Infoscript

Friday, June 17, 2022

Tukar paip water pump Wira

Kereta Wira saya dah berusia 20 tahun dan tak pernah lagi ditukar paip water pumpnya. Ada baiknya ia ditukar sebelum ia bocor ditengah jalan. Prinsip yang saya amalkan tukar dulu bahagian yang dah lama digunakan sebelum ia rosak walaupun nampak masih elok tapi dalamannya kita tak tahu. 

Nak tukar paip water pump ni agak leceh sebenarnya sebab perlu buka bahagian depan ekzos header manifold dan juga air intake. Pertama sekali kena buka heat sheild pada exhaust header manifold. Kena buka 3 skru sauz 12 mm. 
 

 
    skru yang perlu dibuka pada heat shield

Heat shield ini nampak macam tak penting, kalau kita tak pakai ini nanti aircond kereta tak akan jadi sejuk. 

Lepas ni buka pula exhaust header manifold. Ada nat yang mengikatnya di bahagian enjin dan di bahagian ekzos. Mula-mula buka nat di bahagian enjin
. Buka nat yang mengikat ekzos manifold

Selepas ini buka pula nut di bahagian bawah manifold ini. Kena baring di bawah kereta untuk buka nat ini dan kereta perlu dijek dan ditahan dengan jack stand. Kalau takde jack stand agak bahaya untuk kita baring di bawah kereta
   Buka dua nat ini

Nat kat bahagian ekzos ini kalau tak pernah dibuka memang susah untuk kita keluarkan. Tapi ada caranya kena sabar sedikit jangan terus direntap dengan kasar. Mula-mula sembur dengan WD40. Biarkan sekejap supaya ia meresap masuk ke dalam karat pada nat tersebut. Kemudian gunakan spanar saiz 21 mm untuk longgarkan nat. Jika tak boleh nak pusingkan ia arah lawan jam cuba putar arah ikut jam dulu beberapa kali. Kemudian putarkan pada arah lawan jam semula. 

Kalau tak boleh juga cuba gunakan impact driver jenis manual yang perlu diketuk menggunakan tukul. Kalau biasa pergi bengkel motor anda mesti pernah lihat mekanik gunakan impact driver untuk buka cover engine motor. Gunakan impact drive ini dengan tukul untuk melonggarkan nat yang ketat. Kena cuba banyak kali baru boleh buka. Kalau ada impact wrench macam kat bengkel memang senang nak buka nat ini. 
Jika semua nat ekzos manifold ini dah dibuka seterusnya boleh tanggalkan ekzos manifold ini. Sebelum itu da dua lagi skru yang perlu dibuka di bawah manifold ini untuk memudahkan ia ditarik keluar. 
 longgarkan sahaja skru ini tak perlu buka sampai habis.

Keluarkan ekzos manifold dengan berhati-hati sebab ia agak berat. Jangan sampai ia terkena radiator.
.  Ekzos manifold dah berjaya 
   dikeluarkan.

Seterusnya kena buka air intake yang bersambung dengan throttle body. Buka dahulu sensor pada air intake ini, kemudian keluarkan air filter. Longgarkan skru pada air intake yang bersambung dengan throttle body. Kemudian tarik keluar intake daripada throttle body. 
   Bila dah buka tiub air intake boleh nampak bahagian belakang paip water pump

Seterusnya buka bypass hose pada paip water pump yang lama. Longgarkan sahaja klipnya dan tarik keluar hos ini. 
   Longgarkan klip hose ini

.  Lihat keadaan paip yang dah berkarat teruk

Bila buka bypass hose nampak thermostat housing pun dah berkarat. Tapi nak tukar itu saya cerita lain kali. Kita settlekan paip water pump dulu.
.  Paip thermostat housing dah 
    berkarat juga

Buka hose radiator yang mengikat 
Seterusnya buka skru yang mengikat paip water pump pada enjin. Ada dua skru yang perlu dibuka, satu di bahagian depan enjin dan satu lagi di sebelah tepi enjin. 
.  Ada dua skru di bahagian ini      yang perlu dibuka

Sekarang dah boleh tarik paip water pump daripada water pump. Tarik keluar dengan berhati-hati jangan sampai tertarik mana-mana wayar yang ada di sekitar ruang enjin. 
.  Paip lama memang dah berkarat teruk.

Sebelum pasang paip yang baru sebaiknya buang dulu gam  silikon  pada bahagian yang menyambungkan water pump dengan paip water pump. Kalau ada banyak silikon yang melekat takut nanti ada leaking pula bila pasang paip water pump yang baru.

Langkah seterusnya adalah memasang paip water pump yang baru. Pada hujung paip yang akan bersambung dengan water pump perlu disapu dengan gam silikon untuk mengelakkan kebocoran. Lupa pula nak ambil gambar masa nak pasang semula paip water pump ini. Terbalikkan sahaja langkah masa membuka paip water pump. Pastikan semuanya dah dipasang dengan kemas. Selepasa ini langkah terakhir adalah masukkan air semula ke dalam radiator. Selepas itu kena buang angin dalam sistem penyejukan kereta ini. Cara nak isi semula air dan buang angin dalam sistem saya dah tunjukkan dalam post sebelum ini. Uji dulu paip ini hidupkan enjin selama 10-15 minit. Pastikan tiada kebocoran air berlaku. 


.  Paip baru dah dipasang.
Selepas tukar paip water pump ini lepas ini boleh tukar pula thermostat dan thermostat housing.



No comments:

Post a Comment