Infoscript

Saturday, August 10, 2024

Tukar Expansion Valve Wira

Aircond kereta Wira tiba-tiba jadi tidak sejuk. Baru tiga bulan ganti cooling coil dah tak sejuk semula. Gas aircond dah check masih penuh tiada kebocoran yang dapat dikesan. Compressor boleh on macam biasa, tapi angin yang keluar masih panas. 

Suspek utama kalau keadaan seperti ini adalah expansion valve. Ianya terletak pada cooling coil. Nasib baikla cooling coil wira ni senang untuk dibuka tanpa perlu buka dashboard. Itulah kelebihan wira tak macam kereta baru sekarang ini. Spare part aircond pun murah. 

Untuk buka expansion valve ini kena keluarkan dulu semua gas di dalam sistem. Gunakan manifold gauges untuk keluarkan semua gas. Selepas ini buka glove box. Keluarkan bahagian atas  glove box ini dahulu dengan menolak sedikit bahagian tepi glove box ini. Ada dua skru yang perlu dibuka pada bahagian bawah glove box. 
.   Buka dua skru di bahagian bawah ini 

Selepas buka glove box boleh buka cover plastik pada bahagian bawah glove box. Tanggalkan klip yang mengikat cover ini. Tekan sahaja pada bahagian tengahnya dan kemudian tarik ia keluar. 

Kemudian buka cover plastik di sebelah kiri glovebox. Ada dua skru di bahagian bawah yang perlu dibuka, kemudian boleh tarik sahaja ia keluar. 


Seterusnya buka palang besi yang melintang di bawah glovebox. Ada tiga skru yang mengikatnya, satu di sebelah kiri dan dua lagi di sebelah kanan 
.    Buka skru di sebelah kiri dan kanan
.  Palang dah dibuka. Cover bahagian atas dashboard pun kena buka

Kemudian buka cover dashboard bahagian atas. Cara nak buka dia cuma tolak dari bahagian bawah dashboard. Ia hanya menggunakan klip sahaja. Selepas ini boleh buka semua soket pada kotak cooling coil. Ada tiga soket yang perlu dibuka
.   Buka soket ini
.  Buka soket ini
.   Buka soket ini


Seterusnya buka kabel yang mengawal aliran udara di sebelah tepi kotak cooling coil
    Kabel dah dibuka

Seterusnya buka bolt yang mengikat kotak cooling coil. Ada dua bolt yang mengikatnya. Buka dulu bolt bahagian bawah selepas itu buka yang bahagian atas pula.. Sebelum keluarkan kotak ini keluarkan dulu karpet alas kaki supaya dapat lebih ruang. Kotak cooling coil boleh ditarik keluar pada bahagian bawah ya dahulu. Kena gerakkan sedikit ke kiri dan ke kanan untuk memudahkan ia keluar dari tapaknya. 
.   Sudah hampir berjaya dikeluarkan

. Dah berjaya keluarkan kotak cooling coil 

Selepas berjaya keluarkan kotak cooling coil boleh buka klip dan skru yang mengikat kotak ini. Anda boleh keluarkan cooling coil selepas ini. .
.  Buka skru dan klip ini
  Dah boleh nampak expansion valve pada cooling coil

Kemudian boleh buka nat yang mengikat expansion valve pada cooling coil. Boleh gunakan spanar saiz 22 mm dan spanar hidup. Longgarkan nat dengan berhati-hati untuk mengelakkan  kerosakan pada cooling coil. Tarik sikit valve ini untuk keluarkannya

. Longgarkan kedua-dua nat      ini dan boleh tanggalkan 
   expansion valve 

Selepas ini dah boleh pasang expansion valve yang baru. Tukarkan sekali O ring pada expansion valve baru.  Jangan lupa sapukan sedikit minyak compressor pada O ring sebelum pasang semula expansion valve.Biasanya O ring memang dah siap ada dipasang jika beli baru. Kemudian bolehla pasang semula cooling coil. Vakumkan dulu sistem aircond ini. Kalau takde kebocoran boleh masukkan gas baru. 
.   Expansion Valve baru 

Lepas pasang expansion valve baru ini barulah sejuk beku semula kereta saya. Tak susah pun nak tukar tapi kalau tak pernah buat memang ambil masa lebih sikit. Buat sendiri rasa puas hati, ilmu pun dapat

No comments:

Post a Comment