Infoscript

Sunday, December 19, 2021

Tukar motor kipas radiator Exora

Jika anda dah  menggunakan kereta Exora ini selama 10 tahun atau dah melebihi 100 k km perjalanan maka anda perlu berhati-hati dengan motor kipas radiator kerana ia boleh rosak dengan tiba-tiba. Paling malang ketika anda sedang dalam perjalanan bercuti. Tiba-tiba temperature kereta naik waktu berada di traffic light. Memang boleh panik bila tiba-tiba aircond pun akan terasa panas bila temperature enjin naik. 

Kalau tak mahu kena masalah temperature enjin naik semasa dalam perjalanan dengan usia kereta melebihi 10 tahun bolehla beli kereta baru. Tak payah pening-pening nak fikir apa komponen yang akan rosak. Tak rasa risau jika nak berjalan jauh dengan usia kereta yang dah lanjut. 

Kalau bajet tak cukup nak beli kereta baru bolehla tukar motor radiator ini. Modal tak besar, untuk motor yang original APM boleh dapat dalam harga RM 160 - 170. Ada juga yang murah RM 80 - 120 tapi saya taka galakkan anda membelinya sebab motor yang ini hanya untuk 120 watt. Sedangkan motor yang asal berkuasa 160 watt. Jika gunakan yang 120 watt nanti ia akan mudah rosak. Jadi tambah duit sikit dapat bertahan lagi 10 tahun.

Nak tukar motor ini tak susah pertama sekali anda perlu tanggalkan hos bagi air intake.
Kemudian tanggalkan  hos pada tangki air simpanan. 

Selepas itu tanggalkan pula housing bagi kipas radiator. Sebelum itu kena buka dulu soket bagi motor radiator. Tekan sahaja pada bahagian jantan soket ini iaitu bahagian di sebelah kanan, dan tarik keluar. 
soket di bahagian kanan gambar ini perlu dibuka dahulu
Tak berapa jelas dalam gambar ini

Buka dua  skru di bahagian atas housing radiator ini. Kemudian boleh tarik dengan berhati-hati jangan sampai terlanggar radiator di depannya. Bila dah tanggalkan housing radiator ini letakkan di atas lantai dengan bahagian kipas menghadap ke atas. Buka dulu kipas ini.
.  Gunakan spanar bersaiz kecil untuk membuka nat pada kipas radiator. 

Kemudian buka pula skru yang mengikat motor kipas pada housing. 

.  Ada tiga skru yang perlu dibuka pada motor kipas ini

Sebelum boleh tanggalkan motor ini daripada housing kena tanggalkan dulu soket. Ada cara untuk membukanya. Kalau kita tarik sahaja ia tak boleh tercabut. Di bahagian bawah soket ini ada bahagian yang perlu ditekan sebelum boleh menanggalkan soket. 
.  Ada lock dibahagian tengah soket ini yang anda perlu tekan dengan skru driver leper sebelum boleh buka soket ini.

Selepas soket dah berjaya dibuka anda boleh keluarkan motor radiator dan pasangkan motor yang baru. Pastikan motor yang baru mempunyai tapak yang sama dengan motor yang asal. Lebih baik anda buka dulu motor yang lama dan bawa sekali motor lama ke kedai spare part. Jadi boleh mengelakkan anda tersilap beli. Untuk pasang semula cuma ingatkan semula apa yang telah anda buka sebelum ini mengikut turutan yang betul.Semasa memasang semula hosing jangan ikat skru terlalu ketat, sebab hosing kipas ini dibuat daripada plastik kalau terlalu ketat boleh merosakkan housing kipas. Begitu juga semas memasang akru kipas pada motor, jangan terlalu ketat nanti rosak pula kipas. Setelah siap pasang uji dahulu samada kilas ini berpusing atau tidak. Hidupkan enjin dan hidupkan aircond, kalau kipas radiator berpusing dengan laju dan tidak bergoyang maka dah lengkap pemasangan anda. 

    Motor baru dah siao     
    dipasang

Bila dah siap pasang bolehla dapat mengelakkan anda mengalami masalah enjin overheat disebabkan masalah kipas tak berfungsi. Lebih baik kita cegah dulu daripada masalah ini berlaku semasa perjalanan. Kalau dah rosak tengah jalan mungkin menyebabkan kos yang lebih tinggi. Nak jimat duit dalam seratus lebih nanti rugi pula beribu. Nak ganti baru pun tak susah hanya perlukan sedikit kerajinan. Semoga sedkit ilmu ini dapat membantu semua


No comments:

Post a Comment