoscript

Saturday, October 26, 2019

Pemasangan tachometer pada Proton Wira

Pemasangan  tachometer pada proton wira (model VDO)


Mungkin ramai antara kita biasa melihat meter tambahan yang dipasang di atas dashboard bagi membolehkan kita mengetahui maklumat tambahan mengenai enjin kereta. Kalau pasang di kedai aksesori mungkin mahal upahnya, sedangkan anda boleh pasang sendiri dengan kos yang rendàh.


Meter rpm atau tachometer membolehkan anda mengetahui keadaan enjin dan power band enjin bagi kawalan kuasa yang lebih tepat semasa memotong kenderaan lain. 


Anda boleh dapatkan meter ini di kedai aksesori kereta atau beli saja secara online. Paling murah boleh dapat dengan harga lebih kurang RM 30 sahaja


Model Wira 1.3 memang tidak dilengkapi dengan tachometer.Tetapi wiring untuk tachometer memang ada di bawah panel meter wira 1.3 . Jadi tak susah untuk memasang tachometer pada model ini. Langkah pertama anda perlu menanggalkan panel meter. Buka kedua-dua skru pada meter. Kemudian dua lagi skru pada bahagian dashboard dekat dengan jam. Dengan menggunakan jari anda tekan dan tarik keluar panel pada bahagian meter keluar. Berhati-hati semasa menariknya kerana ia mudah pecah. 

Bila panel ni dah boleh dikeluarkan buka pula empat skru pada meter dan tarik keluar meter tersebut dengan berhati-hati. 


Anda akan nampak soket sebelah kiri dan kanan. Yang akan kita gunakan untuk tap dengan wayar hijau pada tachometer adalah soket yang sebelah kirii. Sambungkan wayar pada bahagian tepi sebelah kanan bawah pada soket tersebut. Boleh lihat dalam rajah di bawah. Wayar ini anda sambungkan dengan wayar signal biasanya warna hijau pada tachometer. Boleh juga anda sambungkan wayar signal di bahagian bawah soket ini dengan cara mengoyakkan sedikit wayar signal pada kereta dan menyambungkan dengan wayar signal daripda tachometer. Tapi cara ni agak leceh sedikit, jadi saya gunakan cara yang lebih mudah

Perhatikan sambungan wayar signal dengan soket 


Langkah seterusnya adalah menyambungkan wayar positif dan negatif tachometer. Bekalan kuasa anda boleh dapatkan daripada wayar pada soket pencucuh rokok.lihat pada rajah di bawah Boleh juga anda dapatkan bekalan elektrik daripada bahagian lain contohnya dari bahagian ignition switch. 


Kemudian ada dua wayar lagi iaitu wayar untuk lampu pada tachometer. Wayar positif dan negatif ini boleh disambungkan pada wayar yang bersambung dengan suis lampu. Ini membolehkan lampu ini hanya menyala pada waktu malam sahaja. Tapi saya agak malas nak buka panel pada bawah stereng, jadi saya sambungkan wayar pada terminal positif dan negatif lampu pada terminal pada jam digital.   Jadi mentol lampu tachometer  akan sentiasa menyala bila on sahaja suis.  Tak jadi masalah lagipun jam digital tu pun dah rosak. 


Lekatkan tachometer pada bahagian dashboard yang tidak mengganggu penglihatan anda semasa memandu. Boleh lekatkan dengan gam uhu atau gam kasut. Kalau tak nak merosakkan dashboard boleh juga gunakan double sided tape untuk melapik dashboard tersebut sebelum diletakkan gam. Selepas anda gam pada dashboard lekatkan tape antara tachometer dengan dashboard supaya ia tidak begerak apabila gam yang anda gunakan belum kering.


Selesai anda sambung semua wayar pada tachometer tibalah masa untuk menguji tachometer. Bila anda start enjin jarum tachometer akan naik sehingga 1100 rpm jika enjin sejuk. Ia akan menurun kepada 800 rm apabila enjin telah panas. Selepas itu pasang balik semua cover pada dashboard Selamat mencuba

.   Berjaya dipasang