Untuk mengelakkan masalah karat ini bolehla kita buat sendiri servis radiator. Untuk menjimatkan kos bila hantar ke bengkel bolehla cuba buat sendiri. Bila dah buat sendiri baru tahu kenapa upah servis radiator ini agak mahal. Kalau tak biasa buat memang akan rasa penat dan sengal-sengal badan.
Langakah pertama adalah dapatkan dulu barang-barang yang akan digunakan untuk servis radiator. Pertama beli long life coolant dan air bateri. Ianya akan kita gunakan selepas kita servis radiator.
Pertama sekali tunggu sehingga enjin sejuk. Tunggu 40-50 minit selepas enjin dimatikan. Kalau memang enjin sejuk dah boleh terus mula sahaja. Mula-mula buka radiator cap dan kemudian buka drain plug di bahagian bawah radiator.
bawah
Bila drain plug dah dibuka air di dalam radiator akan keluar sepenuhnya. Perhatikan warna cecair yang keluar. Jika berwarna perang dan ada banyak keladak karat ini menunjukkan radiator dalam keadaan yang teruk. Banyak karat di dalam sistem yang berpunca daripada air paip yang digunakan sebagai coolant. Ada kemungkinan hos radiator, thermostat dan paip water pump juga sudah berkarat. Untuk post kali ini saya cuma tunjukkan cara flushing sistem penyejukkan sahaja. Barang-barang dalam sistem saya tak tukar.
Tanggalkan dulu kotak air filter. Longgarkan klip pada kotak air filter. Buka empat lock yang mengunci kotak air filter. Buka cover atas kotak air filter ini dan tarik ia daripada hose yang bersambung dengan throttle body. Seterusnya keluarkan filter di dalamnya.
Sebelum bahagian kotak air filter ini dapat dibuka. Ada beberapa skru yang perlu dibuka. Kena gunakan spanar saiz 12 mm dan 10 mm.
Kemudian kena buka hos radiator di antara paip water pump dengan radiator. Longgarkan klip pada hos yang bersambung dengan paip water pump.
Seterusnya tanggalkan hos ini. Cuma perlu tarik sahaja, memang agak ketat dan memerlukan kesabaran. Goyangkan sedikit ke kiri dan ke kanan semasa menarik hos. Kalau memang nak tukar hos senang sahaja boleh potong sahaja hos dengan pisau dan pasang yang baru. Kalau tak mahu tukar kena usaha sahaja sampai hos ini tercabut. Kerjanya agak memenatkan sebab itu upahnya pun mahal kalau buat di kedai.
Bila hos ini dah ditanggalkan anda boleh lihat thermostat di dalam paip water pump.
Jika thermostat dan hos sudah berkarat anda boleh nampak banyak karat di bahagian thermostat ini. Jika tak banyak karat tak perlu tukar hos, thermostat dan radiator.
Seterusnya tanggalkan thermostat. Kena gunakan plier yang khusus untuk membuka klip thermostat. Kalau takde memang sukar untuk buka klip thermostat. Masukkan hujung plier ini pada klip thermostat, kemudian tekan plier dan tarik klip thermostat ini keluar.
Selepas keluarkan thermostat buka pula hos yang menyambungkan enjin dengan radiator. Nak buka hos ini kena buka dahulu klip pada hos radiator. Pastikan anda mempunyai plier yang bersaiz besar.
Tekan klip dengan menggunakan plier dan tolak ke belakang. Pastikan klip dialihkan keluar daripada bahagian hujung inlet radiator. Kemudian tarik hos dengan berhati-hati. Jangan terlalu ganas sebab inlet pada radiator ini diperbuat daripada plastik. kalau direntap dengan kuat mungkin menyebabkannya patah.
Seterusnya anda akan flush radiator ini dengan air paip bertekanan tinggi. Masukkan hos air ke dalam hos radiator yang telah dibuka tadi.
Air akan keluar melalui bahagian paip water pump yang telah terbuka di bahagian bawah enjin tadi. Perhatikan air yang keluar, jika ada banyak karat anda akan nampak ia keluar melalui paip di bahagian bawah. Flushkan air sehingga tiada lagi karat yang keluar.
Kemudian flushkan pula bahagian radiator. Letakkan hos air pada bahagian atas radiator. Flush air dengan tekanan yang tinggi ke dalam radiator. Perhatikan air yang keluar di bahagian bawah radiator. Flush sampai tiada karat yang keluar dibahagian bawah radiator.
Lepas dah flush air di bahagian radiator dan di dalan enjin, bolehla pasang semula hos, thermostat dan isi semula air. Letakkan coolant jenis long life ke dalam radiator. Selepas ini masukkan coolant dan tambahkan air di dalam radiator. Seter kena buang udara yang terdapat di dalam sistem. Cara untuk buat tambah air dan buat bleeding atau keluarkan angin ada dalam post yang terdahulu. Semasa buat proses bleeding pastikan suhu enjin tidak naik ke takat maksimum. Kalau suhu enjin naik mesti ada yang tidak kena dengan sistem penyejukkan. Ia perlu dibuka semula dan ganti mana-mana komponen yang rosak.
Akhir sekali hidupkan enjin dan cuba bawa kereta anda jalan-jalan. Rasa lebih yakin untuk bawa kereta untuk perjalanan jauh selepas buat flushing sistem penyejukkan enjin ini.