Infoscript

Wednesday, July 29, 2020

Servis throttle body exora

 Kali ni saya akan tunjukkan cara untuk servis throttle body exora. Caranya sama untuk semua jenis enjin campro mungkin yang CFE agak lain sedikit cara membukanya kerana bersambung dengan turbo.Bagi campro biasa rasanya aama saja.

Pertama sekali kita perlu buka intake hose yang bersambung dengan kotak air filter


Ada dua skru yang melekatkannya. Bila skru berjaya dibuka, tarik bahagian hujung tiub ini keluar dengan berhati-hati. Kemudian longgarkan skru pada hose clip yang mengikat tiub yang bersambung antara kotak air filter dan throttle body. 

.   Longgarkan skru hose clip pada throttle body yang bersambung dengan tiub air intake

Pada throttle body juga ada hose clip yang mengikatnya dengan hose yang bersambung dengan enjin.
longgarkan juga skru ini

Bila kedua-dua tiub ini berjaya dibuka maka anda akan nampak throttle body dengan jelas. Pada throttle body ni perlu buka soket dan hose vacuum sebelum ianya boleh ditanggalkan. Buka socket pada throttle body ini dulu dengan berhati-hati.
   Tekan pada bahagian hujung 
   soket ini dan tarik keluar 
   dengan berhati-hati.
.  Socket berjaya di buka

Kemudian buka tiub pada bahagian tepi throttle body yang bersambung dengan cam cover.  Seterusnya buka skru pada throttle body ini dengan menggunakan spanar saiz 10 mm. Buka throttle jody ini dari tapaknya. 
    throttle body berjaya 
    dikeluarkan.


   Made in Germany, mesti 
   mahal kalau nak tukar baru


.  Lihat bahagian dalamnya 
    penuh dengam karbon

Untuk membersihkan throttle body ini boleh gunakan petrol atau throttle body cleaner. pastikan anda tidak menyentuh butterfly valve semasa proses servis ini. Jika tersentuh terpaksa  setting balik throttle body ni. Ada cara nak setting semula nanti saya terangkan kaedahnya, nak lebih mudah jangan diganggu throttle body ini.  Tuangkan sedikit petrol pada kain yang bersih dan gosokkan pada bahagian throttle body yang kotor. Cuci sehingga bersih. 

Pada butterfly valve anda boleh spray dengan throttle body cleaner. Tak perlu untuk digosok dengan kain.  Pastikan bahagian soket dan elektronik pada throttle body ni tak terkena dengan petrol untuk mengelakkan kerosakn.Selepas cuci biarkan hingga kering. 

Akhir sekali pasang semula throttle body. Pastikan ia dipasang dengan ketat supaya tidak ada udara keluar daripada throttle body dengan intake. Hidupkan enjin, enjin akan idle pada rpm tinggi sedikit sebelum ianya kembali normal setelah enjin panas
Selamat mencuba


Monday, July 13, 2020

Tukar fan belt Exora

Kereta Exora ni dah digunakan selama 10 tahun tanpa ditukar belting water pump. Dalam bahasa biasa dipanggil tali kipas. Tahan sungguh belting yang asal daripada kilang ni.

Disebabkan ia dah mengeluarkan bunyi yang agak nyaring setiap kali aircond dihidupkan, maka dah sampai masanya ianya ditukar. Peralatan yang akan digunakan hanya sedikit sahaja. Hanya satu alat khas untuk menolak belting tensioner. 
.   Ini dia alat untuk menolak 
     belting tensioner

Alat ini boleh dibeli di kedai mr DIY selain itu anda perlukan soket saiz 12 mm untuk membuka tangki minyak power steering supaya boleh dialihkan sedikit dan dapat memberikan ruang untuk menukar belting. 

Langkah pertama perhatikan kedudukan belting tersebut dengan pulley. Hafalkan laluan belting tersebut supaya tidak tersilap pasang semasa memasang semula yang baru.  Lebih mudah ambil gambar dengan handphone, setiap laluan belting pada pulley. Kemudian buka skru tangki minyak power steering dan alihkan sedikit ke depan. 
.  Buka skru pada tangki 
   simpanan minyak power 
   steering

Kemudian masukkan bar penolak beling tensioner ke slot pada belting tensioner tersebut.
Seterusnya sambungkan dengan besi yang lebih panjang untuk menolak tensioner dengan lebih mudah. Berhati-hati ketika menolaknya kerana disebelah hos power steering ini ada paip untuk gas aircond. Kalau tersilap sedkit mungkin boleh membocorkan paip ini. 

Tolakkan besi ini ke belakang (ke arah tempat pemandu). Anda akan dapati belting akan menjadi longgar. Pusingkan sedikit belting tersebut pada bahagian belting tensioner. Ada sedikit ruang untuk menolak keluar belting ini antara belting tensioner dengan cover timing belt. Bila dapat keluarkan belting ini pada belting tensioner selepas ini mudah untuk menarik keluar kedeluruhan belting. Pastikan anda telah menghafal laluan belting ini pada semua pulley supaya tak tersalah pasang .

Langkah seterusnya memasang belting baru. Masukkan dulu belting pada bahagian belting tensioner. Kena pusingkan sedikit belting tersebut supaya ia mudah melalui ruang antara belt tensioner dengan timing belt cover.










Kemudian masukkan pada pulley alternator dan pulley aircond compressor. Pulley yang terakhir anda masukkan adalah pulley untuk power steering. Tolakkan dulu belting tensioner ke arah belakang kereta. Jadi belting akan menjadi longgar dan mudah untuk memasukkan belting pada pulley yang terakhir.
.  Akhir sekali masukkan     
  belting  pada pulley power 
   steering pump

Selepas selesai belting dimasukkan pastikan ianya masuk dengan betul pada semua pulley. Kalau sudah yakin maka bolehla hidupkan enjin. Jika ia dipasang dengan betul enjin akan berbunyi normal. Selamat mencuba.


Monday, July 6, 2020

Tukar stereng rack bush exora

Kereta Exora ni memang kalau dah lama pakai banyak bush yang akan rosak. Mungkin sebab mpv ni berkongsi banyak jenis bush yang sama dengan lain-lain model . Tetapi masalahnya mpv ni mempunyai berat yang lebih berbanding dengan kereta biasa. Mungkin sebab itu bush pada exora ni banyak yang perlu ditukar. Kali ni saya tunjukkan cara untuk menukar stereng rack bush pada exora.

Tanda-tanda kerosakan bush ini contohnya stereng akan jadi senget dan rasa pergerakan setereng ke kiri dan ke kanan semasa memandu. Anda tidak akan berasa selesa untuk memandu. Jika anda buat alignment pun masalah ini tak akan selesai. Cara paling mudah untuk mengetahui kerosakan bush ini adalah dengan cara memerhatikan bahagian stereng rack yang dekat dengan bush ini semasa stereng di pusingkan ke kiri dan ke kanan. Anda perlukan bantuan rakan untuk memusingkan stereng semaa enjin dihidupkan. Perhatikan betul-betul stereng rack yang dekat dengan bush ini bergerak atau tidak. Jika bergerak-gerak boleh teruskan dengan langkah seterusnya.
    Stereng rack bush


Alat yang anda perlukan adalah spanar saiz 14 mm, jek stand jek,  gris, extension bar L dan I, swivel joint, socket 14 mm
   Swivel joint pastikan ada 

Langkah pertama jek kereta agak tinggi dan letakkan jack stand. Tahan tayar belakang dengan kayu atau batu bata. Ini penting supaya kereta tidak melungsur ke belakang. Tarik juga hand brake sebagai langkah keselamatan.  Selepas itu buka saluran angin ke kotak air filter 
Ada 3 skru pada saluran air intake, gunakan spanar saiz 10 mm. Lebih mudah pakai soket 10 mm. Tarik keluar hujung tiub yang bersambung dengan kotak air filter. Jangan takut tiub ini bukannya sistem VIM. Sistem VIM ada kat belakang throttle body. Ramai yang salah sangka tiub kat air filter ini sebagai VIM. 

Bila tiub air intake dah di buka anda akan nampak bush setereng rack dengan lebih jelas. 
Bush sebelah kiri
  

Untuk membuka skru pada braket bush ini anda perlukan extension bar dan soket saiz 14 mm. Anda juga perlukan adapter socket yang boleh dibengkokan.
  Adapter socket yang boleh   
   dibengkokan

Buka skru pada bracket bush ini dengan menggunakan socket 14 mm yang disambungkan dengan extension bar. Selepas berjaya menanggalkan braket anda tidak boleh lagi membuka bush ini kerana stereng rack perlu digerakkan sedikit supaya bush boleh ditarik keluar. 

Langkah seterusnya adalah membuka bush pada bahagian kanan pula. Anda perlu baring di bawah kereta untuk membukanya. 
Bush sebelah kanan.


Buka skru pada bush ini dengan menggunakan socket saiz 14 mm. Keluarkan bush yang lama. Mungkin agak sukar untuk mengeluarkannya jika ia masih keras. Gerakkan sedikit stereng rack ke depan sedikit untuk memudahkan membuka bush dengan menggunakan skru driver. . Tolak besi di bahagian tengah bush ini dengan skru driver. Bila ia dah tertolak ke atas keluarkan besi di bahagian temgah ini. Kemudian cungkil bush getah dengan menggunakan skru driver. 
Bush sebelah kanan

Masukkan bush yang baru. Bush ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian atas bawah dan tengah.Sapukan  gris pada bahagian getah dan juga besi di tengah-tengah. Masukkan yang bahagian getah dulu di bahagian atas dan bawah. Kemudian masukkan besi di bahagian tengah.
   bush ini boleh dibuka 
Agak susah sebenarnya untuk memasukkan besi di bahagian tengah bush. Ianya sangat ketat. Terpaksa diketuk dengan tukul. Tapi kedudukan nya yang agak sempit pada bush yang disebelah belakang memang agak susah. Boleh gunakan ball joint removee untuk memudahkan ianya ditolak masuk
  Ball joint remover 
   memudahkan kerja

Pastikan semua skru dah dipasang dengan ketat kemdian boleh test drive kereta. Masalah stereng bergoyang dapat diselesaikan. Jika stereng tak center boleh buat semula alignment. 
. Ketatkan skru