Kali ini saya nak restore balik cooling system kereta Exora saya yang dah berumur 10 tahun. Barang yang nak ditukar adalah thermostat, radiator hose dan coolant radiator.
Untuk thermostat saya beli original proton berharga RM 40. Kalau yang tak ori boleh dapat lagi murah. Radiator hose pula untuk bahagian bawah berharga RM 30 manakala yang bawah pula RM 15. Hose ini pun saya beli yang original. Harap boleh bertahan lagi 10 tahun.
Ini baramg-barang yang nak ditukar
Coolant pula saya gunakan coolant jenama Nissan berwarna hijau. Harga coolant RM 25. Ini jenis yang long life jadi tak perlu tukar dengan kerap.
Untuk memudahkan kerja kita buka dulu hose air intake . Ada tiga skru yang mengikatnya. Kemudian tanggalkan juga bracket kipas radiator. Cabut dulu soket untuk motor kipas radiator. Ada dua skru yang mengikat bracket kipas radiator. Lepas buka skru cuma tinggal tarik sahaja ke atas untuk menanggalkannya. Hati-hati jangan sampai terlanggar radiator.
Tanggalkan bracket kipas radiator dengan berhati-hati, jangan sampai terlanggar radiator di sebelahnya. Kalau bocor bertambah pula kos untuk baik pulih.
Seterusnya saya nak tukar hose radiator bahagian atas. Cuma perlu longgarkan klip di bahagian enjin dan klip di bahagian radiator.
Gunakan playar yang besar untuk melonggarkan klip ini. Kepitkan bahagian klip yang tertonjol keluar dengan playar. Kemudian tolak klip ini ke bahagian belakang hos. Selepas itu boleh tolak hos ini ke belakang dan keluarkan daripada bahagian atas radiator
bahagian atas radiator ini.
Kemudian longgarkan pula klip hos radiator pada bahagian enjin pula. Gunakan spanar yang bersaiz kecil.Tarik klip ini ke arah radiator sehingga melepasi paip air pada enjin. Kemudian tarik hos radiator ini dengan berhati-hati. Kalau terlalu ketat anda boleh potong sahaja dengan pisau. Jangan tersilap potong hos power steering kat sebelah pula.
atas
Kemudian pasangkan hos yang baru pada bahagian atas radiator. Tak perlu letak gam silicone, lepas pasangkan hos pasangkan klip semula dengan kemas.
Selesai hos di bahagian atas sekarang kita buka pula hos di bahagian bawah. Longgarkan dulu klip di bahagian bawah. Klip di bawah ini menggunakan skru sahaja jadi agak senang untuk melonggarkannya.
Ini hos di bahagian bawah. Skru untuk klip ini menghadap ke bawah.
Skru untuk klip hos di bahagian bawah ini menghadap ke bawah, agak sukar sedikit untuk membukanya. Nanti bila pasang semula juga kena halakan ia ke bawah sebab bila nak pasang housing radiator fan tak boleh muat sebab tersangkut dengan klip hos ini.
Tarik hos di bahagian radiator ini dengan berhati-hati. Kalau ganas sangat nanti rosak pula radiator.
.
Seterusnya buka pula hos pada bahagian enjin. Longgarkan klip hos dengan spanar.
Kemudian tanggalkan hos. Kalau tak boleh tarik boleh potong sahaja dengan pisau. Memang kita nak ganti dengan yang baru. Bila dah berjaya buka hos ini baru boleh nampak thermostat di dalamnya
Langkah seterusnya adalah untuk menanggalkan thermostat daripada paip water pump. Ada klip di depan thermostat ini yang boleh ditarik dengan playar muncung tajam.
Untuk membuka klip pada thermostat ini cucukkan hujung playar long nose pada kedua-dua lubang klip ini. Kemudian tekan playar dan tarik keluar untuk membuka klip ini
Boleh nampak klip yang berwarna hitam di depan thermostat
Masukkan hujung playar pada dua lubang pada klip thermostat. Kemudian tekan playar dan tarik keluar klip. Agak susah sikit kalau dah lama tak buka. Bila klip dah berjaya dibuka boleh keluarkan thermostat. Selepas itu bersihkan paip tempat letak thermostat itu.
Bersihkan paip tempat thermostat supaya kotoran tak masuk ke dalam radiator.
Gunakan plier yang bersaiz besar untuk buka klip thermostat dan juga klip hose
Ada baiknya semasa hos atas dan bawah ini terbuka kita buat flushing air yang di bahagian enjin. Caranya selepas pasang hos radiator atas dan hos radiator bawah pula masih belum dipasang tembak air ke dalam hos radiator atas dengan menggunakan air paip. Anda boleh perhatikan ada kotoron atau karat yang akan keluar melalui hos radiator radiator bahagian bawah.
Boleh juga flush radiator sekali dengan tembak air ke dalam lubang radiator di bahagian atas. Jangan guna water jet kalau kuat sangat nanti bocor pula radiator.
Flush sampai puas hati tiada kotoran yang keluar. Kalau lama tak pakai radiator coolant mesti banyak bahagian yang dah berkarat. Hos radiator juga anda logam di dalamnya yang boleh menyebabkan radiator tersumbat apabila ia dah berkarat.
Selepas ini masukkan thermostat baru dalam paip . Pastikan bahagian yang ada spring menghadap ke arah bahagian dalam paip. Pastikan klip dipasang dengan kemas dan thermostat tidak longgar
Seterusnya boleh pasang hos radiator yang baru pada bahagian bawah radiator dan pada paip thermostat. Kemudian pasang semula klip. Jika gunakan klip yang mempunyai skru jangan kunci terlalu ketat terutama pada bahagian radiator. Takut pecah sebab dibuat daripada plastik.
Bila dah siap pasang semua hos dan juga thermostat cek semula pemasangan pastikan tiada yang tersalah pasang. Pastikan drain plug radiator di bahagian bawah telah dipasang semula. Pasang balik kipas radiator. Akhir sekali masukkan coolant baru ke dalam radiator dan tangki air simpanan. Kemudian tambahkan air, samada nak guna air suling atau pun air tapis terpulang kepada anda. Boleh rujuk dalam post saya sebelum ini cara untuk tukar radiator coolant dan juga cara untuk buang angin di dalam sistem penyejukan selepas menukar coolant yang baru. Ini penting jika tak buat nanti radiator akan kekurangan air
No comments:
Post a Comment