Punca pertama adalah hose yang menyalurkan air keluar daripada kotak cooling coil tercabut. Jika tak dipasang dengan kemas semasa servis aircond atau pun masa di kilang ia tak di pasang dengan betul.
Punca kedua saluran atau hos ini tersumbat. Kadang-kadamg bila lama kereta tak berjalan ada serangga yang boleh buat sarang di dalam hos ini. Atau pun ada bahan-bahan lain yang menyumbatkan hose ini.
Lokasi hose ini di sebelah driver di bahagian kaki. Kena buka satu plastik cover sebelum boleh nampak hose ini. Tiada skru yang mengikat cover ini hanya perlu ditarik di bahagian atas cover yang terletak di bawah stereng. Tarik perlahan-lahan jangan terlalu kasar, takut patah pula klipnya. Bila dah buka cover ini baru nampak hose air aircond ini dekat bahagian bawah kotak cooling coil.
Tarik hos ini keluar dari tempatnya dan gunakan pam tayar untuk menolak keluar apa sahaja yang menyekat laluan air di dalam hos ini. Pakai pam tayar manual pun boleh, bahagian muncung pam masukkan dalam hos ini dan lilitkan muncung atau nozzle pam dengan kain atau plastik. Dengan cara ini angin yang di pam masuk tidak keluar semula di hujung yang sama. Ulang pam beberapa Kali ke dalam hos tersebut. Selepas itu cuba pasangkan semula hos ini. Kemudian hidupkan enjin dan aircond. Periksa bahagian bawah kereta untuk melihat air yang keluar di bahagian bawah kereta. Jika ia menitis dengan laju maka masalah anda sudah selesai. Kalau air masih lagi menitis dengan lambat, anda kena pam lagi hos air ini sampai ia tidak tersumbat lagi.
Punca yang ketiga adalah skru yang mengikat kotak cooling coil ini longgar. Yang ini paling mudah gunakan skru driver sahaja untuk ketatkan skru si bahagian bawah kotak cooling coil. Jangan ikat terlalu ketat takut loose pula dah jadi masalah lain. Biasa berlaku masalah skru longgar ini selepas kotak cooling coil dibuka dan mekanik lupa untuk ketatkan. Harap dapat membantu mereka yang ada masalah ini.
No comments:
Post a Comment