Infoscript

Saturday, January 9, 2021

Stereng Exora tertarik ke kiri

Bagi pengguna Exora mesti ramai yang ada masalah stereng tertarik ke sebelah kiri. Buat alignment macam mana pun tak jadi juga..Siap jadi bahan eksperimen kedai tayar, tukar tayar empat-empat. Pun tak jadi juga. Saya minta service cemter Proton buat pun tak jadi juga. Sampai ada yang jual kereta dan beli kereta baru. Frust punya pasal. 

Ada juga kedai yang kata masalah stereng rack. Tapi saya tak percaya, saya nak tukar barang yang kecil-kecil dulu, satu persatu bahagian suspension dan stereng saya tukar. Beli barang online senamg nak tahu harga. 

Barang pertama yang saya tukar adalah lower arm. Manalah tau ball joint dah rosak kalau betul tekaan saya boleh selesai masalah.Memang ada rekahan sedikit pada bushnya. Saya pasang lower arm yang baru dan dengan penuh harapan terus buat pandu uji. Tapi hampa masalah tak selesai juga. 

Barang yang kedua saya tukar adalah stereng rack bush. Yang. Ini lagi susah nak tukar walaupun bushnya kecil sahaja. Kena baring bawah kereta baru boleh buka. Bila keluarkan bush yang lama nampak ada longgar sikit. Mungkin ada harapan, pasang semula bush yang baru. Cuba lagi buat test drive tapi hampa lagi stereng masih tetap senget ke kiri. 

Tak puas hati saya buat alignment di kedai tayar. Lepas alignment buat test drive tak jadi juga. Kurang sikit tarikannke kirinya tapi bila biarkan beberapa minggu makin teruj pula dia menarik ke kiri. 

Akhir sekali saya jumpa juga puncanya. Bila tengok pada tie rod end nampak macam elok lagi getahnya tak pecah pun. Tapi saya cuba juga buka tie rod end ini. Bila buka kedua-dua tie rod end ni baru tahu puncanya. Memang dah longgar tie rod end ni, walaupun getahnya masih elok. Saya order yang baru. Harga dalam RM 60 -70 tak mahal.

.  Tie rod end baru

 Lepas pasang tie rod end yang baru buat test drive, akhirnya berjaya juga jumpa punca stereng tertarik ke kiri. Memang puas hati tak ada lagi masalah stereng tak centre. Saya ada terangkan tentang pemasangan tie rod ni dalam post saya sebelum ini. Kemudian saya buat.alignment sendiri juga untuk kereta ini. Lagi jimat dan puas hati buat sendiri. Nak adjust toe in atau toe out tayar depan boleh buat ikut keperluan sendiri. Nak lebih stabil bagi toe out lebih sikit, nak tayar tahan lama seting straight saja tapi tak sedap untuk masuk corner. Siapa yang ada masalah dengan stereng bolehla cuba tukar tie rod end kereta anda sebelum tukar komponen lain yang lebih mahal




7 comments:

  1. Boleh jumpa bro untuk menuntut ilmu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok kat youtube lebih mudah faham

      Delete
  2. Saya dah tukar semua
    Lower arm,tie rod,rack end dan kesemua bush .tapi masih lg steering menarik ke kiri jika corner ke kanan atau ke kanan jika corner ke kiri. Cuma yg tak tukar steering rack dan steering pump
    Jadi apa lg kena buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lepas tukar semua barang masih tak ok cek tauar. Mungkin tayar dah makan tepi sebelum tukar barang di atas

      Delete
  3. Alhamdulillah.. terbaik, byk persoalan² saya terjawap dlm blog ni. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Sekadar membantu ikut pengalaman sendiri, adalah sedikit ilmu utk dikongsikan

    ReplyDelete
  5. tuan exora saya pun sama lepas je stering akan ke kiri..buat alignment tayar dan stering cam center jer.

    ReplyDelete