Infoscript

Saturday, May 27, 2023

Brek belakang bocor

Bagi kereta yang menggunakan  drum brek pada tayar belakang selepas beberapa tahun pasti akan menghadapi masalah minyak brek bocor. Antara model proton yang menggunakan drum brek atau brek gelendong adalah Saga, Iriz dan Exora cps. Kalau tak perasan kebocoran ini memang akan tersangkut di tengah jalan. 

Exora CPS saya dah dua kali mengalami masalah brek belakang yang bocor. Punca kebocoran adalah pada brake pump atau wheel cylinder. Pertama kali kena sewaktu memandu di highway PLUS. Nasib baik perasan Dan terus drive perlahan-lahan ke bengkel. 

Kali ini saya nak kongsikan cara menukar brake pump pada tayar belakang Exora. Untuk menukarnya kena jack bahagian belakang dan buka tayar. Pastikan ada jack stand sebagai langkah keselamatan. Bila dah buka tayar anda akan nampak brake drum. Brake drum ini perlu dibuka, jika tak pernah dibuka memang agak ketat nak tanggalkan. Boleh ketuk dengan tukul getah di sekeliling brek drum ini. Kalau tak boleh juga kena masukkan skru pada satu lubang di brek drum tersebut.
.  Masukkan skru di sini untuk 
   buka drum 
.   Boleh juga ketuk dengan 
    tukul getah di sekeliling 
    drum
Bila dah buka drum anda dah boleh nampak brek pump di Antara brake shoes.
.  Ini dia brake pump yang dah ada kesan minyak brek 

Sekarang kita perlu buka brake pump ini. Sebelum buka kena adjust brake shoes adjuster supaya kedua-dua brake shoes tak bersentuh dengan brake pump. Caranya gunakan skru driver yang pipih untuk memutarkan  skru adjuster. Tolak sikit lock adjuster di bahagian tepi adjuster tu dengan skru driver. Kalau tak susah nak pusingkan adjuster.
.  Pusing skru ni ke bawah untuk menjarakkan brake shoes sebelah kiri dan kanan

Kena ada spanar saiz 10 mm dan 13 mm untuk buka brake pump. Ada dua skru 10 mm yang mengikat brake pump ini. Satu lagi yang perlu dibuka adalah brake line bersaiz 13 mm.
.  Dua skru yang mengikat brake pump di bahagian belakang
.   Nat yang mengikat brake 
    line

Mula-mula longgarkan dulu nat pada brake line. Kena hati-hati semasa membuka nat pada brake line sebab agak lembut sedikit berbanding nat biasa. Seeloknya balut sedikit tape pada spanar untuk mengelakkan nat rosak. Kemudian longgarkan skru brake pump. Buka habis nat brake line dan seterusnya tanggalkan skru brake pump.
.   Brake pump yang lama dah berminyak sebab ada leaking pada piston.

Seterusnya langkah untuk pasang brake pump yang baru. Harga yang baru dalam RM 30 lebih sahaja.
   brake pump yang baru
Pasang brake pump yang baru pada tapaknya. Ikat dua skru pada badan brek pump dengan longgar dahulu. Kemudian pasangkan brek line pada brake pump. 
.  Pasang brake pump baru         pada tapak brek
.   Pasang brake line pada        
    brake pump

Kemudian ketatkan dua skru pada tapak brake pump. Jangan ikat terlalu ketat nanti loose pula threadnya. 

Akhir sekali kena buat bleeding iaitu keluarkan angin yang dah masuk ke dalam sistem brek bila kita buka brek line. Kalau tak buat step ini nanti bila tekan brek akan rasa kosong. Sebab udara di dalam brek line akan dimampatkan dan kurang tekanan pada piston yang menekan brek pad. Untuk buat bleeding anda perlu satu hos plastik bersaiz 5 mm atau 6 mm diameternya. Kalau masih guna brake pump yang original kena guna hose bersaiz 6 mm. Kalau guna yang OEM biasanya kena guna yang lebih kecil 5 mm. 

Hose ini anda perlu lekatkan pada valve untuk bleeding pada brake pump. pastikan ianya benar-benar ketat, jika tak ketat udara boleh masuk semula ke dalam sistem
.  Pasangkan hose pada bleeding Valve 
.  Ini bleeding valve

Satu lagi barang yang diperlukan adalah botol yang lutsinar. Tak kisah botol air mineral atau botol kat kedai 2 ringgit. Janji boleh nampak aras minyak brek di dalamnya. Masukkan sedikit minyak brek di dalamnya. 
.  Isi sedikit minyak brek dalam bekas

Kemudian masukkan hose ke dalam bekas yang berisi minyak brek. Pastikan hujung hose tersebut tenggelam di dalam minyak brek. Satu hujung hose dipasang pada bleeding valve dam satu hujung lagi di dalam bekas plastik. 

Satu lagi langkah yang penting pada bahagian tengah hose ini perlu diletakkan pada aras yang lebih tinggi daripada aras bleeding valve. Tujuannya supaya gelembung udara yang dipam keluar daripada brek line tidak masuk kembali ke dalam brake pump. Gelembung udara akan terperangkap di bahagian hose yang paling tinggi dan tidak akan turun ke bleeding valve.

Bila dah siap pasang hose, buka cap tangki minyak brek di enjin bay. Tambah minyak brek dalam tangki simpanan jika arasnya dah berkurangan

 Seterusnya pasang semula brake drum, kalau tak pasang nanti piston dalam brake pump akan terkeluar.
.  Pasang dulu drum sebelum 
   tekan pedal brek

 Kemudian hidupkan enjin dan buka bleeding valve pada brake pump. Pam pedal brek sampai jejak ke lantai 4 hingga 5 kali. Pam dengan perlahan. Kemudian perhati pada hose, minyak brek perlu ada di sepanjang hose tersebut dan tiada gelembung udara atau minyak brek di dalam hose tersebut nampak terputus. 

Kalau ada gelembung udara kena pam lagi pedal brek tiga atau empat kali lagi. Sebelum itu kena tambah dulu minyak brek di dalam tangki simpanan. Pastikan sentiasa ada minyak brek di dalam tangki simpanan, kalau kering kena buat bleeding pula pada ke empat-empat brek. 
  Buka bleeding valve dengan 
  spanar saiz 8 mm

Jika dah tiada gelembung udara di dalam hose maka bolehlah kuncikan bleeding valve. Seterusnya tutup cap tangki simpanan. Kemudian laraskan semula brake shoes. Tolak gear pada adjuster ke atas supaya brake shoes jadi rapat semula. Sambil adjust kena masukkan semula drum pada tapaknya. Cuba pusingkan drum tersebut, kalu masih berpusing longgar kena Laras semula sehingga rasa ada geseran antara drum dengan brake shoes. 

Friday, May 12, 2023

Masalah suhu enjin naik Proton Iriz dan Pesona

Masalah temperature enjin yang tiba-tiba naik melampau menjadi masalah utama pemilik iriz dan pesona. Ada yang masih dalam warranty lagi pun dah kena masalah ini. Memang sakit hati bila kereta masih baru tapi dah ada masalah overheat. 

Punca masalah ini adalah disebabkan oleh pusat servis sendiri yang tidak mencampurkan coolant di dalam air radiator. Selain dari itu jika ada letak coolant pun adalah dari jenis yang tak berkualiti. Long life coolant amat penting dalam mengelakkan karat dalam sistem penyejukkan kereta.
.  Keadaan radiator iriz yang 
   berkarat

 Komponen sistem penyejukkan yang mudah berkarat seperti radiator, water pump, paip water pump, hose radiator, thermostat Dan juga radiator cap. Bila ke enam-enam komponen ini dah berkarat jika kita repair satu sahaja komponen masalah akan berulang sebab ada lima lagi yang akan bermasalah. Ada yang dah servis radiator tapi masih lagi overheat. Mungkin radiator dah tersumbat atau pun hose radiator dan paip water pump dah tersumbat. Paling teruk kalau water pump dah berkarat, memang tak boleh nak gerakkan air ke seluruh sistem. Jadi jangan seronok sangat kalau dah flush radiator dan rasa lepas ini tiada lagi masalah overheat. Karat daripada komponen yang lain boleh menyebabkan radiator tersumbat semula. Jadi kena tukar semua komponen penyejukkan jika nak hilangkan terus masalah ini. Saya memang dah kena masalah overheat ini terpaksa tukar dua radiator sebab dah tersumbat teruk. Terpaksa check lima komponen yang lain baru dapat temperature yang normal semula.

Untuk mengelakkan masalah overheat ini kita kena cegah ia sebelum ia berlaku. Dapat sahaja kereta baru terus buang air dalam radiator dan masukkan coolant dan air bateri. Kemudian dalam enam bulan sekali tukar coolant dalam radiator. Kalau dapat buat macam ini barulah terjaga sistem penyejukkan enjin. Harap pengguna-pengguna baru iriz dan pesona dapat beri perhatian kepada masalah sistem penyejukkan enjin kereta ini. Biasanya kalau first time beli kereta tak pandai pasal kereta. Nak tukar coolant pun tak tahu, jadi bolehlah pergi ke bengkel untuk mengelakkan masalah lebih besar. Boleh putus head gasket kalau overheat enjin makan modal besar nak repair.