Infoscript

Thursday, December 12, 2019

Tukar boot drive shaft Wira

 Kali ni saya nak kongsikan cara untuk menukar drive shaft boot wira. Boot ini berfungsi untuk melindungi drive shaft dari pasir atau pelbagai bahan yang boleh melekat pada bearing drive shaft dan merosakkannya. 

Kerjanya agak leceh mungkin lebih murah untuk mengganti drive shaft yang baru. Saya masih sayangkan drive shaft yang original pada kereta wira ni dan ianya masih baik lagi. Peralatan yang diperlukan adalah soket saiz 34, jack stand, jack, spanar saiz 19, 17, ball joint separator. 

 Ini ball joint separator

Socket size 34mm

Mula-mula longgarkan nat pada drive shaft gunakan socket saiz 34 mm. Jangan jek dulu kereta nanti roda akan berpusing sekali. Longgarkan nat roda. Kemudian jek kereta dengan agak tinggi untuk membolehkan anda berbaring di bawahnya. Goyangkan dulu kereta untuk memastikan jek tersebut stabil. 
Nat di bahagian tengah perlu dibuka


Nat bagi drive shaft ini memang ketat, ada trick untuk membukanya jika anda tiada impact wrench. Buka dulu pin pada nat ini. Seterusnya cari batang paip berukuran 1 meter panjang. Ini untuk dijadikan tuas bagi disambungkan dengan spanar. Cuba bukakan nat tersebut dengan gabungan besi paip dan soket saiz 34. Kalau tak boleh juga gunakan jek kereta untuk menolak batang paip yang disambungkan dengan spanar. Cara ini dapat meningkatkan lagi daya tolakan untuk membuka nat tersebut.

Selepas nat drive shaft berjaya dibuka, anda perlu membuka nat pada tie rod end. Boleh gunakan ball joint separator untuk membukanya. Alat ini anda boleh beli di Lazada. Lebih kurang RM 40. Gunakan ball joint separator ini untuk buka tie rod end dan juga buka ball joint pada lower arm. Selepas lower arm berjaya dibuka anda boleh ketuk sedikit hujung drive shaft dengan menggunakan tukul yang mempunyai getah supaya drive shaft tersebut tidak rosak.

Kemudian tarik knuckle ke arah luar untuk mengeluarkan drive shaft daripada knuckle. Langkah seterusnya adalah letakkan bekas plastik di bawah sambungan anyara gearbox dengan driveshaft kerana apabila driveshaft ditanggalkan minyak gear akan keluar melalui lubang pada gearbox tersebut. Untuk mengeluarkan bahagian drive shaft yang bersambung dengan gearbox.gunakan skru driver pipih yang panjang dan cungkil pada sambungan di antara drive shaft dan gearbox. Umpilkan dengan sedikit ketukan pada hujung skru driver.jika tak boleh dikeluarkan pusingkan sedikit drive shaft dan umpil lagi. Teruskan sehingga ianya tercabut dari gearbox. 
Umpil dengan skru driver 

Jika sudah berjaya dipisahkan tarik keluar batang drive shaft tersebut keluar dari bawah kereta.

Gambar drive shaft yang berjaya dikeluarkan. 

Drive shaft hanya disambungkan dengan menggunakan boot drive shaft sahaja. Di dalam boot drive shaft ini terdapat gris untuk drive shaft. Di dalam drive shaft juga terdapat bearing yang memerlukan pelincir. 

Anda perlu membeli gris untuk drive shaft yang boleh dibeli di kedai spare part kereta dengan harga lebih kurang RM 20. 

Anda perlu buka klip pada bahagian bearing drive shaft.
Gambar bearing pada drive shaft. 

Anda perlu membuka klip pada hujung drive shaft ini untuk mengeluarkan bearing pada drive shaft. Gunakan playar untuk membuka klip ini. Ketiga-tiga bearing di bahagian sisi driveshaft boleh dibuka jika klip di bahagian tengah telah ditanggalkan. Jika telah berjaya dibuka keluar kan bearing drive shaft dan masukkan boot drive shaft ke dalam batang drive shaft. Pastikan kedudukan boot itu betul dan tidak terbalik. Hujung yang lebih kecil menghadap ke sebelah luar. Rujuk dalam.gambar di bawah
Klip berbentuk C yang telah dibuka lihat pada bahagian atas  bearing

Selepas anda masukkan boot seperti dalam gambar di atas. Letakkan gris pada bearing dan juga pada bahagian luar bearing seperti dalam rajah di bawah



Masukkan gris ke bahagian yang ditunjukkan dengan anak panah

Kemudian cantumkan semula kedua-dua bahagian drive shaft ini dan sedia untuk dipasang semula.
Untuk memasang semula drive shaft mula-mula masukkan bahagian sebelah dalam drive shaft ke dalam lubang pada gearbox. Bagi memudahkan kemasukannya ke dalam lubang gearbox sapu sedikit gris pada hujung driveshaft. Hujung driveshaft yang bersambung dengan roda juga dimasukkan pada hub ruda. Kemudian ketukkan bahagian hujung driveshaft ini dengan tukul bersalut getah. 

Untuk lebih selamat masukkan nat pada driveshaft tersebut dan baru diketuk supaya bahagian hujung driveshaft tersebut tidak rosak. Jika hujung driveshaft yang bersambung dengan gearbox tidak rapat sepenuhnya jangan dipaksa pusingkan drive shaft tersebut dan ketuk semula. Ulang sehingga hujung driveshaft tersebut masuk sepenuhnya pada gearbox. 

Langkah seterusnya pasangkan semula tie rod dan ketatkan natnya. Pasang semula lower arm dan ketatkan natnya.  Akhir sekali pasang semula tayar dan jangan ketatkan dulu natnya, pasang dengan longgar sahaja. Cuba pusingkan tayar, jika driveshaft boleh berpusing dengan baik tanpa ada bunyi-bunyi yang pelik maka anda sudah berjaya. 
Pasang semula nat drive shaft dan masukkan pin

Bagi kereta manual anda perlu menambah semula minyak gearbox kerana semasa driveshaft dibuka minyak gear telah keluar dengan banyak.

Selepas anda masukkan minyak gearbox, pastikan tiada minyak yang keluar dari sambungan pada gearbox dan driveshaft. Ketatkan semua skru tayar dan cuba bawa kereta anda dalam jarak dekat dan perlahan untuk menguji driveshaft. 
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment