Infoscript

Saturday, December 4, 2021

Tukar fuel filter Exora

Lama dah rancang nak tukar fuel filter Exora, tapi masih tak sempat lagi. Kali ini baru sempat nak tukar. Petrol filter ni mungkin ramai yang terlepas pandang lebih-lebih lagi jika dah tak hantar kereta ke puaat servis proton. Kalau filter ini dah mula tersumbat  kuasa enjin akan terasa berkurangan. Kalau dah tukar filter ini pickup akan pulih semula kalau tiada masalah lain. 

Harga petrol filter ini tak mahal kalau yang tak original dapat dalam RM 15, kalau yang original pula RM 28 sahaja. 
    Fuel filter jenama Bosch     

Kedudukan fuel filter ini pada Exora adalah di bawah kereta berhampiran dengan tangki petrol di sebelah kanan kereta. 
.  Fuel filter asal 

Jek kereta dan letakkan jack stand di bawah kereta.  Pastikan ruang yang mencukupi untuk anda bekerja di bawah kereta  Sebelum buka fuel filter ini ada baiknya pastikan cabut dulu kunci kereta untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku.   Untuk membuka filter ini anda perlukan spanar bersaiz kecil. Kena buka dahulu klip yang memegangnya. Selepas itu kena buka hose di bahagian depan dan belakang filter. Caranya mudah sahaja cuma perlu tekan pada bahagian pangkal hose itu. Memang ada bahagian yang boleh ditekan dihujung hos itu. Kemudian tarik keluar hos daripada filter
 
   Pada hujung hose berwarna hitam ini boleh ditekan untuk melepaskan hos

Berhati-hati apabila menanggalkan hos kerana petrol akan memancut keluar. Baik pakai cermin mata keselamatan, kalau masuk mata memang nyaya. Di dalam filter itu sendiri juga mengandungi petrol kalau ada bekas baik tadah di bawahnya. Tanggalkan hos yang bersambung kepada enjin kemudian tanggalkan yang hos yang bersambung dengan tangki mihyak. Lepas tanggalkan hos sangkutkan hos tersebut dengan dawai pada mana-mana bahagian yang boleh disangkutkan di bawah kereta supaya petrol tak mengalir keluar.

Cuba tuangkan petrol yang ada di dalam filter ke dalam bekas. Anda boleh lihat kotoran yang ada di dalam filter tersebut. 
.  Dalam bekas di sebelah filter adalah minyak kotor yang dikumpul daripada filter

Seterusnya boleh pasang filter yang baru. Pastikan semasa memasang hos pada filter anda dengar bunyi klik menunjukkan hos telah terkunci pada filter. Jika tak dengar bunyi bermaksud ia belum lagi terkunci dan hos boleh tertanggal. Selepas mengikat semula filter dengan klip, pastikan ianya tidak longgar. 

Akhir sekali sebelum hidupkan enjin anda pusingkan kunci tapi jangan sampai starter hidup, dengar bunyi pam apabila kunci diputar. Ulang dua atau tiga kali untuk pam minyak ke injector. Kemudian cuba hidupkan enjin dan lihat semula fuel filter untuk  pastikan tiada minyak yang bocor daripada filter tersebut. Kalau dah puashati bolehlah pandu uji kereta anda. Prestasi enjin akan berbeza berbanding sebelum fuel filter ditukar. 

No comments:

Post a Comment