Infoscript

Sunday, November 7, 2021

Tukar anti roll bar bush Exora

Semasa memandu exora baru-baru ini saya dapati pemanduan rasa tidak stabil. Bila lalu bahagian jalan yang tidak rata akan rasa tayar bergerak ke kiri dan ke kanan dan agak sukar untuk dikawal. Ada bunyi besi berlaga apabila langgar lubang atau melalui jalan yang tak rata Nak kata shock absorber, baru tukar baru  dua bulan lepas. 

Untuk pastikan apa masalah sistem suspesion kenala jack bahagian hadapan kereta dan buka kedua-dua tayar hadapan. Selepas itu gunakan besi atau skru driver panjang untuk tolak atau umpil sedikit lower arm, stabilizer link dan juga antiroll bar. Kàlau ada yg rasa longgar itulah puncànya. Dalam kes saya antiroll bar yang rasa longgar. Bila cek bush antiroll bar ini nampak dah nipis. Jadi bolehla tukar bush ini.

Harga bush ni tak mahal kalau yang tak original dalam RM 12 -14 sahaja. Kalau nak yang original RM 60 satu set. 
.   Bush antiroll bar yang baru

Untuk menukar bush ini agak leceh sebenranya sebab anda perlu baring di bawah kereta. Kalau yang tak biasa baring di bawah kereta memang rasa gerun juga takut ia jatuh ke atas badann kita. 

Peralatan yang diperlukan adalah jack stand, jack kereta, spanar saiz 14 mm dan skru driver pipih yang panjang. 

Pertama sekali longgarkan nat tayar dan jack kereta anda Letakkan jack stand di bawah kereta. Pastikan kereta stabil di atas jack stand. Cuba goyangkan sedikit kereta untuk pastikan ia stabil di atas jack stand

. Pastikan kedua-dua roda dah      ditanggalkan sebelum 
   keluarkan bush

Perlu cari kedudukan bush antiroll bar bar ini di bawah kereta. Anda perlu baring di bawah kereta untuk membuka bolt pada bracket yang memegang bush ini. Memang agak ketat nak membukanya. Anda perlukan spanar saiz 14 mm yang fleksibel hujungnya. 
   mesti ada spanar ni kalau 
   nak buka bolt bracket. 

Anda perlu berhati-hati untuk buka bracket di sebelah kanan. Ini disebabkan bracket bagi bush di sebelah kanan sangat dekat dengan paip untuk aircond. Kalau terkena paip ini semasa nak buka bolt mungkin boleh bocor paip gas aircond ini. 

  ini gambar bush yamg telah 
  dibuka braketnya

Kalau rasa ketat bolt pada bracket antiroll bar ini boleh ketuk sedikit dengan tukul. Umpil sedikit bracket dengan skru driver untuk memisahkan ia dengan bush.. Agak susah sedikit nak keluarkan bush ni sebab ia dah melekat pada antiroll bar. Anda boleh tarik bush ini ke arah lower arm dengan mudah bila bahagian bawah lower arm ini ditolak ke atas dengan menggunakan jack kereta. 

Lepaskan keluarkan bush lama masukkan bush yang baru. Pasangkan semula bracket. Pada bahagian atas bracket ini ada lubang kecil untuk alignkan kedudukan bush dengan bracket. Saya tak sempat ambil gambar sebab nak cepat siapkan exora ni untuk perjalanan jauh. 

.  Gambar selepas bush dah dibuka. Ada stopper pada bahagian dalam antiroll bar ni untuk elakkan bush daripada bergerak

Selepas tukar bush baru in pasangkan semula braket. Ada sedikti kesukaran untuk memasang bolt pada bahagian belakang braket. Kena selarikan kedudukan lubang pada braket dengan lubang pada chasis kereta. Memang susah sikit sebab tak nampak kena agak-agak sahaja. Agak lama juga nak pasang semula braket ini kalau tak biasa. Kalau nak mudah jack sedikit lower arm untuk menaikkan sedikit antirolbarr dan memudahkan braket dipasang. 
.  Tolakkan sedikit lower arm ni 
   ke atas untuk mudahkan 
    pemasangan braket

Selepas seleai pasang kedua-dua bush anda boleh uji pemanduan kereta. Kalau dipasang dengan betul dan ketat anda akan rasa kestabilan kereta akan kembali seperti baru jika tiada masalah  pada sistem suspension yang lain


No comments:

Post a Comment