Infoscript

Sunday, January 15, 2023

Stereng Iriz rasa bergoyang-goyang

Beberapa hari ni semasa memandu Iriz rasa tayar hadapan bergoyang-goyang walaupun sterengnya tegak. Agak pelik juga sebab stereng rack sudah tukar beberapa bulan lepas. Ada kemungkinan lower arm mungkin dah rosak sebab ada bunyi krek krek bila lalu jalan tak rata. Untuk tahu dengan lebih tepat kena buka tayar dan check lower arm. Bila dah buka tayar nampak ada rekahan pada bush lower bahagian depan. Jadi kenala tukar lower arm yang baru sebab kedua-duanya telah merekah.

Alat-alat yang diperlukan untuk buka lower arm ni adalah soket saiz 17 mm, spanar saiz 17 mm, tukul besi, soket extension bar, jack stand dan juga besi pengumpil. Untuk soket extension bar ni kena ada jenis L dan juga I. Jenis I kena ada tiga atau empat, kalau nat terlalu ketat kena tambah lagi extension bar ini. 

Mula-mula sekali kena buka tayar dan letakkan jack stand di bawah kereta. Pastikan anda ada jack stand kalau takde memang kurang selamat untuk kita berada di bawah kereta. Selepas itu boleh buka nat pada ball jónt. Gunakan soket saiz 17 mm dan spanar saiz 17 mm. Satu untuk buka nat dan satu lagi untuk tahan bolt daripada berputar. Kemudian tarik keluar bolt bagi ball joint ini. Selepas itu gunakan besi pengumpil untuk keluarkan ball joint ini daripada knuckle
.   Buka nat ball joint 
 
    Tolak ke bawah besi pengumpil ini pada ball joint

Tidak susah untuk menamggalkan ball joint ini tak seperti ball joint exora yang agak susah untuk ditanggalkan. Kerja seterusnya adalah untuk membuka nat di depan dan belakang lower arm ini. Yang ini agak susah sedikit kalau tak pernah dibuka lagi semenjak baru. Kena gunakan dua atau tiga soket extension bar baru boleh dibuka. Gunakan satu spanar saiz 17 mm untuk menahan bolt daripada berputar semasa membuka nat. Bila dah berjaya buka kedua-dua bolt depan dan belakang anda kena tarik sikit knuckel ke depan untuk menanggalkan lower arm daripada tapaknya. Jika ball joint masih melekat boleh ketuk sedikit dengan tukul. 
    Buka bolt bahagian belakang lower arm
.  Bolt dah berjaya dibuka. 
.  Buka bolt depan daripada bawah lebih mudah
.   Bolt bahagia depan dah dibuka
.   Bush yang lama dah merekah

Seterusnya pasangkan lower arm yang baru. Ada banyak jenis lower arm yang boleh dipilih carilah yang baik sedikit boleh tahan lama. Bila dah dapat lower arm baru pastikan skru pada ball joint tidak longgar. Saya pernah terkena bila dah pasang lower arm dan test kereta bawa jalan-jalan boleh dengar bunyi tak tak tak kat bahagian lower arm ini. Jadi sebaiknya periksa dulu skru ball joint pada  lower arm. 
.   Lower arm baru
Untuk pasang yang baru mula-mula masukkan bahagian bush depan dahulu kemudian masukkan bush bahagia belakang. Tarik sikit knuckle keluar untuk memudahkan lower arm dimasukkan pada slotnya. Masukkan bolt pada bush depan dan belakang. Nak masukkan bolt ini kena laraskan betul-betul tepat lubang pada bush ini dengan lubang pada slot lower arm. Pasangkan boltnya dan jangan ketatkan lagi
.   Pastikan lubang pada lower arm baru segaris dengan lubang pada tapaknya
.   Bahagian belakang juga mesti tepat kedudukannya

Seterusnya masukkan ball joint pada tempatnya. Ini agak susah sedikit, pastikan kedudukan kepala ball joint ini sama dengan kedudukan lubang pada knuckle. Boleh ubah-ubah sedikit kepala ball joint ini dengan menolaknya dengan spanar. Kena pusingkan stereng untuk menggerakkan knuckle supaya ada ruang untuk  menolak lower arm ini masuk ke dalam. Kalau tak boleh juga nak tolak lower arm boleh buka dulu tie rod end. Bila dah masuk pada lubangnya boleh ketuk perlahan dengan tukul dan tolak dengan jack ke atas sehingga ia masuk habis

Kemudian pasangkan bolt bagi ball joint. Tolak bahagian bawah ball joint dengan menggunakan jack sehingga ia separas dengan keadaan asal tayar. Jika diikat skru pada kedudukan lower arm terjuntai ke bawah nanti bush akan cepat rosak. Nat perlu diikat dalam keadaan spring dah termampat sedikit 
.   Gunakan jack untuk tolak 
     sedikit ball joint ke atas

Akhir sekali ketatkan bolt pada ball joint dan diikuti dengan bokt pada bahagian depan dan belakang lower arm. Seterusnya pasang balik tayar dan  pastikan semua skru tayar dipasang dengan ketat. Akhir sekali bolehla bawa pergi test drive. Kalau tiada bunyi-bunyi pelik yang keluar anda telah berjaya



No comments:

Post a Comment