Jika hose ini bocor ini boleh menyebabkan penggunaan minyak menjadi lebih kerana gas petrol yang berlebihan tidak digunakan semula dan enjin akan menggunakan gas daripada tangki sepenuhnya untuk membolehkan pembakaran di dalam enjin terus berlaku.
Cara menukarnya tidak susah harganya pula dalam RM 12 - 14 sahaja. Untuk menukarnya anda perlu membuka air intake hose dan juga air intake box. Buka intake hos dengan membuka tiga bolt bersaiz mm. Selepas buka ketiga-tiga bolt tarik sedikt bahagian hos yang bersambung dengan air intake box. Goyangkan sedikit ke atas dan ke bawah dan tarik perlahan-lahan. Jangan ganas samgat dengan barang plastik nanti patah pula, nak beli baru bukannya murah.
Selepas buka intake hose, buka pula intake box. Buka skru pada bahagian kiri dan kanan intake box tersebut. Kemudian goyang-goyangkan sedikit intake box itu ke atas dan ke bawah dengan cermat. Ada dua tapak pada bahagian bawah intake box tersebut yamg perlu ditanggalkan. Tiada skru atau bolt yamg perlu dilonggarkan cuma tarik sahaja intake box tersebut sedikit demi sedikit.
Intake box dah dibuka
Bila intake box dah dikeluarkan maka kerja untuk menanggalkan hose lebih mudah. Gunakan playar untuk membuka hose clip. Goyang-goyangkan goyangkan sedikit hos itu ia akan tertanggal dengan mudah. Cabut pada bahagian atas dan bawah. Kemudian pasangkan hos yang baru. Pastikan hos dipasang dengan kemas pada tempatnya.
Langkah akhir pasang semula intake box dan juga intake hos. Kemudian cuci sedikit bahagian atas hos yang bersambung dengan intake cover dengan petrol supaya nampak bersih dan kita boleh nampak jika ada kebocoran lagi selepas ganti dengan hos yang baru.Selepas ini akan rasa perbezaan dari segi penggunaan minyak, kenderaan anda akan lebih jimat berbanding sebelum menukar valve cover hose
No comments:
Post a Comment