Infoscript

Saturday, October 4, 2025

Boot Exora tak boleh buka

Ketika nak mengambil barang di bahagian belakang Exora tiba-tiba pintunya tak boleh dibuka. Memang menyusahkan terpaksa ambil.barang daripada pintu tengah. Lagi susah kalau tayar pancit macam mana nak keluarkan tayar spare. Silap hari bulan kena naik tow truck.  

Untuk membuka pintu belakang ini mula-mula kena buka cover di bahagian dalamnya. Tarik sahaja cover hitam itu, ia hanya diikat xengan klip. Seterusnya untuk buka pintu dari sebelah dalam kena tolak rod yang bersambung dengan tuil lock dengan tangan dahulu. Jika tak boleh kenà tolak tuil lock ini ke kiri dengan menggunakan screw driver pipih. Bila dah dapat tolak tuil ini tolak pintu keluar untuk membukanya. 
   Tolak tuil di bahagian bawah dengan screw driver untuk membuka bonet

   Kedudukan tuil dari pandangan belakang 

   Tanggàlkan klip yang mengikat rod penolak


Seterusnya boleh buka bolt yang mengikat lock pintu ini. Ada tiga bolt saiz 10 mm yamg perlu dibuka. Kemudian tanggàlkan rod di bahagian tuil pembuka pintu. Ada klip yang mengikatnya pada tuil pembuka dan lock di pintu. Akhir sekali buka soket lock yang melekat pada bahagian dalam  pintu. 

Selepas ini dah boleh buka lock pintu dan cabut keluar. Untuk kereta saya hanya klipnya sahaja yang rosak. Klip ini sudah lembut dan menyebabkan rod lock tidak dapat menolak tuil lock
   klip plastik ini sudah lembut


 Lock pintu ini  masih baik lagi jadi tak perlu ditukar. Klip sahaja yang rosak, kalau ada spare part bolehla order samada online atau di kedai spare part. Nama klip ini rear door lock clip boleh search di shoppee memang ada jual. Saya nak cepat jadi tak tukar yang baru hanya ikat cable tie sahaja pada klip tersebut untuk mengukuhkannya.
  ini contoh klip yang baru

Tak sempat  nak ambil gambar klip yang dipasang cable tie. Cuma perlu ikat cable tie pads bahagian atas klip yang mengikat rod.penolak. Saya ikat cable tie pada kedua-dua klip atas dan bawah. Selepas ini bolehh uji dulu lock sebelum tutup bonet. Kalau lock boleh ditarik dengan baik bolehla tutup bonet dan test sekali lagi. Kalau ok bolehla pasang semula cover bonet. Selamat memandu.


No comments:

Post a Comment