Disebabkan ia dah mengeluarkan bunyi yang agak nyaring setiap kali aircond dihidupkan, maka dah sampai masanya ianya ditukar. Peralatan yang akan digunakan hanya sedikit sahaja. Hanya satu alat khas untuk menolak belting tensioner.
belting tensioner
Alat ini boleh dibeli di kedai mr DIY selain itu anda perlukan soket saiz 12 mm untuk membuka tangki minyak power steering supaya boleh dialihkan sedikit dan dapat memberikan ruang untuk menukar belting.
Langkah pertama perhatikan kedudukan belting tersebut dengan pulley. Hafalkan laluan belting tersebut supaya tidak tersilap pasang semasa memasang semula yang baru. Lebih mudah ambil gambar dengan handphone, setiap laluan belting pada pulley. Kemudian buka skru tangki minyak power steering dan alihkan sedikit ke depan.
simpanan minyak power
steering
Kemudian masukkan bar penolak beling tensioner ke slot pada belting tensioner tersebut.
Seterusnya sambungkan dengan besi yang lebih panjang untuk menolak tensioner dengan lebih mudah. Berhati-hati ketika menolaknya kerana disebelah hos power steering ini ada paip untuk gas aircond. Kalau tersilap sedkit mungkin boleh membocorkan paip ini.
Tolakkan besi ini ke belakang (ke arah tempat pemandu). Anda akan dapati belting akan menjadi longgar. Pusingkan sedikit belting tersebut pada bahagian belting tensioner. Ada sedikit ruang untuk menolak keluar belting ini antara belting tensioner dengan cover timing belt. Bila dapat keluarkan belting ini pada belting tensioner selepas ini mudah untuk menarik keluar kedeluruhan belting. Pastikan anda telah menghafal laluan belting ini pada semua pulley supaya tak tersalah pasang .
Langkah seterusnya memasang belting baru. Masukkan dulu belting pada bahagian belting tensioner. Kena pusingkan sedikit belting tersebut supaya ia mudah melalui ruang antara belt tensioner dengan timing belt cover.
Kemudian masukkan pada pulley alternator dan pulley aircond compressor. Pulley yang terakhir anda masukkan adalah pulley untuk power steering. Tolakkan dulu belting tensioner ke arah belakang kereta. Jadi belting akan menjadi longgar dan mudah untuk memasukkan belting pada pulley yang terakhir.
. Akhir sekali masukkan

belting pada pulley power
steering pump
Selepas selesai belting dimasukkan pastikan ianya masuk dengan betul pada semua pulley. Kalau sudah yakin maka bolehla hidupkan enjin. Jika ia dipasang dengan betul enjin akan berbunyi normal. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment