Infoscript

Friday, November 15, 2019

Tukar radiator coolant

Cara menukar radiator coolant pada kereta Proton Wira

Cecair penyejuk di dalam  radiator adalah amat penting bagi sesebuah enjin. Coolant atau cecair penyejuk yang mencukupi dapat memastikan enjin dapat beroperasi dengan optimum. Jika coolant mengalami kebocoran atau pun kurang maka enjin boleh mengalami masalah overheat dan boleh menyebabkan kepala silinder menjadi bengkok atau pun piston akan melekat pada dinding silinder

Untuk menukar radiator coolant anda boleh gunakan samada coolant yang sudah sedia di tambah dengan air atau pun yang jenis pekat yang perlu ditambah air selepas dituang ke dalam radiator. Ada juga yang menggunakan jenis coolant yang pekat sepenuhnya dan dituang ke dalam radiator. Pilih mana-mana cara yang anda rasa sesuai. 

Saya terangkan dulu beberapa jenis radiator coolant. Jenis yang pertama adalah jenis premix. Ianya coolant yang telah siap bercampur air di dalam pek 1 liter atau 4 liter
Ini jenis premix warna coolant biru. Tak perlu dicampur dengan air

Satu jenis lagi jenis concentrated coolant. 

Jenis ini berwarma hijau yang perlu ditambah dengan air selepas dimasukkan ke dalam radiator.

Kedua coolant di atas adalah 1 liter, ada juga yang dijual dalam isipadu 4 liter  
   Yang ini isipadu 4 liter

Bukan bermaksud hanya warna biru sahaja yang jenis premix, ada juga pengeluar yang menggunakan warna lain bagi jenis premix. 

Ada juga yang murah seperti jenama Waxco. Tak semestinya guna coolant jenama Proton, banyak lagi jenama lain.


Kaedah yang saya gunakan adalah menggunakan coolant yang pekat dan dicampur dengan air. Pertama sekali pastikan enjin telah sejuk atau pun sekurang-kurangnya telah dimatikan enjin selama 40 minit. Ini amat penting kerana jika coolant radiator masih panas dan radiator cap dibuka air panas akan memancut keluar dan boleh membahayakan keselamatan anda. Buka radiator cap dengan berhati-hati, jika ada bunyi seperti wap keluar tutup balik radiator cap tersebut. Kalau enjin sudah benar-benar sejuk tiada masalah. 

Kemudian anda perlu buka drain valve atau injap untuk mengeluarkan coolant pada bahagian bawah radiator. Lihat rajah di bawah. Pusing arah lawan jam untuk membukanya. Oleh sebab anda membukanya pada arah bertentangan dengan kedudukan valve tersebut maka berhati-hati supaya tidak tersilap pusing. Jika tersilap pusing maka injap akan menjadi longgar dan radiator akan bocor. 

Valve pada bahagian bawah radiator
Pandangan sebenar dari bahagian atas enjin 

Bila anda buka sahaja drain valve tersebut air di dalam radiator akan keluar. Tunggu sehingga air sudah tidak keluar lagi daripada lubang radiator. Seterusnya ambil hos air dan pancutkan air ke lubang pada radiator cap. Jika radiator kotor anda akan dapat lihat banyak keladak keluar pada lubang di bahagian bawah radiator. Cara ini dapat flush kotoran yang terdapat di dalam radiator. Walau bagaimana pun kaedah ini tidak dapat mengeluarkan semua coolant di dalam enjin. Untuk coolant di dalam enjin kena guna cara lain untuk mengeluarkannya. 

Bila air yang keluar daripada radiator nampak bersih, tutup semula lubang pada bahagian bawah radiator dengan penutupnya ( drain valve ). Jangan terlalu ketat untuk mengelakkan ia rosak. Ambil radiator coolant yang anda beli, jika sebelumnya anda pakai coolant yang berwarna hijau maka seeloknya guna jenis dan warna yang sama. Untuk proton wira boleh gunakan radiator coolant jenama proton yang boleh dibeli secara online atau di kedai spare part. Jika anda beli 1 liter jenis concentrated, masukkan  semuanya ke dalam radiator. Kemudian tambah dengan air bateri sebanyak lebih kurang 3 botol air bateri biasanya. Jika tak cukup tambah lagi air sehingga penuh radiator. 











Jika anda tidak ada air suling atau air bateri boleh juga gunakan air dari penapis air. Bagi penapis air yang baik kebanyakan mineral dalam air telah ditapis dan ianya tidak akan terkumpul di dalam radiator dan menyebabkan pengaratan berlaku di dalam sistem penyejukan enjin.

Jika anda menggunakan coolant jenis premix masukkan 4 liter coolant tersebut ke dalam radiator dan tak perlu tambah air.

Selepas itu jangan tutup dulu radiator cap, hidupkan enjin dan tunggu sehingga air di dalam radiator tersebut dialirkan ke dalam enjin. Apabila semua cecair coolant dikeluarkan ada udara yang terperangkap di dalam sistem. Jadi ianya perlu dikeluarkan dari sistem penyejukan. 

Ambil satu botol air mineral bersaiz 1 liter dan masukkan air suling atau air tapis ke dalam botol tersebut. Biarkan ianya tanpa penutup. Terbalikkan botol itu dan letakkan ianya pada lubang atas radiator. Jika ada udara dalam radiator ianya akan naik ke dalam botol dan air di dalam akan masuk ke dalam radiator. Tunggu sehingga 10 hingga 15 minit. Jika air habis di dalam botol tambah lagi air tersebut.dan letakkan semula di atas radiator. Sambil anda menunggu air di dalam botol turun perhatikan meter temperature samada suhu stabil ataupun tidak. Jika suhu meningkat melebihi separuh ada masalah lain pada radiator anda. 

Jika air di dalam botol tersebut tidak lagi turun ke dalam radiator maka bolehlah anda tutup radiator dengan radiator cap. Jangan matikan enjin dulu lihat meter temperature samada suhu dalam keadaan normal atau pun tidak. Jika normal maka anda sudah berjaya menukar coolant pada radiator anda. Kaedah ini sesuai digunakan untuk semua jenis model kereta proton

Biasanya saya akan tukar coolant ini setahun sekali. Nak tunggu 40 hingga 50 ribu kilometer mungkin terlupa. Radiator akan jadi lebih bersih. Selamat mencuba.





1 comment: