Tanda-tanda motor wiper ini rosak adalah pergerakan wiper yang semakin perlahan dan akhirnya terus berhenti sendiri. Harga untuk motor baru bergantung kepada jenis motor ini antara RM 80 - 120. Kalau beli secara online biasanya lagi murah, tapi kualitinya ikut nasib. Kadang kala pakai sekejap sahaja sudah rosak semula.
Mula-mula buka dulu wiper arm. Ada nat di bahagian bawah wiper arm ini yang ditutup dengan cover plastik. Cungkil sahaja cover ini dengan skru driver leper. Goyangkan sikit wiper arm ini sebelum boleh ditanggalkan. Memang agak ketat kalau tak pernah dibuka sebelum ini.
Kemudian buka cover bahagian bawah cermin depan. Ada beberapa klip yang perlu dibuka. Cungkil sahaja klip ini dengan skru driver leper.
Selepas ini buka soket motor wiper dan tanggalkan wiper link yang terikat sekali dengan motor wiper. Ada beberapa bolt 10 mm yang perlu dibuka.
Letakkan wiper link di atas lantai dan buka bolt yang mengikat motor wiper.
Langkah seterusnya pasang semula motor wiper yang baru pada wiper link. Pasang ikut turutan seperti anda buka sebelumnya. Setelah pasang semula wiper link pada tapaknya langkah terakhir adalah memasang semula wiper arm.
Kalau salah kedudukan pasang wiper arm nanti bila on wiper wiper arm ini akan berhenti pada kedudukan yang salah. Kalau silap wiper akan berhenti melebihi kawasan cermin. Jadi kalau nak kepastian sebelum pasang sepitkan penyepit baju di atas tapak wiper arm. Kemudian on kan wiper bila ia berhenti pada kedudukan sepatutnya baru pasang wiper arm.
Jika kedudukan wiper arm tidak betul, laraskan semula wiper link. Longgarkan bolt wiper link dan gerakkan ikut jam atau lawan jam sehingga dapat kedudukan wiper arm yang betul ketika berhenti.
Bila dah dapat kedudukan wiper arm yang betul bolehlah pasang semula cover yang menutup wiper arm. Uji semula pergerakan wiper untuk memastikan tiada bahagian yang longgar atau tersangkut
No comments:
Post a Comment