Infoscript

Monday, September 30, 2024

Tampal tayar bocor

Masalah tayar pancit memang melecehkan terutama jika berlaku di highway. Memang malas nak buka tayar dan ganti dengan tayar spare ditepi jalan. Sekarang ini dah senang ada penampal tayar di dalam tin yang boleh dimasukkan. Sebelum pancit dah sedia masukkan dalam tayar. 

Bagi saya lebih suka stail lama tampal dengan getah penampal. Sekarang ni dah ada jual di Mr. DIY.  Tak susah sebenarnya nak tampal tayar. Cuma perlukan lebih kekuatan untuk masukkan getah penampal. Jika berlaku waktu malam tak perlu nak buka tayar spare. Kalau bocor di bahagian tepi tayar lebih mudah tak perlu nak buka tayar. Boleh terus tampal sahaja.

Pertama sekali dapatkan kit penampal tayar di kedai Mr. DIY atau di kedai spare part. Tak mahal dalam satu pack ada tiga getah penampal. Satu pack berharga RM 4 - 5 sahaja. .

Kemudian jack kereta sampai tayar yang bocor boleh berpusing dengan bebas. Cari bahagian yang bocor pada tayar. Biasanya ada paku, skru atau besi yang terpacak pada tayar. Gunakan playar untuk cabut semua benda asing yang membocorkan tayar ini. 

Selepas ini boleh gunakan pengorek yang dibekalkan untuk mengorek sedikit tayar bagi nembolehkan getah penampal di masukkan dengan mudah. Boleh korek tayar dengan mudah dengan putarkan sahaja pengorek itu ikut arah jam. Untuk cabut keluar putarkan arah lawan jam. 

Seterusnya ambil satu lagi besi yang boleh dimasukkan dengan getah penampal. Masukkan getah penampal pada rongga bahagian hujung besi penampal. Tak perlu sapukan gam yang dibekalkan. Gunakan getah penampal yang diberi sahaja sudah memadsi. 
.  Masukkan getah penampal ini pada besi ini

Kemudian cucukkan besi yang ada getah penampal ini ke tempat yang bocor. Untuk cucukkan besi ini memang perlukan lebih tenaga kerana ada dawai di dalam tayar yang menghalang kemasukan besi penampal. Boleh putar-putarkan sedikit besi tersebut supaya boleh masuk dengan mudah. Masukkan getah penampal sehingga separuh bahagian getah tersebut dah masuk ke dalam tayar. Kemudian tarik keluar besi penampal tersebut. Agak keras juga untuk mencabutnya. Kalau dah biasa buat memang terasa mudah. Pamkan angin tayar secukupnya Akhir sekali boleh uji tanpalan tadi dengan menjiruskan air di atasnya. Kalau tiada gelembung udara yang keluar maka tanpalan tayar anda sudah berjaya.
     Saya tampal dua lubang 

Jika kebocoran bersaiz agak besar boleh letak dua getah penampal sekaligus. Kalau anda pertama kali gunakan penampal tayar ini boleh perhatikan angin tayar dua atau tiga hari sebelum buat perjalanan jauh.

No comments:

Post a Comment