Infoscript

Sunday, January 3, 2021

Tukar lower arm exora

Tukar lower arm exora

Posting kali ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk menukar lower arm exora. Tanda-tanda kerosakan lower arm ini anda boleh tahu apabila amda rasa stereng agak bergoyang-goyang ketika memandu atau  bunyi yang besi yang berlaga semasa memandu. Anda boleh juga jek kereta dan kemudian goyangkan tayar hadapan ke kiri dan kanan atau ke atas dan bawah. Jika anda rasa ia bergoyang maka punca ia bergoyang adalah kerosakan pada lower arm. Boleh juga perhatikan bush pada lower arm yang asal jika ianya telah pecah atau reput maka seeloknya ianya diganti.
.  Lower arm yang lama ada 
  rekahan pada bush.

Alat-alat yang diperlukan adalah alat-alat biasa saja tiada power tools digunakan. Peralatan digperlukan adalah spanar saiz 19 dan 17. Lebih baik gunakan soket bersaiz 19 dan 17 yang mempunyai 6 mata supaya nat pada bolt lower arm tidak rosak. Kemudian beli lower arm yang anda boleh dapatkan di kedai spare parts atau pun online dengan harga RM 90 - 120. Yang lebih berkualiti temtulah lebih mahal dan lebih berpuashati. Saya pakai yang murah je, sebab saya sendiri yang pasang jadi kalau rosak lagi takde masalah mudah saja untuk tukar baru.Kalau suruh upah pasang di kedai kosnya mungkin sama dengan harga barang yang nak ditukar. Jadi kalau ada minat dan keyakinan nak buat sendiri banyak boleh dijimatkan

  Saya guna jenama saiko harga RM 95 je satu

Langkah pertama tandakan kedudukan aras  hub roda dengan badan kereta dengan menggunakan tape. Tujuannya supaya semasa memasang lower arm yang baru nanti kita dapat kedudukan lower arm yang tepat .  Kemudian longgarkan nat tayar dan jek kereta untuk mengeluarkan tayar. Sebaiknya guna jek stand  untuk menampung berat kereta kerana ianya lebih selamat.  
Gunakan batang paip panjang untuk memudahkan buka nat roda

 Letakkan tayar di bawah kereta untuk lebih keselamatan. Jika anda buka tayar sebelàh kanan, pusingkan stereng ke sebelah kiri untuk memudahkan membuka nat pada ball joint.  Buka nat ball joint dengan spanar atau soket saiz 19. 
Untuk menanggalkan ball joint ini daripada knuckle boleh gunakan tukul yang besar atau pun gunakan ball joint remover 
.   Ini dia ball joint remover
.    Boleh juga umpil ball joint           dengan besi
Saya gunakan ball joint remover kerana lebih mudah untuk membuka ball joint. Kalau gunakan tukul kena cari tukul bersaiz besar untuk menanggalkamn ball joint dengan mudah. Bila ball joint ini tertanggal daripada knuckle  anda akan dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Jangan bimbang takde apa yang merbahaya cuma bunyi je yang kuat. 

Kemudian buka nat pada bahagian depan lower arm dengan soket saiz 17 mm yang panjang. 
           soket 17 mm panjang
.          Spanar 17 mm

extension bar L
            Extension bar I


Sambung soket dengan extension bar bentuk L dan I supaya dapat meningkatkan  lagi daya untuk membuka nat yang ketat. Jika tak boleh dibuka tolak extension bar dengan menggunakan jek. Berhati-hati supaya bunga pada nat tidak rosak.
.  Buka skru pada bahagian 
   depan
Selepas nat pada bahagian depan berjaya dibuka longgarkan pula nat pada bahagian belakang lower arm dengan socket saiz 17 mm. Gunakan extension bar juga untuk membukanya. Jika ada rachet lebih mudah untuk membuka nat selepas dilonggarkan dengan socket. 17 mm. Jika bolt juga berpusing semasa and melonggarkan nat, tahan bolt pada bahagian belakang dengan spanar saiz 17 mm. Longgarkan saja bolt bahagian belakang dan jangan buka dulu bolt ini. Tanggalkan dulu ball joint, dengan menggunakan skru driver  mata pipih yang panjang umpil ball joint ini dengan berhati-hati. Biasanya ball joint mudah dikeluarkan. 

Keluarkan lower arm yang lama dan dan pasangkan lower arm yamg baru. Mula-mula pasang bolt di bahagian belakang dahulu. Tapi jangan diketatkan natnya cukup sekadar pasang dengan longgar. Tujuannya supaya selepas ini anda mydah untuk memasukkan ball joint pada knuckle. Jika kedudukan ball joint ini terlalu senget dan dan susah untuk dimasukkan ketuk sedikit dengan menggunakan tukul yang bersalut getah atau pun ketuk dengan menggunakan kayu. Jika ball joint dapat dimasukkan tetapi agak ketat untuk dimasukkan sepenuhnya gunakan jek untuk menolaknya daripada bawah. Jek bahagian  bawah joint ini sehingga hub roda separas dengan keadaan roda sebelum ianya dibuka. Ini dapat memastikan setiap bolt diikat pada kedudukan sebenar semasa tayar menyentuh permukaan jalan. Ianya juga dapat mengelakkan bush mudah rosak
.   Gunakan jek untuk menolak        ball joint masuk ke lubang          pada knuckle

Kemudian ketatkan nat pada bahagian depan dan belakang. Pastikan semua nat diikat dengan ketat supaya ia tidak bergoyang semasa kereta di pandu. Ulang langkah yang sama untuk lower arm yang sebelah lagi. 




Friday, January 1, 2021

Restore cat kereta dengan spray can (Part 1)

Kali ini saya buat satu projek yang lain sedikit, iaitu mengecat kereta dengan menggunakan spray can. Ianya bermula semasa tempoh pkp pada bulan Mac 2020.. Akibat bosan semasa bekerja di rumah saya lihat cat kereta wira dah agak teruk maka bermulalah projek mengecat kereta dengan bajet yang kecil.

Cat kereta wira ni dah tertanggal dan ada bahagian-bahagian yang telah berkarat. Kalau biar lagi lama boleh berlubang body kereta. Banyak saya perhatikan kereta di atas jalan yang catnya dah tertanggal terutama di bahagian bumbung dan bonet. Sakit mata tengok cat yang dah teruk macam tu. Mungkin pemilik nak beli kereta baru atau pun belum ada bajet nak cat kereta. 
.  Kalau biar lama-lama macam 
   ni boleh berkarat
Pertama sekali kena cari spray can yang bagus. Ada banyak jenama yang saya cuba samada saya beli di kedai hardware's, supermarket atau secara online. Jenama yang baik yang saya telah cuba adalah jenis samurai spray can dan juga jenis anchor. Kalau biasa spray motor memang tahula jenis samurai ni tapi tak tahula ia boleh bertahan atau tidak jika di spray atas body kereta yang dibuat daripada metal. 
.   Contoh samurai spray can

Sebelum mula mengecat ada beberapa jenis spray yang perlu kita tahu. Kalau tersalah jenis spray nanti hasilnya tak cantik. 


Jenis spray yang pertama adalah spray putty primer 

Spray jenis ini adalah untuk melicinkan permukaan yang hemdak di cat selepas digoaok dengan kertas pasir. Ia dapat menghilangkan kesan calar

Jenis yang kedua adalah spray undercoat atau primer surfacer. Cat ini perlu digunakan supaya spray warna utama yang akan anda gunakan nanti melekat dengan baik pada permukaan kereta. 
ini spray undercoat atau primer surfacer tanpa putty

Jenis yamg ketiga adalah putty primer. Jenis ini noleh menghilangkan kesan calar pada permukaan. Calar yang 
kecil sahaja kalau yang besar tak boleh. 
Ini jenis putty primer, ada tulis pada tin tapi tak jelas dalam gambar ni. 

Jenis yang ke empat adalah spray color biasa atau standard color. Cat ini jenis biasa tak berkilat atau metallic
   Spray standard color

Jenis yang keempat adalah jenis 2k. Jenis ini yang paling mahal tapi hasilnya sangat baik dan cantik. Macam cat asal kereta. Cuma harganya agak mahal iaitu lebih RM 30 satu tin. 
      ini jenis 2k clear spray.

Jenis yang ke lima adalah spray clear. Spray clear dapat melindungi cat atau top coat utama daripada sinaran matahari atau UV dan juga dapat memberikan kesan berkilat pada permukaan yang anda cat. Gambarnya seperti di atas. Nak cari spray 2k ni agak susah sikit sebab tak banyak pilihan warna berbanding standard color atau pin metallic.

Part yamg pertama ini saya beritahu dulu jenis-jenis cat yang akan saya gunakan. Kena kenal dulu cat yang sesuai barulah senang buat kerja

Tuesday, December 15, 2020

Maintenance kereta selepas habis warranty (part 1)

Ramai di antara kita yang menggunakan kereta sehingga lehih daripada 5 tahun dan malas nak buat hutang baru. Kalau beli kereta baru tak payah fikir pasal maintenance atau kerosakan, semuanya masih dalam keadaan baik. Kalau ada masalah pun masih dalam warranty jadi tak risau. Tapi tak semua orang nak tukar kereta baru lepas habis bayar lereta yang lama. 

Saya sendiri masih menggunakan kereta lama proton wira yang dah berusia 20 tahun. Walaupun dah tua usianya ia masih dalam keadaan baik boleh digunakan untuk perjalanan jauh atau dekat. Nak ke utara, selatan atau pantai timur pun tiada masalah. Yang penting mesti ada maintenance untuk memanjangkan hayatnya

Saya senaraikan komponen-komponen  untuk enjin  dahulu  yang perlu anda tukar jika dah melebihi 80 000 km. Yang pertama kalau kereta yang pakai timing belt macam proton kenalah tukar timing belt dulu. Ini yang paling penting kalau timing belt putus habis rosak valve dan piston, dan kos baik pulih amat tinggi. Harga dalam seratus lebih campur upah pun dalam seratus ringgit lebih. Kalau dapat pomen kawan-kawan sendiri lagi rendahla kosnya. Kalau buat di servis center boleh mencapai RM 700. Ada juga kedai biasa yang bagi harga sampai RM 600 - 700, kalau jumpa yang macam ini baik cari kedai lain. Ikut bajet anda kalau nak jimat buat kat kedai luar baru dua ratus lebih.  Water pump tak perlu tukar dahulu, bila tukar timing belt kali kedua nanti baru tukar water pump. Kalau nak tukar terus pun boleh sekali jalan kalau ada bajet lebih. 

Kemudian penjagaan yang seterusnya adalah sistem penyejukan enjin. Kalau mileage dah capai 100 000 km baik tukar radiator hos atas dan bawah serta by pass hose. Dua hos pada radiator akan membawa air atau pun coolant dari enjin ke radiator. By pass hose pula untuk membawa air masuk semula ke dalan enjin semasa enjin masih sejuk dan thermostat belum terbuka
Nak tahu hos ini masih elok atau tidak dalam keadaan enjin sejuk cuba picit hos ini dengan tangan. Kalau ia masih baik lagi getahnya masih lagi lembut dan tidak rasa macam ada besi yang berkarat yang patah bila ditekan. 

.   Hos atas dan bawah untuk 
    exora
.    Bypass hose untuk wira

Bila dah ganti tiga hose ini, kenalah tukar dengan coolant sekali. Dah tanggalkan hos mesti keluar semua coolant dalam radiator. 

Satu lagi komponen yang patut ditukar adalah motor kipas radiator. Ada baiknya anda tukar sebelum ia rosak ketika anda dalam perjalanan jauh atau pun ketika anda dalam perjalanan ke tempat kerja. Benda kecil macam ni kalau rosak boleh naik temperature enjin sampai maksimum. 
. Motor radiator fan

Motor radiator fan ini tak mahal harga dalam RM 80 - 100. Kalau bajet kecil boleh beli jenis biasa saja boleh pakai juga. 

Komponen seterusnya adalah thermostat. Kalau dah lama sangat pun kena tukar sebab kalau dah berkarat ianya tak mahu terbuka untuk mengalirkan air ke radiator. Ini juga boleh menyebabkan enjin anda overheat. Harganya tak mahal dalam RM 20 - 30 sahaja.
  Thermostat proton wira

Ramai juga yang dah buang thermostat ini. Kalau dah buang enjin jadi lambat panas dan akan semput sikit di waktu pagi. 

Komponen-komponen yang patut untuk ditukar di atas memang wajib ditukar untuk mengelakkan kerosakkan enjin yang serius. Tapi kalau memang nak tukar kereta baru tak payahlahj susah-susah nak fikir pasal maintenance ni. 








Friday, December 4, 2020

Cas semula bateri kereta

Dalam musim-musim pkp ni ramai yang bekerja dari rumah. Akibatnya kenderaan masing-masing pun jarang digunakan. Bagi yang dah lama tak tukar bateri bila kereta dah lama ditinggalkan berhari-hari tanpa dipandu akibatnya kereta langsung tak boleh dihidupkan.

Bagi yang ada dua atau tiga kereta tiada masalah kalau satu kereta rosak, tapi kalau anda hanya ada sebuah kereta sahaja bila kereta rosak memang patah kaki jawabnya. Terpaksa naik grab atau naik motosikal. Tak seronok pula kalau dah biasa naik kereta sendiri. Seburuk-buruk kereta sendiri pun pasti lebih sedap naik kenderaan sendiri lebih bebas nak bergerak ke sana sini
Satu cara nak mengelakkan anda mengalami masalah bateri adalah menggunakan pengecas bateri. Anda boleh bel secara online, ada pelbagai jenis. 

contoh alat pengecas yang boleh didapati di pasaran. 

Bilakah masa yang sesuai untuk cas bateri kereta. Jangan tunggu sampai kereta dah sebulan tak dihidupkan baru nak cas. Kalau dah dua minggu tak bergerak elokla dikeluarkan bateri kereta tu dan caskan dengan alat pengecas. Jika tunggu terlalu lama maka lagi panjang pula masa untuk mengecasnya. Kaedah ini lebih sesuai untuk mencegah bateri daripada rosak. Alat ini tak perlu di bawa ke mana-mana sebab kalau bateri anda memang dah tak boleh menyimpan cas pun tak guna untuk dicas semula. Lebih baik beli bateri yang baru. 

Thursday, November 26, 2020

Penggunaan wide angle mirror

Post 
kali ini saya nak cerita berkenaan wide angle mirror. Bagi pemandu-pemandu baru mungkin tak pernah menggunakan cermin wide angel ini pada kenderaan masing-masing. Mungkin kita selalu perasan banyak kenderaan yang memasang cermin ini pada side mirror kereta. 

Cermin wide angle ini ada kelebihannya bila dipasang pada kenderaan. Semasa kita memandu dan kita gunakan cerminn sisi untuk memerhatikan kenderaan di belakang sebenarnya ada blind spot yang kita tidak perasan apabila ada kenderaan yang berada kedudukan jam 4 di sebelah anda. Memang tak nampak pada side mirror, kena tengok rapat sedikit pada side mirror baru boleh nampak kenderaan di belakang. Lagi satu keadaan jika kita nak susur masuk ke highway, agak susah untuk nampak penglihatan yang luas di bahagian belakang tanpa menoleh ke belakang. Keadaan ini boleh membahayakan jika anda terleka sedkit mungkin boleh melanggar kenderaan hadapan jika ia berhemti mengejut. Sebaiknya kepala mesti memandang ke depan

Beberapa kali saya pernah hampir terlanggar kereta yang cuba untuk memotong kenderaan lain tapi tak perasan kenderaan saya yang sudah terlalu. Kalau mereka ada memasang cermin wide angle ini kemungkinan besar keadaan seperti ini tak berlaku. Kalau kereta-kereta yang mahal
Jadi cara yang mudah untuk menambah penglihatan di bahagian belakang dan sisi adalah dengan memasang cermin wide angle. Ada beberapa jenis cermin wide angle ni di pasaran. 
.  Ada jenis bersegi begini

     Ada yang berbentuk bulat

Cara memasangnya sangat mudah. Ada pelekat di belakang cermin ini, lapkan side mirror dengan tisu sehingga toada debu. Kalau ada kotoran degil perlulah dicuci dulu dan keringkan. Cuba dulu letakkan cermin ini pada side mirror dan perhatikan keluasan penglihatan yang anda boleh nampak. Dapatkan kedudukan yang terbaik bagi sudut penglihatan yang anda inginkan. Cermin ini juga dapat membantu anda ketika parking terutama pada pemandu baru, kerana anda boleh nampak nampak garisan parking  dengan mudah. Kemudian lekatkan cermin wide angle ini pada kedudukan yang anda inginkan. Sebaiknya di hujung bahagian tepi  side mirror. 

Last sekali cuba bawa kereta anda di jalan raya. Cuba lihat melalui cermin wide angle, jika tak jelas boleh adjust semula kedudukannya. Pada saya cermin yang bentuk bulat lebih mudah kerana tidak perlu dilaraskan dan penglihatan juga lebih luas. Jika anda selalu ada masalah kena horn semasa hendak memotong atau semasa susur masuk ke highway mungkin cermin ini dapat membantu anda. Cuma kalau waktu hujan cermin ini agak kecil dan sukar untuk nampak kenderaan di belakang

Tuesday, November 3, 2020

Masalah meter rpm dan speedometer iriz 2019

Tachometer dan speedometer kereta iriz model 2019 tak sama macam kereta proton yang lama. Model-model lama menggunakan kabel untu menggerakkan kedua-dua meter ini. Kalau rosak anda perlu tukar kabel sahaja dan meter ini boleh digunakan semula. Tapi untuk model-model baru ia menggunakan data yang diambil daripada sensor pada enjin dan roda untuk mendapat data kelajuan enjin dan kelajuan kereta. 

Bagi model iriz ini meter digerakkan menggunakan elektrik. Jadi jika terdapat gangguan pada litar elektrik ianya tidak boleh berfungsi. Biasanya masalah kedua-dua meter ini disebabkan oleh fius yang terbakar. Jadi sebelum anda pergi ke bengkel atau service center lebih baik anda periksa dulu fiusnya. Kalau pergi bengkel mungkin ada yang memgambil kesempatan

Fius bagi meter ini terletak di bawah dashboard. Ianya disebelah kanan atau di bahagian pemandu. Mula-mula anda kena keluarkan dulu pocket kecil pada dashboard ini. Buka poket ini dan tarik ke depan dengan perlahan-lahan. Jangan dipaksa,  kerana kalau anda paksa ia mungkin boleh patah. Lihat pada bahagian dalam poket ini ada kotak fius. Untuk mengetahui jenis-jenis fius pada kotak ini anda boleh lihat pada buku manual atau pun pada bahagian belakang poket ini ada rajah menunjukkan fungsi setiap fius di dalam kotak fius

.  Fius yang rosak dah 
   dikeluarkan


Fius yamg anda perlu diganti adalah di baris yang sebelah kiri sekali pada kedudukan no 5. Boleh rujuk pada rajah. Gunakan penyepit yang ada di kotak fius itu untuk menarik fius ini keluar. Kemudian gantikan fius yamg baru. Pastikan fius yang anda gunakan adalah sama iaitu 15A. Boleh juga gunakan fius spare yamg ada pada kotak fius ini. Kalau bukan dalam keadaan kecemasan lebih baik pergi ke kedai spare part kereta untuk beli yang baru. Tak mahal hanya RM 2-4 sahaja. 

Bila dah pasang boleh cuba start kereta. Kalau tiada masalah lain, meter rpm dan speedometer akan bergerak ke tahap maksimum. 
   kedua-dua meter akan 
   bergerak sebaik button     
   engine  start ditekan

Thursday, August 13, 2020

Review minyak enjin Mizu

Post kali ni saya nak review minyak enjin Mizu.Rasanya ramai yang dah menggunakan nya. Minyak enjin ini viral di Lazada dan Shopee. Faktor utama yang menyebabkan ianya viral adalah harganya yang sangat murah berbanding minyak enjin yang dah terkenal. Kalau jenam yang dah terkenal minyak enjin fully synthetic boleh mencecah harga RM 200 dan ke atas. Tetapi minyak ini tak masuk akal murahnya. Boleh dibeli serendah RM 58.60. Memang murah sangat. 

Tapi ramai juga yang berhati-hati dan tidak berani untuk mencubanya. Mesti kena berhati-hati sebab enjin kereta nak pakai lama. Bukan murah nak baik pulih enjin yanh rosak. Lainla kalau pandai repair sendiri. 
Pengeluar minyak ini mengatakan punca utama harganya yang murah disebabkan ianya diedarkan terus dari kilang kepada pembeli. Ianya tidak melibatkan pengedar yang boleh menyebabkan harga naik lebih tinggi apabila dipasarkan. Jadi pengeluar terus menjualnya kepada pengguna secara online
 Untuk memikat hati pelanggan juga pengeluar juga mengatakan ianya mendapat pengiktirafan daripada American Petroleum Institute (API). Saya cek website ini dan dapati memang ianya tersenarai di website API 
     Ini screenshot daripada 
      website API.
     
    Bila tengok minyak Mizu ini tersenarai dalam senarai dalam website API ini mungkin dapat mengurangkan keraguan pada bakal-bakal pembeli yang masih ragu-ragu dengan minyak ini. Saya cek beberapa lagi jenama yang belum terkenal yang dijual di pasaraya. Ianya tidak disenaraikan dalam website API walaupun tertulis API certified pada botolnya. 

Pernah juga saya menggunakan minyak yang tak certified ni. Lepas tahu minyak ni tak certified terus tak guna lagi. Berbalik pada minyak mizu ni anda juga boleh follow di facebook. 

Penghantaran minyak ini memang cepat hari ni order esok dah sampai. Pastikan order dengan penjual yang official kat Lazada, baru dapat mirah. Lihat bungkusan minyak ini dibungkus dengan baik. 

Ok masa untuk menukar minyak enjin. Minyak ini nampak bersih dan cair. Kelikatan yang saya pilih 5W30. Ini yang sesuai untuk proton Exora seperti dalam buku manual. Sebelum ini saya gunakan minyak mineral Petronas Syntium 500. Bila dah lama guna bunyi enjin agak bising. Boleh dengar bunyi shim bila dah sampai 5000 km. Lepas tukar minuak ini bunyi shim dah hilang. Bunyi enjin lebih senyap. Kemudian test drive di jalan raya, enjin terasa ringan dan boleh memecut dengan baik. Pada kelajuan tinggi terasa enjin sangat ringan. Tak perlu tunggu sehingga minyak ini mencapai suhu yang agak tinggi untuk terasa respon enjin yang ringan. Jika minyak mineral paling remdah boleh dapat 10.6 liter/100km, guna minyak Mizu ni boleh dapat 9.8 liter/100 km. Ada penjimatan sedikit bagi penggunaan minyak. Masih tak boleh lawan minyak sintetik yang lebih mahal. Pernah guna minyak enjin  Bosch boleh dapat 9.7 liter/100 km. Mungkin lepas ni tukar pada kelikatan 5W40 macam mana pula penjimatan minyak yamg boleh dapat.

Selepas 5000 km saya keluarkan minyak Mizu ni boleh lihat minyak ni masih baik lagi kelikatannya. Belum berani lagi untuk guna sampai 10 000 km Tapi saya memang sentiasa tukar setiap 5000 km walaupun guna minyak mahal supaya enjin sentiasa bersih dan tahan lama. 

Tak puas hati lagi saya potong oil filter dan anda boleh lihat pada penapisnya. Tiada serpihn-serpihan besi di dalamnya
.  Tak nampak serpihan besi di     dalam penapis

Setakat ni berpuashati dengan minyak ini. Tiada masalah sepanjang menggunakannya. Dah 4 kali tukar pada kereta wira. Mungkin lepas ni nak review jenama lain pula.

Ini sahaja review untuk minyak Mizu ini. Kalau anda yakin bolehlah cuba minyak ini. Kalau tak berkenan gunalah minyak yang anda biasa guna. Tunggu company  ni menaja pasukan lumba kereta atau motor dalam pertandingan di litar Sepang Baru lagi ramai percaya. Menang race hari ni esoknya banyak minyak enjin yang terjual