Infoscript

Saturday, October 26, 2019

Pemasangan tachometer pada Proton Wira

Pemasangan  tachometer pada proton wira (model VDO)


Mungkin ramai antara kita biasa melihat meter tambahan yang dipasang di atas dashboard bagi membolehkan kita mengetahui maklumat tambahan mengenai enjin kereta. Kalau pasang di kedai aksesori mungkin mahal upahnya, sedangkan anda boleh pasang sendiri dengan kos yang rendàh.


Meter rpm atau tachometer membolehkan anda mengetahui keadaan enjin dan power band enjin bagi kawalan kuasa yang lebih tepat semasa memotong kenderaan lain. 


Anda boleh dapatkan meter ini di kedai aksesori kereta atau beli saja secara online. Paling murah boleh dapat dengan harga lebih kurang RM 30 sahaja


Model Wira 1.3 memang tidak dilengkapi dengan tachometer.Tetapi wiring untuk tachometer memang ada di bawah panel meter wira 1.3 . Jadi tak susah untuk memasang tachometer pada model ini. Langkah pertama anda perlu menanggalkan panel meter. Buka kedua-dua skru pada meter. Kemudian dua lagi skru pada bahagian dashboard dekat dengan jam. Dengan menggunakan jari anda tekan dan tarik keluar panel pada bahagian meter keluar. Berhati-hati semasa menariknya kerana ia mudah pecah. 

Bila panel ni dah boleh dikeluarkan buka pula empat skru pada meter dan tarik keluar meter tersebut dengan berhati-hati. 


Anda akan nampak soket sebelah kiri dan kanan. Yang akan kita gunakan untuk tap dengan wayar hijau pada tachometer adalah soket yang sebelah kirii. Sambungkan wayar pada bahagian tepi sebelah kanan bawah pada soket tersebut. Boleh lihat dalam rajah di bawah. Wayar ini anda sambungkan dengan wayar signal biasanya warna hijau pada tachometer. Boleh juga anda sambungkan wayar signal di bahagian bawah soket ini dengan cara mengoyakkan sedikit wayar signal pada kereta dan menyambungkan dengan wayar signal daripda tachometer. Tapi cara ni agak leceh sedikit, jadi saya gunakan cara yang lebih mudah

Perhatikan sambungan wayar signal dengan soket 


Langkah seterusnya adalah menyambungkan wayar positif dan negatif tachometer. Bekalan kuasa anda boleh dapatkan daripada wayar pada soket pencucuh rokok.lihat pada rajah di bawah Boleh juga anda dapatkan bekalan elektrik daripada bahagian lain contohnya dari bahagian ignition switch. 


Kemudian ada dua wayar lagi iaitu wayar untuk lampu pada tachometer. Wayar positif dan negatif ini boleh disambungkan pada wayar yang bersambung dengan suis lampu. Ini membolehkan lampu ini hanya menyala pada waktu malam sahaja. Tapi saya agak malas nak buka panel pada bawah stereng, jadi saya sambungkan wayar pada terminal positif dan negatif lampu pada terminal pada jam digital.   Jadi mentol lampu tachometer  akan sentiasa menyala bila on sahaja suis.  Tak jadi masalah lagipun jam digital tu pun dah rosak. 


Lekatkan tachometer pada bahagian dashboard yang tidak mengganggu penglihatan anda semasa memandu. Boleh lekatkan dengan gam uhu atau gam kasut. Kalau tak nak merosakkan dashboard boleh juga gunakan double sided tape untuk melapik dashboard tersebut sebelum diletakkan gam. Selepas anda gam pada dashboard lekatkan tape antara tachometer dengan dashboard supaya ia tidak begerak apabila gam yang anda gunakan belum kering.


Selesai anda sambung semua wayar pada tachometer tibalah masa untuk menguji tachometer. Bila anda start enjin jarum tachometer akan naik sehingga 1100 rpm jika enjin sejuk. Ia akan menurun kepada 800 rm apabila enjin telah panas. Selepas itu pasang balik semua cover pada dashboard Selamat mencuba

.   Berjaya dipasang

26 comments:

  1. Salam bro boleh tak buat video supaya lagi senang untuk pasang tachometer ini bab wayar rpm tu yang susah sikit nak faham

    ReplyDelete
  2. Wayar signal rpm tu kena sambung pada slot ke 5 dari sebelah bawah kiri soket tu. Cuba zoom kan gambar kat atas tu. Pastikan wayar tu tak touch dgn slot kat sebelah. Lepas tu sambungkan wayar negatif dan positiv dan start enjin. Kalau betul sambungannya meter boleh berfungsi

    ReplyDelete
  3. klu meter 1.3 yg xde rpm tu tkr meter 1.5 mcm mne ye nk dptkn wayar rpm tu ye???

    ReplyDelete
  4. Kalau metr 1.5 vdo boleh pasang plug n play saja. Memang dah ada wayar rpm pada soket yg asal

    ReplyDelete
  5. Salam tuan...nk tye greedy rpm ade 2 wayer...merah tap kt slot tuan ckp 2...yg hitam kemne plk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wire hitam sambung pada wayar hitam pada soket rokok. Pastikan wayar sensor meter rpm dah tap pada soket pada belakang meter asal

      Delete
  6. kalau wayar water temp dgan minyak yg mna ya bos

    ReplyDelete
  7. Boleh tengok kat litar pada meter, follow connection pada temp. meter sampai dia connect pada socket

    ReplyDelete
  8. bro can i ask kalau proton persona dapat pasang rmp meterkah?

    ReplyDelete
  9. Hi bro, good blog. Banyak ilmu bermanfaat kat sini. Saya nak tanya, masuk halfcut lancer ngan wiring semua. Tapi kalau nak pakai meter putra balik banyak tak pin nak kena ubah?

    ReplyDelete
  10. Terima kasih tuan, meter lancer masuk dlm putra memang boleh

    ReplyDelete
  11. Untuk kereta iswara nak tap macamana?

    ReplyDelete
  12. Boleh tap pada soket di bhg bawah meter rpm. Lihat wire yg bersambung dgn meter rpm

    ReplyDelete
  13. Kalau meter model vdo 1.5 boleh

    ReplyDelete
  14. Kalau meter 1.3 tukar ke meter 1.5 adakah meter minyak akan berfungsi dengan normal..

    ReplyDelete
  15. Assalam..nak tnya la..meter satria 1.3 carburator xde rpm kn..skrang ni sya dh tukar msuk meter vdo..tapi rpm x function la..sebab ap ye..boleh tolong bgi thu tak sebab ap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau carb kena tarik wayar..kalu injection plug n play ja meter 1.5 ke 1.3..

      Delete
    2. tarik wayar sambung dkt mn blh bg contoh x

      Delete
  16. Boss klau sye wira 1,5 mmc sama jugak ke cara pasang nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wira 1.5 mmc memang ada meter rpm, jadi boleh guna cara yg sama

      Delete
    2. Ouh yke abg..sbb ada org ckp..mmc kne trik wayr sensor pergi ke distributer..sbb wira mmc xda sensor rpm blkang mter...tu sye pening tu😅

      Delete
    3. Kalau model asal memang ada meter rpm mesti ada signalyg dihantar ke meter, cuma kena cari mana satu wayar kat soket belakang meter. Kena cuba cari

      Delete