Infoscript

Thursday, November 28, 2019

Sensor ABS Exora rosak

Masalah ABS sensor exora

Masalah sensor ABS rosak merupakan masalah biasa pada exora, lampu amaran ABS akan menyala apabila sensor ini rosak. 
Lampu ABS menyala

Sensor ABS perlu ditukar atau dibersihkan supaya lampu amaran ini terpadam dan sistem ABS akan berfungsi semula

Masalahnya anda kena pastikan sensor mana yang rosak. Anda kena periksa setiap satu sensor pada setiap tayar. Pengalaman saya pada exora sebenarnya sensor ini tidak rosak hanya kotoran yang melekat pada sensor ini yang menyebabkan lampu amaran ABS menyala. Jika laluan yang anda gunakan setiap hari memang berhabuk atau banyak lumpur memang cepat lampu abs akan menyala kerana sensor kotor. 

Bila anda pergi ke service center biasanya mekanik akan menukar terus sensor ini. Kerana mereka boleh mengesan sensor mana yang bermasalah dengan menggunakan scan tool atau komputer. Jadi kerja lebih mudah untuk menukarnya dan lebih banyak keuntungan daripada membersihkan sensor. Anda boleh menjimatkan wang dengan membersihkan sendiri sensor ini. 

Sensor ABS ada di dalam wheel hub.untuk melihat keadaan sensor abs pada roda hadapan anda perlu buka tayar hadapan. Pastikan anda ada jack stand untuk menyokong kereta sebagai langkah keselamatan. Selain itu letakkan tayar di bahagian bawah kereta. Jangan hanya bergantung kepada jack sahaja. Gunakan batang paip yang panjang dan sambungkan dengan spanar untuk membuka tayar bagi memudahkan anda membuka nat pada tayar. Jika sebelum ini nat tayar diketatkan di bengkel dengan impact wrench, kalau tiada batang paip ini memang susah untuk membuka nat tayar. 
 

Mulakan dari tayar hadapan kerana sensor ABS bahagian inii paling mudah dibuka.ataupun mulakan pada tayar yang anda rasa paling banyak melekat kotoran semasa anda memandu sebelum ini. Atau pun sebelum ini ada bahagian brek yang bocor kemungkinan minyak brek ini melekat pada sensor dan menyebabkan banyak habuk atau debu yang melekat pada sensor tersebut Selepas tayar dibuka, anda lihat di belakang disc rotor sensor bagi abs. Rujuk dalam gambar di bawah. Jangan tersalah buka nat bagi brek pump pulak, tak pasal-pasal pulak brek leaking

Kedudukan sensor di belakang disc rotor. 

Gunakan spanar saiz 10 mm untuk membukanya. Goyangkan sedikit sensor abs tersebut perlahan-lahan. Agak susah untuk menariknya keluar jika ianya tak pernah dibuka. Kalau tidak boleh juga umpil dengan skru driver pipih dengan berhati-hati. 
Gambar sensor ABS yang berjaya dibuka. Perhatikan banyak kotoran pada permukaan sensor tersebut. 

Sensor di bahagian depan tak sama bentuknya dengan di bahagian belakang jika brek belakang menggunakan jenis drum brek. Bersihkan sensor tersebut dengan menggunakan kain yang basah sehingga bersih. Selain dari itu bersihkan juga gear yang terdapat di depan sensor tersebut. Sensor ABS mengesan pergerakan atau kelajuan roda melalui ger ini. 
Perhatikan kedudukan gear bagi sensor ABS

Gunakan kain untuk membersihkan gear ini. Jika ianya kotor maka sensor ABS tidak dapat memberikan bacaan kelajuan tayar yang betul. Ini menyebabkan lampu ABS pada panel meter akan menyala. Selepas sensor dan gear ini dibersihkan pasang balik tayar. Cuba on kan kunci dan perhatikan lampu ABS menyala atau tidak. Cuba bawa kenderaan anda beberapa minit. Jika ianya masih menyala maka sensor yang lain juga perlu dibersihkan.

Bersihkan pula sensor pada tayar depan yang sebelah lagi. Gunakan cara yang sama. Untuk sensor pada bahagian belakang kedudukannya di bahagian sebelah dalam brek drum. 
Kedudukan sensor di bahagian brek belakang. 

Gunakan spanar saiz 10 mm juga untuk membukanya. Sensor bahagian belakang juga kotor dan perlu dibersihkan.
Lihat kotoran pada sensor ABS. Perlu dibersihkan.

Selepas dibersihkan.

Pastikan gear di depan sensor juga dibersihkan. 
Lihat kedudukan gear ABS sensor. Jika ada kotoran di situ sensor akan tidak dapat mengesan kelajuan tayar.

Soket pada sensor ABS juga perlu diperiksa untuk memastikan ia tidak berkarat atau pun ada wayar yang terputus

Selepas kesemua sensor ABS pada ke empat-empat tayar dibersihkan anda on kan suis ignition dan start enjin lampu amaran ABS tidak menyala lagi. Jika masih menyala cuba bawa kereta  beberapa minit. Lampu ABS akan terpadam selepas beberap minit. Jika lampu amaran masih menyala ini bermakna salah satu sensor ABS telah rosak. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment